Bab 10

298 7 1
                                    

DAH beberapa hari berlalu. Aunty As ada depan mata lagi hari ini sebab macam dah jadi rutin, aku datang melawat Khalifh lepas kerja tak pun sebelum masuk kerja. Dia pun sama dengan Rozie. Berkali-kali tanya soalan yang sama. Aku yakin ke tidak ke? Ini bukan keputusan main-main dan kalau aku nak tarik balik keputusan aku, masih sempat. Dia tak kesah dan tak akan sedih.

Tapi jawapan aku tetap sama.

"Kita ni jenis pantang berundur bila dah melangkah, aunty." Kemain bahasa pujangga aku.

Dia senyum tipis.

"Aunty tahu dan aunty tertanya, kenapalah Tuhan bagi aunty jumpa seseorang sebaik Tuah ni? Cumanya aunty tak boleh buang rasa risau bila fikirkan macam-macam perkara yang mungkin akan jadi nanti."

Aku faham apa yang dia risaukan. Doktor telah pun memberi penerangan pada kami. Dengan jelas dan nyata. Tapi aku terima semua itu dengan lapang dada. Tidak akan ada kekesalan. Ma juga cakap benda yang sama. Saat istikharahnya menjurus pada untuk merestui niat aku, dia juga tiada apa-apa kekesalan.

"Kita hanya harapkan, semua orang doakan kita dan semua ni berjalan lancar. Itu aje."

Dia renung mata aku seketika. Matanya nampak berair.

"Bertuahnya ibu Tuah punya anak sebaik ni. Aunty doakan semua kebaikan buat Tuah dunia dan akhirat." Tangan kami bertaut dan aku balas genggaman tangannya sekuat dia genggam tangan aku.

"Hari tu nanti, ma kita akan ada temankan kita. Bolehlah aunty tengok ma yang dah lahirkan kita yang bertuah ni," ujar aku dalam nada bergurau.

"Hurm," balasnya sambil menahan kuap.

Aku lihat dia semakin tak bermaya. Aku ingatkan lepas aku cakap aku akan bantu, dia lega tapi dia masih begitu.

"Apa kata aunty balik rumah dan rehat untuk hari ni." Daripada cerita Uncle Khalid, Aunty As masih tak nak tinggalkan Khalifh sendiri.

"Aunty boleh rehat dekat sini..."

"Tak sama. Suasana hospital tak akan sama dengan rumah sendiri walaupun kita tahu bilik ni selesa. Kita harap aunty dapat rehat dengan selesa biarpun untuk hari ini. Kita tak nak nanti aunty pula rebah. Aunty balik dulu, ya? Kita kan dah janji akan temankan Khalifh."

Dia pandang wajah Khalifh lama. Nampak sedang menimbang kata-kata aku.

"Doktor kata ubat tu akan buat Khalifh tak sedar. Bila dia sedar nanti, mungkin memori dia samar-samar. Tapi itulah cara untuk biarkan dia rehat dalam keadaan dia sekarang. Aunty risau bila dia buka mata, dia tengok aunty tak ada..."

"Kita kan ada..." sambung aku. Tiada niat mencantas suaranya. Tapi, dia sudah nampak benar-benar tak berdaya.

"Entah macam mana aunty nak balas jasa Tuah nanti," soalnya tiba-tiba. Daripada topik berehat, beralih ke topik membalas jasa pula.

"Asalkan aunty jaga janji dan syarat kita, itu dah cukup."

"Kenapa?" soalnya. Sejak awal, memang itulah soalan yang dia aju dengan syarat aku tu.

Jujurnya, aku tiada jawapan kenapa mesti aku rahsiakan semua ini. Tapi aku tahu... Aku tidak akan lagi bertemu dengan Khalifh selepas semuanya. Aku hanya mahu dia teruskan hidup bersama keluarganya. Kembali kepada keadaan asal. Bekerja, berkawan dan bahagia. Boleh jadi juga bertemu jodoh. Yang pasti tanpa aku yang akan mengikat dia untuk terus rasa terhutang budi.

Aku memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kerana Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Aku tak akan ikat Khalifh dan keluarganya menjadi penghutang aku. Perkara ini, tak mungkin dapat aku luahkan untuk menjawab persoalan Aunty As. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hati Yang Kau PinjamkanWhere stories live. Discover now