6

34 9 5
                                    

Always Love You

· · ─────── ·☆· ─────── · ·

Jungwon tertanya-tanya, siapakah yang menghantar surat itu dan apakah yang telah berlaku antara Sera dan orang itu semasa di rooftop siang tadi. Akan tetapi, Jungwon tidak mahu menanyakan hal tersebut kerana dia tidak mahu masuk campur urusan Sera.

(Di rumah Sera)

“Sera! Turun makan”. Panggil Puan Lee.

“Baik omma, nanti Sera turun”

Telefon berdering..
Panggilan dari [Won]

Sera terus menjawab panggilan itu.

“Hi Won. Ada apa kau call aku malam-malam ni?”

“Aku nak ajak kau pergi gelanggang bola keranjang boleh?”

“Hm.. boleh, tapi aku kena tanya omma dulu. Kalau dia bagi, baru aku turun. Btw gelanggang bola keranjang yang tak jauh dari appartment ni kan?”

“Ya.. Jumpa kau nanti”

“Okay!”

Perbualan ditamatkan. Sera terus turun ke dapur lalu meminta izin daripada ibunya.

“Omma Sera nak keluar jap. Tak lama. Sekejap je, please omma” rayu Sera.

“Okay jangan lama sangat. Nanti appa balik dia cari Sera pula” jawab Puan Lee.

“Thank you omma! Sera pergi dulu ya” Sera terus melangkah keluar dari rumah.

{•}

Sera melihat Jungwon di gelanggang. Kelihatan seperti sedang bermain basketball.


“Hi Won”

“Oh Sera, dah sampai pun”

“Kau tengah main basketball ke? ”

“Haah. Kau pandai main basketball?” tanya Jungwon sambil melambungkan bola keranjang di tangannya itu.

“Tak hehe” jawab Sera jujur

“It's okay, aku boleh ajarkan” Jungwon memberikan bola keranjang itu kepada Sera.

“Tinggal lambungkan basketball tu dalam jaring. Don't worry, aku ada kat sini jaga kau” kata-kata Jungwon membuatkan Sera tersenyum

Mulalah gelak tawa mereka berdua di situ. Walaupun Sera masih tidak dapat menjaringkan bola, Jungwon tetap gembira kerana Sera sudi menemaninya bermain basketball.

Selesai main, mereka duduk di buaian. Sera memeluk tubuhnya kerana kesejukan.

“Pakai sweater ni” Jungwon membuka sweater miliknya lalu dia memakaikan sweater itu ditubuh Sera.

“Thank you Won” Sera tersenyum

“My pleasure” jawab Jungwon

Sera melihat jam di telefon nya. Waktu di telefon menunjukkan jam 9:00 malam.

“Eh Won aku kena balik dulu, nanti appa aku cari pula” kata Sera tergesa-gesa.

“Okay, hati-hati ya” Jungwon melambaikan tangannya. Hilang saja susuk Sera di situ, dia terus pulang ke rumah.

To be continue...

Always Love You ╏⁠ Jungwon Where stories live. Discover now