Always Love You
- Final chapter -
Akhirnya, tiba juga Sera di perkarangan hospital. Sera terus keluar dari teksi sebaik sahaja dia membayar tambang.
Sera terus berjalan masuk ke dalam banggunan hospital.
"Hyein!"
Hyein yang berada di ruang menunggu terus melihat ke arah Sera.
"Sera..."
Sera terus mendapatkan Hyein. Sera semakin risau selepas melihat raut wajah Hyein yang begitu muram.
"Jungwon macam mana?!"
Hyein menepuk lembut bahu Sera.
"Aku nak kau tabah"
"Kenapa??"
"Ikut aku"
Sera tidak banyak soal ketika itu. Dia hanya mengekori Hyein dari belakang.
"J-Jungwon...." Itu sahaja yang terkeluar dari mulut Sera. Dia seolah-olah tidak percaya bahawa lelaki yang berbaring dan ditutupi dengan kain di seluruh tubuh badan kaku itu ialah teman lelakinya. Kain diselak menampakkan seraut wajah pucat tanpa darah yang sangat tenang seperti sedang tidur.
"T-tak mungkin" Air mata Sera membanjiri kelopak matanya. Sera benar-benar tidak percaya. Kali terakhir Sera mendengar suara Jungwon semasa dia masih di cafe. Sera terlalu terkejut dengan kejadian yang berlaku hari itu.
Seolah-olah seperti dalam mimpi.Sera melutut di tepi katil itu.
Tangan yang kaku itu disentuh. Air mata perlahan-lahan jatuh membasahi pipinya.
"Won, aku datang ni" Sera tersenyum tipis sambil menatap wajah pucat Jungwon.
"Kau tahu kan aku sayangkan kau. Kenapa kau tinggal kan aku?"
Suasana ketika itu semakin sunyi.
"Andai masa boleh diputar semula, aku tak ajak kau pergi cafe time tu. Perkara ni tak kan berlaku dan kau pun tak akan jadi macam ni. Tapi nak buat macam mana, Tuhan lebih sayangkan kau" Sera menangis teresak-esak di situ.
"Terima kasih sebab kau sudi terima aku jadi teman wanita kau. Terima kasih sebab kau selalu ada dengan aku, layan aku macam perempuan paling special dalam hidup kau. Kau dah buat macam-macam untuk aku. Aku hargai sangat-sangat apa yang kau dah buat untuk aku." Sera mengesat air matanya.
Tidak sampai hati Hyein melihat keadaan Sera di situ. Kehilangan orang yang kita sayang bukan mudah untuk dilupakan.
"Jungwon, aku sayangkan kau. Sayang sangat-sangat. Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku. Aku bahagia bila ada dengan kau. Walaupun kau dah tak ada dekat muka bumi ni, but I'll always love you, Won."
Sera melepaskan semula tangan Jungwon. Tepi pipi Jungwon diusap perlahan.
"Sera, ambil ni. Novel ni milik Jungwon." Dokter Jong Suk memberi sebuah novel kepada Sera di situ.
Sera menatap novel itu. Mungkin itu novel yang ingin Jungwon hadiahkan kepada Sera semasa di cafe. Sera terus memeluk novel itu. Air matanya sekali lagi menitis jatuh membasahi permukaan novel itu.
"Aku akan baca dan jaga novel ni elok-elok , sebab ni hadiah terakhir kau untuk aku." Sera terus memeluk tubuh kaku Jungwon yang ditutupi kain itu buat kali yang terakhir. Dia mencium pipi Jungwon. Itu ialah ciuman pipi pertama dan terakhir untuk Jungwon.
"Aku nak kau tahu, kau lelaki paling istimewa dalam hidup aku. Aku tak akan lupakan kau Won."
I love you.
✿ THE END ✿
YOU ARE READING
Always Love You ╏ Jungwon
FanfictionI'll never finish falling in love with you... Thank you for making me felt things that i thought i could never feel.. ┌──────────────── · · ♡ { malay ff }