Chapter 14: Tujuan

36 4 0
                                    


"Weyh, korang!" Boboiboy berlari ke arah Geng Kokotiam. "Lama ke korang tunggu?" dia meletakkan begnya di bawah meja.

"Kitaorang pun baru sampai ni," jawab Yaya.

Mereka kini berada di kelas sementara menunggu kedatangan rakan-rakan yang lain.

"Aku dengar, kelab bola sepak akan menganjurkan pertandingan terbuka nanti, betul ke Boboiboy?" Yaya membuka bicara.

"Haah, Cikgu Papa buat mengejut, semua orang boleh tengok nanti,"

"Ye ke? Wah, bestnya!" Ying teruja.

"Korang tak nak join ke?" soal Fang.

"Kau tak nak ke~" Gopal mengangkat keningnya berulang kali. Mentang-mentanglah si Fang tu kaki bangku.

"Tak nak lah, aku tukang sorak je," kata Fang menyampah. "Erm, aku pun," sokong Boboiboy.

"Bila pertandingan tu diadakan?" soal Ying.

"Berkemungkinan lepas habis sekolah esok," jawab Boboiboy.

Tanpa mereka sedari ada beberapa pasang telinga yang mencuri dengar dari belakang pintu kelas. Terdapat banyak rancangan yang bermain di kepala orang-orang tersebut.

"Siap kau Boboiboy...."

----------------------------------------------------------

Loceng berdering menandakan pelanggan baru masuk ke pintu cafè.

"Aunty Tris," sapa orang itu. Siapa lagi kalau bukan Aria Ariana. Dia berjalan perlahan kemudian secara tiba-tiba muncul di belakang Mdm Tris.

Namun begitu Mdm Tris langsung tidak terkejut, seolah-olah sudah biasa dengan perkara ini. "Kau ni, kalau aku tersimbah kau kopi ni, memang habislah kau," bebelnya.

"Hehehe,"

"Ape hajat kau ke mari?" dia mengelap tangannya sambil berjalan ke arah satu tempat duduk paling hujung. Aria hanya membuntutinya dari belakang.

"Saya nak tanya Mdm sesuatu," soalnya. Mdm Tris tahu ini akan menjadi sesuatu yang penting. Kalau budak ni dah gelar dia Mdm, memang dia seriuslah maksudnya.

"Kejap,"

"Protection" Mdm Tris membisikkan sesuatu lalu menghumban sejenis serbuk ke udara. Bentuk perisai semi-sfera terbentuk.

"Takde orang akan dengar, kau boleh cakap sekarang," Mdm Tris mengarah.

Keadaan agak tegang sekarang. Aria hanya menunduk ke bawah. Dia mendengus perlahan.

"Siapa ibu aku?" soalnya sambil memandang tajam ke arah Mdm Tris.

"Takkan kau tak kenal ibu kau? Kau kan pernah jumpa dengan dia sebelum ni," jawab Mdm Tris.

"Bukan tu yang aku nak dengar," dia mengenggam penumbuknya.

"...." dia tersenyum sinis setelah tidak mendapat apa-apa jawapan. "Kenapa tak jawab?"

"Apa yang membuatkan kau bertanya soalan macam ni," Mdm Tris soal berhati-hati.

"Aku tahu betapa kuat kuasa elemental tu, mustahil abang aku dapat kawal ketujuh-tujuhnya sekali tanpa mati,"

"HAHAHAHA!" Mdm Tris tertawa kuat. "Jadi?"

"Mustahil manusia biasa dapat tahan penangan tujuh-tujuh kuasa elemental tu, tambahan pula, macam mana aku dapat dibangkitkan dengan mudah? Jantung aku hancur," ujarnya benci.

"HAHAHA, bijak rupanya kau ni," Mdm Tris menghirup kopinya yang tiba-tiba muncul di udara.

"Aku tahu kau dah tahu siapa ayah kau. Aku nak kau cari sendiri. Siapa kau, siapa abang kau, siapa ibu kau," ujarnya.

"Aku tahu kau kenal diaorang, aku tahu kau tahu nama diaorang, tapi, kau betul kenal diaorang?"

"Kau bukan orang biasa Aria... Kau tahu tak? Ada sorang insan ni, yang pernah nasihat aku, 'kuasa yang kuat, datang dengan tanggungjawab yang besar,'

"Ada sebab kau belum mati lagi. Kau ada misi, kau ada amanah. Aku nak kau cari tujuan hidup kau. Sebab, kau masih di sini semestinya bersebab,"

"Asal-usul keluarga kau ada kaitan dengan kuasa abang kau. Tapi, kebangkitan kau, adalah dari diri kau sendiri,"

"Cari kebenaran tu." Mdm Tris merenungnya dengan penuh maksud.

Aria hanya memandangnya tajam.
"I should," dia berdiri selepas mendengar jawapannya.

"Thanks." Sekali lagi dia hilang dibawa angin.

Mdm Tris hanya duduk di situ termenung selepas pemergian Aria.

"Maaf..." kata Mdm Tris perlahan.


Haiii~ Apa khabar readers? Thanks yang dah votee, I appreciate it so much! Kalau boleh, comment lah, how this story, and.... esok rayaaa~

Reader masa depan jangan hairan, timeline author sekarang adalah tahun 2023, bulan puasa. Dan esok rayaaa~ Untuk reader tersayang, author ucapkan selamat hari raya, kosong-kosongg 😘

-21.4.23

BOBOIBOY: THE LOST TWIN Where stories live. Discover now