"NAH aiskrim." Hairie hulurkan aiskrim Oreo itu kepada Aisyah.Aisyah ambil aiskrim itu dengan senyuman manis terukir dibibirnya.
"Thanks abang sebab belanja Aisyah." Aisyah sengih tayang gigi arnabnya.
Aisyah baca bismillah dulu sebelum dia suapkan aiskrim itu ke dalam mulutnya.Aisyah menari kecil sambil menikmati aiskrim itu.
Hairie ketawa melihat gelagat Aisyah. Comel betul! Macam budak-budak! Hairie geleng Kepala.
Belakang Aisyah ditepuk perlahan.
Suapan Aisyah terhenti. Dia terus memandang ke arah Hairie dengan wajah terkejut.
Dahi Hairie berkerut.
"Kenapa? Tak sedap ke aiskrim tu Aisyah?" Tanya Hairie pelik. Tak kan lah aiskrim tu tak sedap kot? Huish mana mungkin lah.
Aisyah geleng kepala. Cepat-cepat dia dia pandang tempat lain.
Hairie hanya geleng kepala. Ada-ada je Aisyah ni. Hairie kembali mencari susuk tubuh kawan baiknya itu. Manalah budak si Ariq ni. Suka sangat lambat!
Entah kenapa tiba-tiba perut Hairie sakit. Jadi dia terpaksa menyuruh Aisyah tunggu disini sementara dia pergi ke tandas untuk membuang hajat.
Aisyah pun hanya angguk kepala kemudian dia sambung balik makan aiskrim.
Harap Hairie cepat lah. Sebab dia tak nak duduk berdua-duaan dengan kawan Hairie tu.
Aisyah menyuap lagi aiskrim itu ke dalam mulut.
Satu suap
Dua suap
Tiga suap
Tahu-tahu dah habis. Terkejut Aisyah melihat cup aiskrim nya sendiri. Lah? cepat nya habis? Ni betul-betul telan ni. Dia sendiri pun tak sangka dia boleh habiskan aiskrim secepat ni.
Sedangkan dia makan takde lah gelojoh mana.
"Alah tak cukup satu cup ni." Aisyah merungut. Dia nak lagi. Sebab aiskrim ni sedap sangat. Sudah lah aiskrim ni hanya ada di kedai itu sahaja.
Tanpa membuang masa, Aisyah terus melangkah masuk ke dalam kedai aiskrim itu semula. Baik dia cepat sebelum abang Hairie keluar. Nanti tak pasal-pasal kantoi dia beli aiskrim lagi. Hehe.
"Okay ni baki nya." kata pekerja kedai aiskrim itu. Aisyah ambil baki, kemudian dia menunduk dan ucap terima kasih sebelum dia keluar.
Baru sahaja Aisyah ingin melangkah. Tiba-tiba bahunya dirempuh kuat sehingga aiskrim yang baru sahaja dibelinya tadi jatuh ke bawah. Terbuntang mata Aisyah.
"Tidak! Aiskrim aku!" Aisyah menekup mulutnya kerana terkejut melihat aiskrim nya sudah selamat jatuh ke atas lantai.
Kalau aiskrim tu jatuh menegak tidak mengapa. Tapi aiskrim itu jatuh sampaikan aiskrim tu elok cair diatas lantai. Aisyah rasa nak menangis je sekarang ni. Aiskrim kesayangannya sudah tamat riwayat.
Oh aiskrim Oreo ku. Tenang lah kau ke dalam tong sampah.
"Ya Allah! Maafkan saya cik! Saya...saya tak sengaja!" Tiba-tiba Aisyah dengar satu suara garau berada disebelah Aisyah.
Aisyah baru sahaja nak marah, terus tak jadi bila melihat wajah lelaki itu.
Aisyah terkaku melihat kekacakan lelaki itu. Aisyah menelan liur, jangan nak menggatal Aisyah!
'Kau kena ingat, kau tu gemuk. Tiada siapa yang nak kan kau.' Aisyah mengeluh. Betul juga tu. Betul juga tu.
"Saya mintak maaf cik. Saya betul-betul minta maaf. Saya nak cepat tadi. Saya akan gantikan balik aiskrim cik. Kejap ya?" Belum sempat Aisyah nak halang.
Lelaki itu sudah masuk ke dalam kedai aiskrim itu untuk gantikan aiskrim yang sudah jatuh tadi.
YOU ARE READING
Aisyah Elina [ OG ]
Ngẫu nhiênCerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama ARIQ ADRISH yang sudah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama AISYAH ELINA. Ariq suka dengan penampilan Aisyah walaupun gadis itu seorang yang berisi. Bagi Ariq, Aisyah adalah seorang perempuan yang se...