Chapter 19: Gerak Hati

33 4 0
                                    


Di malam yang kelam, terdapat seorang yang terlentang di atas katil kerana tidak dapat melelapkan mata.

Jasadnya di bumi tetapi fikirannya di awangan. Banyak benda yang berlaku kebelakangan ni.

Dan dia tidak dapat proses kesemuanya sekali.

"Ibu..."

"Tolonglah Boboi..." dia memeluk lututnya kuat. Posisinya sekarang ini seperti kepompong.

Dia bingung. Kejadian pada hari ini cukup menakutkannya. Dia rasa dia tidak kenal siapa dirinya.

Dia teringat mimpi-mimpinya yang lepas. Dia seakan-akan tidak dapat membezakan lagi antara mimpi atau realiti.

Semuanya dusta.

"JANGAN SENTUH ADIK BOBOI!!"

"BOBOIII!!"

"Bijak, bijak... nasib tak malu keluarga,"

Dia mengeluh perlahan. "Aku overthinking sangat kot..."

KREK!

Pintu dibuka.

"Boboiboy, dah tak sakit lagi?" soal Tok Aba sambil membawa secawan koko panas.

"Minum ni, cepat sikit sembuh," Tok Aba menghulurkan cawan tersebut.

"Terima kasih, atok" dia meneguknya perlahan. Tok Aba hanya tersenyum menggosok rambut Boboiboy hingga kusut.

"Atok tengok, Boboi ni macam banyak masalah je, cuba cite sikit," Tok Aba membuka cerita.

"Erm..." dia bermain-main dengan cawannya.

"Atok?"

"Ye?" Tok Aba mengelus perlahan rambutnya.

"Patutkah kita ikut gerak hati?" soal Boboiboy sambil menunduk.

"Hmm.." Tok Aba meletakkan jarinya di dagu.

"Hati ni..."

"Adalah satu benda yang rumit. Kadangkala, hati lagi mengenal kita dari kita mengenal hati. Jadi... hati yang membuatkan keputusan untuk kita," Tok Aba menunjuk hati Boboiboy menggunakan jari telunjuknya.

"Tapi, bagaimanapun, akal pun kena guna jugak. Jangan ikut sangat hati, sampai logik akal jadi sia-sia."

"Gerak hati kadangkala boleh menjadi betul. Firasat manusia memang istimewa. Mungkin juga amaran dari masa hadapan? Kita tidak boleh kawal hati, hati yang mengawal kita. Hati ingat..."

"Hati... ingat?"

"Biarpun kenangan hilang?"

Tok Aba tersentak. Dia berpaling ke arah Boboiboy. Dahinya berkerut.

"Maksudnya?" soal Tok Aba.

"Tok Aba pernah rasa tak, Tok Aba rasa lupa sesuatu, tapi tak ingat apa. Otak Boboiboy macam nak meletup dah," dia memegang kepalanya dan menutup matanya rapat.

"Boboiboy tahu, Boboi memang pelupa... Tapi... Boboi rasa Boboi tak dapat beza mana satu yang betul dan salah dah,"

"Boboi takut Boboi fikir bukan-bukan..." dia menggigit bibirnya menahan tangis.

Tok Aba menepuk belakangnya. "Apa yang cucu tok ni fikirkan?"

"Boboiboy... anak tunggal ke?"

Mata Tok Aba terbeliak besar. "A-apa yang buat cucu tok fikir macam tu?"

"Kebelakangan ni... Boboiboy dapat mimpi... Semuanya nampak macam real..."

"Boboiboy terfikir.."

"Kalau semua tu hanya mimpi biasa..."

"Atau..."

"Memori Boboiboy." katanya serius.




More update~

BOBOIBOY: THE LOST TWIN Where stories live. Discover now