P56: POV FISYA - Pasca Percutian Part2

6.5K 106 14
                                    

Krriiiiiiiiiiinnnggggg...

Dengan perasaan malas, tanganku meraba-raba mencari punat pemati alarm jam di site table. Sebaik bunyi alarm tidak lagi berbunyi, aku kembali berbaring dan menarik selimutku.

Mataku kembali terpejam, tetapi tidak berhasrat menyambung lenaku. Aku cuma berehat seketika sebelum bangun menuju ke bilik mandi. Setelah kurasakan cukup rehatku, aku bangun duduk sambil merenung ke arah tingkap di bilikku.

"Gelap lagi.. Malasnya nak bangun.." bisikanku ini sentiasa berulang apabila munculnya hari Isnin.

Semasa berteleku di atas katil, fikiranku melayang-layang entah ke mana. Terasa sangat-sangat malas untuk aku bangun dan bersiap untuk ke pejabat. Semalam sempat lagi Dato' Amir mengunjungiku selepas dia balik dari Port Dickson menghadiri mesyuarat bersama dua orang founder untuk projek meganya nanti.

Dato' Amir tiba tepat jam 8 malam dan menungguku di luar pagar rumah untuk membawaku keluar dinner bersamanya semalam. Aku akan patuh dan menurut segala kehendaknya tanpa aku bantah selagi aku memperolehi faedah daripadanya.

Aku bahagia bekerja dengannya. Mana mungkin tidak bahagia jika segala kemahuanku juga diturutinya. Sewa rumah yang aku diami ini dibayarnya. Pakaian dan perhiasan diriku juga dibiayainya. Apa lagi yang aku mahukan. Jadi tidak salah jika aku juga menuruti setiap kehendaknya.

Selesai dinner, kami kembali ke rumahku. Azrul meninggalkan Dato' Amir untuk bersamaku, dan akan menjemput Dato' kembali sebaik sahaja Dato' menghubunginya. Itu adalah rutin kerja Azrul, juga patuh kepada setiap arahan majikannya.

"Honey.. I rindukan you.." itulah perkataan pertama Dato' Amir sebaik sahaja pintu utama rumahku ditutup.

Kami terus melepaskan ke'rindu'an kami setelah hampir dua minggu tidak berjumpa. Dia menggomoli tubuhku semahunya. Dari ruang tamu hingga ke bilik. Dia melayani nafsunya ke atas diriku dari jam 10 malam hingga ke 12 tengah malam sebelum meminta diri untuk pulang ke pangkuan Datin seperti biasa. Sempatlah aku klimaks sebanyak tiga ke empat kali sepanjang dua jam bersamanya.

Biasanya Dato' akan mendatangiku pada hari Sabtu, makanya bolehlah aku berehat pada hari besoknya. Ataupun pada sebelah petang selepas waktu kerja dan pulang sebelum matahari terbenam, dan memberi ruang untuk aku berehat pada sebelah malamnya.

"Arghh!.. malasnya." rungutku sendirian sambil bangun mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi.

Di dalam bilik mandi, aku londehkan semua pakaian tidurku dan membelek-belek tubuhku di hadapan cermin. Aku bersyukur dan bangga dengan tubuh yang telah dianugerahkan kepadaku.

"Arghhh! Shit!! Per hal yang kau pegi buat lovebite pula ni!" makiku sendirian apabila terlihat satu bekas gigitan cinta di tubuhku.

Mujur juga digigitnya dekat bahu, boleh juga dicover dengan baju berleher sempit atau dengan blazer agar tidak disedari sesiapa. Aku perlu menjaga maruah diriku kerana semua orang tahu aku masih single, walaupun aku bukanlah lagi seorang gadis yang masih mempunyai dara. Biarlah kehidupan gelapku ini, hanya aku sahaja yang tahu.

Selesai mandi, aku terus solat subuh sebelum aku melakukan perkara yang lain. Setelah selesai berdoa, aku bangun dan menanggalkan telekungku dan disidai di penyangkutnya. Aku kembali berbogel dan melangkah ke wardrobe untuk memilih pakaian yang akan aku pakai hari ini.

Setelah mengenakan pakaian dalamku, aku mencari telefonku. Aku membukanya dan terlihat notifikasi menunjukkan ada mesej di aplikasi WhatsAppku. Pantas jariku membukanya dan ternyata mesej itu daripada Haikal.

SEMPADAN NAFSUWhere stories live. Discover now