10

28 6 0
                                    

Always Love You

· · ─────── ·☆· ─────── · ·

Won ! jerit Sera lalu berlari menuju ke arah Jungwon."Huf huf..huff  n-nape tak t-t-tunggu aku hah?!" Marah Sera pada Jungwon. Kedua-dua telapak tangan diletak pada lutut kakinya lalu membongkok. Pada masa yang sama dia cuba untuk mengatur nafasnya.

"Eleh aku tunggu lah, tapi kau tak keluar-keluar dari rumah. Aku ingat kau tak pergi sekolah, so aku gerak je la" terang Jungwon pada Sera sambil tergelak kecil.

"Ishh nasib baik aku sempat kejar kau kalau tak-" belum sempat Sera menghabiskan ayatnya, Jungwon terus memotong.

"Kalau tak kau tak sempat pergi sekolah dengan aku hari ni HAHAHA" kata Jungwon dengan yakin.

"Eh mana ada!" Sera terus menundukkan kepalanya ke bawah tanda malu.

Jungwon yang memandang teman wanitanya itu tersenyum lalu mengusap lembut rambut Sera.

"AAARRGGHH, DIA SENTUH RAMBUT AKUU HSHSJSHS "  desis hati Sera. Pipinya mula membahang, jantungnya mula berdegup rancak seakan-akan mahu terjatuh.

"Sera, aku minta maaf tau sebab tak tunggu kau. Salah aku. Sorry ye ?" Jungwon memandang Sera sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang dalam itu.

Sera terus memandang wajah Jungwon. "Ye ye aku maafkan kau. Lepasni kalau kau tinggalkan aku lagi, aku terus merajuk" Sera terus mamandang ke hadapan untuk meneruskan perjalanan ke sekolah.

"Eeee nak merajuk pula, macam budak-budak" Jungwon mengusik Sera. "How dare!" Jawab Sera selepas sahaja Jungwon selesai menghabiskan ayatnya."hahaha"-Jungwon

"Ehh dah lah, cepat sikit Won kita dah lambat ni" Sera terus menarik pergelangan tangan Jungwon untuk mempercepatkan lagi langkah mereka berdua. Jungwon tergelak kecil dengan senyuman apabila melihat gelagat Sera itu. "Ya ya jangan lah laju sangat nanti jatuh"

{•}

"Morning Sera~" Ucap Hyein pada pagi itu di kelas.

"Morning~" Sera menghadiahkan sebuah senyuman manis di wajahnya.

"Amboi happy semacam je ni, why??" Hyein tertanya-tanya lalu dia melabuhkan punggungnya di bangku sisi Sera.

"Hmm tak ada apa-apa lah, takkan happy pun takleh" Sera terus mengalihkan pandangannya ke arah Hyein.

"Tanya je" Hyein terus mengambil begnya lalu dia buka untuk mengambil buku teks fizik.

"Aku nak je cerita hal tadi kat kau, cuma aku tak nak kau tahu yang kitorang dah couple" monolog hati Sera cuba untuk merahsiakan hubungannya.

(Cikgu Tae masuk iaitu cikgu fizik)

"Morning class, Cikgu nak kamu semua belajar sendiri ya sebab cikgu ada meeting lepas ni" Doyoung iaitu ketua kelas 5-C itu diarahkan oleh Cikgu Tae untuk memastikan kelas tidak bising.

Apalagi, keluar sahaja cikgu Tae dari kelas, beberapa pelajar di kelas itu mula berkelakuan seperti monyet yang baru keluar dari Zoo. Susah untuk Doyoung mengawal kelasnya yang bising itu kerana tiada siapa yang akan mendengar tegurannya.

"Haissh dah agak dah. Confirm kelas kita ni akan jadi macam Zoo. Tengok la diorang tu macam manusia tak betul dah." keluh Sera pada Hyein

"Itula tu, kalau masih berterusan macam ni, kelas kita akan jadi terkenal tau tak" balas Hyein lalu manayangkan eksperasi wajah geramnya itu.

To be continue...


Hawai yuu? I'm backk !!

Always Love You ╏⁠ Jungwon Where stories live. Discover now