P30: POV NIZA - Berkursus Part3

9.4K 99 11
                                    

Hari pertama berakhir apabila Razak menghantarku pulang ke hotel. Aku kecewa. Razak langsung tidak mengajakku ke rumah sewanya walaupun pelbagai hint telah aku utarakan. Dia pun seperti teruja dengan kehadiranku, tetapi mengapa dia tidak mengajak aku bermalam di rumahnya. Atau mungkin dia hendak memberikan masa untuk aku berehat setelah penat memandu sendirian.

"Kut laa nak ajak Niza singgah rumah abang.." aku menghantar mesej kepada Razak.

"Awat Niza tak bagitau awai.. Abang takut laa nak ajak bini orang mai lepak rumah abang.. lagi pula.. Abang takut Niza penat memandu siang tadi." balas Razak.

"Ish!!.. Tak kan perigi cari timba.." balasku.

"Besok Niza habis pukul brapa?" balas Razak.

"Nanti Niza call abang, boleh?" balasku.

"Make sure call okey!" balasnya pantas.

Kami berhenti bermesej. Jam telah menunjukkan hampir jam 11 malam. Mataku semakin layu. Akhirnya aku terlena.. Terlena keletihan.

........................................

Bangun pagi, aku masih keseorangan. Roommate aku budak JB itu tak dapat hadir atas alasan keluarga. Jadinya, berkemungkinan besar bilik itu memang untuk aku seorang. Aku akan pastikannya dengan urusetia sekali lagi nanti. Aku bersiap dan turun bersarapan dahulu.

Selepas bersarapan, aku kembali ke bilik bersiap untuk menghadiri kursus seperti yang telah dijadualkan sebelum ini. Mengikut jadual, agenda hanya akan berakhir pada jam 10 malam. Namun, seperti kursus-kursus sebelum ini ia akan berakhir hanya pada 5 petang.

Semasa pendaftaran, memang sah guru dari Johor Bahru itu tidak dapat menghadirkan dirinya. Memang sah aku akan berseorangan. Mungkin aku boleh mengajak Razak untuk bermalam bersamaku nanti.

Masa berlalu terasa terlalu perlahan. Otak fikiranku tidak lagi berada di tempat kursus. Aku asyik melihat telefonku, namun tiada langsung mesej daripada Razak. Yang ada hanyalah mesej daripada bininya.

"Weeiiiii.. Sunyi sepi jaa"
"Apo cito?"
"Ammbbboooiiiiiiii.."
"Hang macam dah tak ingat kat aku jaa.."
"Boleh dah kut?"
"Haiii.. Memang macam kacang lupakan kulit laa hang ni. Mesejpun tak tengok."
"Hampeh betui, kata kawan!" bersambungan mesej dari Liyana selang seminit dua.

Aku mula menaip.. belum sempat dihantar, aku delete.. bila aku rasa ayat yang aku gunakan tidak sesuai. Aku menaip semula, delete lagi..

"Assalamualaikum.. Bawa bertenang sahabatku, hari masih muda.. masih tiada apa yang berlaku.. cuma dinner sahaja semalam." ayat awal aku.

"Mana mungkin aku melupakan insan yang membenarkan aku pinjam laki dia.. Don't worry.. malam ni aku akan buat video call.. tapi hang jangan dok cakap apa-apa pula.. tengok saja k" sambungku lagi.

"Baik!.. Hang jangan jadi munafik.. Janji tinggal janji pula nanti." balasnya.

Aku hanya membaca mesejnya yang terakhir itu. Aku kembali menumpukan perhatianku, walaupun fikiranku sudah pun tiada di situ.

........................................

"Jika tiada apa-apa soalan lagi.. saya serahkan kembali kepada urusetia.." ucapan penutup daripada penceramah terakhir untuk kursus aku hari itu.

"Baik lah.. Sampai di sini sahaja kursus kita untuk hari ini ya.. Malam ini acara bebas. Tapi.. jangan lupa besok kita akan start kursus pukul 8 pagi." sambung urusetia menutup kursus petang itu.

SEMPADAN NAFSUWhere stories live. Discover now