ZING!!Satu deringan berdengung di telinganya.
"This is not good... aku dapat rasa ada orang dapat memerhati..." anak matanya mula memerah.
"Mesti ni ada kaitan dengan musuh ibu. Aku yakin..." Ada satu perasaan yang bergelumang di dalam dirinya. Marah.
Sejak dia tahu akan kebenarannya... apa yang terjadi kepada ibunya, Armonia, pewaris kegelapan dan cahaya... Semua yang telah disembunyikan darinya.
"Diaorang ingat aku bodoh." dia menutup buku tebal itu dengan keras lalu menghempasnya ke meja.
Kini, dia di sebuah perpustakaan yang penuh dengan buku. Bukan perpustakaan biasa... bahkan perpustakaan yang menyimpan banyak rekod tentang hal-hal di galaksi.
Disebabkan simbol yang pernah dia ingat ketika dia kecil, dia cuba mencari dengan payahnya. Rupanya, ia merupakan lambang kerajaan ibunya. Tetapi, maklumat tentang Armonia memang mustahil berada di bumi.
Jadi dia terpaksa ke planet Junkberg untuk mencari arkib angkasa. Arkib tersebut dikawal ketat oleh sebuah robot yang berjaga di situ setelah sekian lama. Robot yang bernama Jagara.
Menyusahkan. Adakah patut diberi teka-teki? Terus dibelasah robot tu. Dapatlah dia masuk ke dalam arkib tersebut. Orang putih kata, 'work smarter, not harder'
"Aku tak boleh lalai. Aku tak boleh bagi peluang ni dekat si jahanam tu. Aku kena lindungi abang aku, aku tak akan biarkan diaorang dapat Boboiboy. Disebabkan teras cahaya yang diaorang nak, mesti Boboiboy yang akan ditarget..."
"Wrong vamp to mess with, really..." Dia menggeleng-geleng kepalanya sambil membawa buku tersebut ke hulur ke hilir.
"Aldos terlebih dos tu bukan 'barang' main-main..." Sengaja dilabel barang sebab dia alien kerepot yang jahat. Satu penghinaan yang besar bagi bangsa alien untuk panggil dia alien.
"I need to prepare him..."
-----------------------------------------------------------
"Pakcik Tarung... sanggup ke serang saya?"
Laksamana Tarung mendengus kasar. Di mana silap mereka?
Budak yang disangka telah mati beberapa tahun lalu telah kembali, malah masih mengenalinya. Berubah 360° darjah.
Malah apabila diamati serangannya tempoh hari, dia tahu budak itu sedang menahan diri. Budak itu bertambah kuat.
Jika dia ada peluang, dia mahu meminta ampun daripadanya, atas segala apa yang orang dewasa telah lakukan kepadanya.
Dia hanya mampu tahu berdiam diri dan menjadi pengecut.
-----------------------------------------------------------
"Kebelakangan ni aku dapat banyak mimpi..." Boboiboy duduk di atas kerusi biliknya sambil melihat ke luar jendela. "Aku tak rasa itu hanya mimpi biasa..."
"Haih..." dia membaringkan kepalanya di atas meja belajar.
'Boboiboy..' dia terdengar satu suara sayup-sayup memanggilnya.
"Siapa tu?" dia terkejut.
'Boboiboy..' suara tersebut datang dari belakangnya.
"Solar?? Apa kau buat kat sini??" Terkejut dia apabila Solar hanya berdiri statik di belakangnya.
"Kita kat mana?" soalnya apabila persekitaran mereka berubah menjadi warna putih. Tidak ada satu pun objek di sana. Hanya lah mereka berdua.
"Kau ada di dimensi elemental."