"Manalah Cikgu Papa ni... Pergi tandas ke buat tandas?" kata Boboiboy bosan sambil memutarkan pennya."Patutlah tandas guru selalu lawa," jenaka Gopal.
Fang hanya mengangkat bahunya.
Knock! Knock!
"Eh, Yaya!" sapa Ying kepada Yaya yang baru sahaja memasuki kelas.
"Hai korang!" Yaya menegur mereka lalu duduk di atas kerusi.
"Macam mana dengan nama lambat? Banyak ke?" soal Boboiboy.
"Taklah banyak sangat, sorang dua je." jawab Yaya bosan.
Tiba-tiba, terdapat bunyi bising di luar koridor.
"Lawa tho budak tu,"
"Weyh,weyh"
"Rambut dia berkilau lahhh"
"Macam hantu"
"Aku cop dulu!"
Mereka berpaling ke luar koridor.
"Kenapa tu?" Fang menyoal. "Entahlah," jawab Ying.
Mereka dapat melihat seorang pelajar perempuan melintasi sambil dikerumuni pelajar-pelajar lain.
Kulitnya putih, putih pucat. Rambutnya hitam melimpasi bahu, dan ada jaket hitam terikat di pinggangnya. Wajahnya juga beku kalah kutub utara.
Yang paling penting, rambutnya mempunyai jalur putih.
Ini menyentak Boboiboy. Fikirannya terus terimbas akan rambut keturunan keluarganya.
Tapi... mustahil...
'Ah! Mungkin dia dye...' getus Boboiboy.
"Budak baru, rupanya... ingatkan selebriti ke, menteri ke, raja ke, boleh aku ambik autograf!" bebel Gopal sambil menjulingkan matanya ke atas.
"Betul! Aku lagi popular dari dia!" kata Fang bangga sambil menyilangkan kakinya dengan tangan direhatkan di atas kerusi sebelahnya.
"Oh! Itulah budak baru yang aku jumpa tadi pagi!" kata Yaya.
"Tadi pagi?" soal Boboiboy. "Haah, masa aku bertugas kat pintu pagar sekolah,"
"Erm... apa nama budak tu?" soal Boboiboy sambil mengerutkan keningnya.
"Erk... apa eh? Nama dia A...Aria? Hah, Aria!" Yaya menepuk tangannya sekali.
"Budak tu macam pelik..." kata Fang menajamkan matanya.
"Oi! Jangan nak merepek lah!" marah Ying. "Ape? Aku cakap je kan?"
BUK!
Pemadam papan putih terbang tepat mengenai belakang kepala Boboiboy.
"Ouch! Sakitlah!" kata Boboiboy sambil mengusap kepalanya.
"Dey!! Kau dah kenape?!" marah Gopal.
"HAHAHAHA!" orang itu hanya tertawa kuat. 2 orang yang di belakangnya pun ikut tertawa. Mesti konco-konco dia ni.
Di depan pintu kelas terdapat 3 pelajar yang tersenyum sinis sambil memandang Geng Kokotiam.
"Kate superhero, takkan itu pun sakit?" seorang lelaki botak membuat komen. Namanya Bidin. Orang panggil, Ipin. Ya. Korang tau kenapa dia dipanggil Ipin.
"Tulah, belum lagi aku baling kerusi, habislah dia~" seorang lelaki bertubuh gempal bernama Nasri berjenaka.
"Tak layak lah, entah kenapa diaorang ni boleh jadi hero, padahal kita lagi kuat dari diaorang ni, lagi berani!" seorang lelaki yang mempunyai parut di muka mula bersuara. Dia mengangkat otot tangannya yang tidak kelihatan. Macam tulang ikan sahaja gamaknya.
Nampaknya inilah ketua mereka.
"Kau diamlah Hasyim, kau nak rasa harimau bayang aku ke," Fang berura-ura ingin mendapatkan mereka, namun ditahan oleh Boboiboy dan Gopal.
"Korang ingat, korang tua dari kitaorang, korang boleh pijak kami sesuka hati lah!" geram Ying.
Hasyim berjalan ke meja mereka. Satu kelas hanya melihat. Memang dah biasa dah geng ni buat hal. Budak nakal SMKPR.
"Tak payah nak berlagak baik, kau pun bukannya baik mana pun," dia berkata tepat di muka Boboiboy.
Boboiboy hanya memandang sahaja ke muka Hasyim. Sungguh dia malas nak memperbesarkan hal ni. Jadi dia telan sahaja lah.
Yaya mula bersuara. "Korang keluar sekarang, sebelum aku tulis nama korang dan aku bagi dengan pengetua," ugut Yaya.
"Leceh lah minah ni," Ipin mengorek telinganya malas.
Yaya mengeluarkan pen lagendanya. Kepala kambing comel itu mula bergerak ke kiri ke kanan.
"Ya! Ya! Kitaorang keluar! Dah lah, jom! Esok kita kacau lagi budak-budak comel ni," kata Hasyim berlalu sempat menghempas pintu.
Sebaik sahaja mereka berlalu, Fang memandang tajam ke Boboiboy. "Kenapa kau ni, tak bosan ke kena kacau je oleh dorang? Sekali-sekala kau kenalah takutkan dorang tu, kalau tak, memang naik kepala lah jawabnya."
"Ya lho, jangan bagi dorang tu muka sangat, makin menjadi-jadi. Habis pelajar bawah dorang buli," sokong Ying.
"Aku nak- tapi... aku taknaklah guna kuasa aku selain mempertahankan diri... selagi dia tak sentuh aku pun sudah," pasrah Boboiboy.
"Haih... suka hati kaulah Boboiboy, kalau ada apa-apa, bagitau kitaorang," Fang mengeluh.
"Ye, ye... aku taulahh"
Di koridor tingkat atas, geng pembuli tersebut bergelak tawa. Amboi... bahagia betul. Tak penat ke ketawa?
Sebaik sahaja mereka berpusing ke koridor kanan, mereka ternampak seorang pelajar perempuan menyandar ke dinding dan memandang mereka tajam.
Mereka hanya melihat perempuan itu, lalu berjalan seperti tidak ada apa-apa. Hairan jugaklah, tapi... dah biasa dah pun jumpa orang pelik dikatakan.
Perempuan itu hanya memandang mereka menggunakan ekor mata apabila mereka menjauh. Kemudian tersenyum sinis.
"He doesn't bite," dia mengeluarkan penselnya.
"But, I do." dia tersenyum jahat.
Dah banyak dia rancang dalam kepalanya. Lambat atau cepat, karma memang hadiah diaorang.
Continue this story?