Di lorongan gelap perumahan di Pulau Rintis... yang hanya ditemani dengan beberapa tiang lampu rosak yang berkelip-kelip, dan cahaya rembulan membiasi...Muncul lingkaran cahaya berwarna biru di atas lantai lorong tersebut. Lingkaran cahaya itu membentuk sebuah pentagram. Dari pentagram itu, keluar seseorang berkerudung biru tua gelap. Darahnya menitik di atas lorong tersebut.
"Kleìse" (close)
Pentagram itu lenyap serta-merta. Orang itu melutut kesakitan, membuka kerudungnya secara paksa. Terserlah rambutnya berjalur putih bersinar dibiasi cahaya sang bulan.
"Lapar..." dia lalu mendongak ke arah bulan. Anak matanya yang coklat bertukar menjadi merah. Dia menyerigai lebar menampakkan gigi taringnya.
"Hunting time..."
-----------------------------------------------------------
"Stesen TAPOPS telah diserang pada minggu lepas oleh 'pendatang misteri' yang tidak diketahui identitinya," ucap Komander Kokochi sambil melihat ke muka anak-anak buahnya, "oleh itu semua anggota TAPOPS ditugaskan oleh orang atasan HQ TAPOPS untuk membantu menyelidik kes ini."
"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan tetapi ada beberapa yang tercedera parah dan ada yang perlu menerima rawatan sementara waktu, termasuklah Kapten Kaizo." Komander lihat sekilas ke Fang. Fang hanya mengeluh perlahan. Boboiboy menepuk belakang Fang.
"Berikut merupakan footage pada hari kejadian," beberapa buah hologram terpancar di atas meja tersebut. Meja tersebut berbentuk segi empat tepat memanjang.
"Kita kena dapatkan maklumat tentang orang ini, untuk mengelakkan kejadian seperti ini dapat berlaku lagi, mungkin di tempat lain? Kita tidak tahu."
"Kita perlu tahu kuasanya dulu, barulah dapat buat kesimpulan," kata Yaya. "Hah! Betul tu!" setuju Gopal.
"Menurut footage ni, kita dapat tahu senjata musuh kita merupakan pedang, dia memang pandai menggunakan pedang tapi tidak sehandal Kapten Kaizo," kata Ying.
"Dia juga mempunyai pelindung automatik. Tapi kan, dekat footage yang ni, pelindung yang dibuat oleh dia warna silver kebiruan hitam, tapi footage lagi satu pula pentagram ungu dan merah. Pentagram ni boleh dilihat muncul apabila ada serangan mengejut terkena kat badan dia. Serangan tersebut akan melantun balik. Memandangkan teras kuasa berbeza, mungkin ada sesuatu yang melindungi dia atau dia ada lebih dari satu kuasa." analisis Yaya.
Fang mencelah. "Aku rasa orang ni ada kaitan dengan penyerang planet Mory."
"Penyerang satu malam tu ke?" soal Gopal. "Betul," dia mengeluarkan tabnya. Artikel dan gambar muncul dalam bentuk hologram. "Video ni baru diupload kemarin." dia mainkan video tersebut.
"Kejamnya..." Yaya kata. Terlihat mayat bergelimpangan, ada pula babak yang pelaku tersebut merobek keluar hati dengan tangannya sendiri membuatkan semua orang kembang tekak. Ada yang ditarik ususnya keluar, ada yang kepala diputuskan dengan mudah dan ia MENGGUNAKAN TANGAN! Gila, memang gila.
Ochobot automatik terus memegang lehernya yang tidak wujud. "K-kalau dia dapat buat macam tu... maknanya dia bagi chance kat kita ke?"
"Sebab itulah benda ni serius." kata Komander Kokochi.
"Apa motif dia? Power sphera? Dia boleh je ambik haritu, tapi dia hanya buat kacau." hairan Boboiboy.
"Dia nak tunjukkan dia kuat. Provokasi."
