Chapter 2: Cuti

71 6 0
                                    


"Tahniah semua, sekali lagi korang semua telah menyempurnakan misi dengan begitu baik sekali. Syabas kami ucapkan!" terlihat Kokoci sedang berucap di hadapan beberapa remaja.

"Terima kasih komander!" serentak mereka berkata sambil melakukan tabik hormat rasmi TAPOPS.

"Erk... ehehehe...takde cuti ke laksamana?" tersengih-sengih si Gopal sambil mengangkat-angkat keningnya.

"Hmmm..." Laksamana berfikir.

Semua secara tidak sedar menahan nafas menunggu keputusan. Kerana rindu akan bumi, mereka lekas menyiapkan semua misi yang diberikan mereka.

Laksamana menepuk tangannya sekali, "Baiklah, disebabkan prestasi yang memberangsangkan, kamu semua dibenarkan balik awal... dari tarikh yang ditetapkan.

"HOREYYY!!!" sorak mereka.

"Jika begitu, semua boleh bersurai." Komander Kokoci beritahu lalu berlalu bersama Laksamana Tarung.

Mereka pun turut sama keluar dari bilik mesyuarat.

"Waaaa... cayalah! Kita dapat pulang awal dari tarikh yang ditetapkan!" sorak Yaya sambil memegang tangan Ying.

"Yalooo... sebelum sekolah bermula, kita ada sebulan lagi, maknanya... kita siapkan misi sebulan lagi awal lah!" riang mereka melompat-melompat.

"Aku dah homesick ni, nak makan kari amma aku uhuhuhu" tangis Gopal sambil melutut menutup muka. Tiba-tiba ada cahaya yang menyinari Gopal, macam pementasan drama pun ada.

Manakala Boboiboy hanya berdiam diri sahaja.

Ochobot mula menarik tangan Gopal. "Dah-dah, kata tadi lapar, jomlah ke cafe, sarapan."

"Mana Fang?" tanya Boboiboy.

"Fang kata nak jumpa abangnya tadi, nak tanya sesuatu." jawab Ying.

"Esok kalau tiada halangan kita akan bertolak ke bumi." tiada angin, tiada ribut, secara tiba-tiba Fang muncul.

"AMMAA!!" terjatuh Gopal. "Deyh, bagi signal lah kalau nak jumpscare uhuhu..."

"Ehehe... maaf korang, rancak sangat korang berborak sampai lompat- lompat, aku panggil pun korang tak dengar."

ZUP!

"Eh, apa benda tadi tu?" tanya Yaya.

"Itu Gopal. Dia lari ke cafe tadi, kebulur sangatlah tuee..." kata Ochobot.

-----------------------------------------------------------

Kelihatan ramai anggota TAPOPS pada awal pagi memenuhi cafe TAPOPS. Terutama sekali alien Mop-Mop.

"Jom lah, nanti tak dapat duduk pula," kata Boboiboy. Mereka menggangguk setuju. "Nyum, nyumm... apa menu harini eh?" soal Gopal, terliur.

Tetapi setiap langkah mereka berjalan, kedengaran bisikan-bisikan kekaguman bergema di cafe itu. Walaupun pangkat mereka bukanlah tinggi sangat, tapi hormat mereka kepada Geng Kokotiam ni memang tinggi. Dengan pencapaian yang banyak, memang mengubah persepsi alien-alien yang 'budak bumi' ni lemah.

Biarpun ada seorang yang pernah membuktikannya sebelum ini...

To be continued...

BOBOIBOY: THE LOST TWIN Where stories live. Discover now