"Apa maksud Laksamana? Dengan siapa dia nak tunjuk?" tanya Boboiboy.
"Sebab itulah, kita kena cari." jawab Laksamana. Seperti... mengelak. Boboiboy tahu yang Laksamana mungkin tahu sesuatu, tapi dia diamkan sahaja.
"Sambung kepada video tadi, kita juga dapat nampak kuasa dia boleh buat orang sakit kerana sesuatu," kata Ying. "Macam Fang haritu ke?" tanya Boboiboy. "Betul tu"
"Telekinesis ke???" berbintang mata Gopal kerana teruja.
"Hmm... aku pernah kena humban dengan dia oleh kuasa dia, ke arah kanan, dia macam... darah aku macam nak melompat ke kanan, lepas tu, tiba-tiba aku kat atas mayat robot pulak..." jengkel Boboiboy. "Pfft- mayat robot-" kata Gopal.
"Hmm... aku pun! Aku rasa macam darah aku berlawan kat badan aku, lagi-lagi bahagian dada! Lepas je dia lepas, sakit tu beransur kurang dan hilang," cerita Fang.
"Kuasa air- dia ada kuasa air... tengok ni" kata Gopal.
Gopal memainkan babak di mana orang itu muncul secara tiba-tiba di belakang Kapten Kaizo.
"WATER SLICEE!!"
"Haah lah..." kata Ochobot. "Tapikan yang peliknya, TAPOPS kan ada pengesan haba, tapi mesin ni tak dapat pun detect haba dari badan dia," kata Ochobot serius.
"H-hantu kot...." Gopal memeluk tangan Fang. "Jangan mengarut lah," Fang menolak tangan Gopal.
"Masa aku berlawan dengan dia, aku ternampak tangan dia, kulit dia serupa macam manusia biasa." kata Yaya.
Boboiboy, Gopal dan Ochobot perlahan-lahan berpaling ke arah Fang. "Ape pandang-pandang?" jerkah Fang. Mereka terus menggeleng kepala laju. Takut lah dikatakan.
"Erk- mungkin juga alien?" kata Yaya tersengih.
"Hmm... darah dia ada tak kat tempat kejadian? Kita cuba kesan guna DNA tak boleh ke?" tanya Ying.
"Nampaknya orang ni bijak, dia bersihkan lantai TAPOPS guna kuasa air dia lepastu dia buang." kata Ochobot.
"Tapi... aku rasa aku pernah jumpa dia... tapi... kat mana?" kata Boboiboy mengerutkan keningnya cuba memikir sesuatu. Laksamana terus berpaling ke arah Boboiboy, lalu membuang pandangannya ke tempat lain apabila Boboiboy bereye-contact dengan Laksamana.
"Aku dah agak..." getus hati Boboiboy.
"Kita akan tangguh mesyuarat kita, kamu semua akan dihantar ke bumi, Kapten Papa akan ambik korang dari bumi memandangkan Kapten Kaizo masih belum sedar. Misi kali ni dihandle oleh pasukan lain, tapi kalau korang nak bantu pun boleh. Rasanya orang tu takkan bertindak buat masa ni, tapi kamu semua kena berjaga-jaga, sebab dia dah kenal kamu. Kalau ada apa-apa, maklumkan serta-merta. Jaga diri dan selamat bercuti." ucap Komander sambil membuat tabik TAPOPS.
"Siapa orang tu... dia ada kaitan dengan aku ke? Kenapa macam... aku kenal dia dah lama..." bisik hati Boboiboy. Tiba-tiba, kepala dia rasa sakit, tajam rasanya. Macam, dicucuk jarum yang panjang membelah otaknya. Dia memegang kepalanya kuat. Hal seterusnya yang dia tahu, kelopak matanya tertutup dan dunianya menjadi gelap gelita.
Korang rasa siapa orang tu? Apa dia nak? Apa kuasa dia? Dan... dia tu apa? Sila lah komen teori-teori anda 👻