Buk!
Terkejut Aisyah bila dia terasa ada seseorang memukul kepalanya. Aisyah terpisat-pisat bangun dari sofa. Bahunya yang lenguh, terus dia urut.
"Kau ni tak reti bangun ke gemuk? Tak kan semua benda nak orang buatkan!" Aisyah mendengar itu terus dia merengus geram. Aku lah budak ni. Pagi-pagi lagi dah buat aku rasa nak mengamuk!
Aria menolak bahu Aisyah dengan kuat.
"Kau tak dengar ke aku cakap ni bodoh? dah la badan gemuk! Pemalas pula tu!" Bertalu-talu hinaan yang dilemparkan oleh Aria. Sikit pun dia tidak rasa bersalah dengan apa yang dia cakapkan itu. Dia sangat-sangat puas! Dia suka betul hina Aisyah. Alah, lagipun Aisyah ni kan gemuk. Siapa je yang nak kawan dengan dia?
Aisyah genggam penumbuk menahan rasa geram. Kalau penumbuk aku ni hingga dekat muka kau, jangan tanya kenapa lah!
"Ya Allah, kau kuatkanlah kesabaran ku, ya Allah" kata Aisyah perlahan, cukup hanya dia seorang sahaja yang dengar. Allah sahaja yang tahu sakitnya bila dia dihina macam ni.
Aria mencebik saat melihat Aisyah itu. Rasa nak lempang je lah muka gemuk ni. Sakit hati betul lah aku dengan perempuan hodoh ni.
"Aria,kau boleh diam tak? Aku dah buat kerja kan? Kau nak suruh aku buat apa lagi?" Balas Aisyah dengan nada tenang. Kalau nak diikutkan, mahu sahaja telapak tangannya hinggap di pipi Aria. Biar puas hati dia!
"Kau nak aku bagi tahu mama ke yang kau ni pemalas?" Balas Aria tak nak kalah. Tangan silangkan ke dada.
Aisyah ketawa sinis. Pemalas? Siapa,Dia? Wah banyak buruk muka kau? Selamba je cakap aku ni pemalas? Kau tu yang pemalas! Aku kalau dapat tarik rambut karat kau tu. Memang botak terus kepala kau!
"Sudah lah tu Aria. Aku penat lah nak dengar suara kau bebel macam makcik-makcik! Aku penat. Kau faham tak? Aku. Penat! Dah, Tepi! Aku nak siap pergi kerja." baru sahaja Aisyah ingin melangkah. Lengannya direntap kasar.
"Kurang ajar kau kan!" Aria angkat tangan ingin menampar wajah Aisyah. Dasar gemuk!
"Aria!" Jerkah Hairi lantang. Terus Aria menoleh ke arah abangnya . Aria telan liur. Tangannya terus jatuh ke bawah. Tak berani dia nak tatap mata tajam mata abangnya itu.
Bila Aria nampak Hairi menuju ke arah mereka. Terus Aria menjauhi Aisyah.
"Kenapa dengan perangai kau ni? Tak cukup kau hina dia. Sekarang kau nak pukul dia pula? Dia ni kakak kakak kau! Kau jangan nak kurang ajar sangat." Hairie menolak bahu Aria dengan kasar. Geram sungguh dia dengan perangai adiknya ini.
Setiap hari dia mendengar suara aria menghina Aisyah. Padahal, Aisyah tak pernah ganggu Aria pun. Adik dia je yang melebih. Lepastu bila Aisyah melawan, mesti Aria mengadu dekat mama. Memang anak manja betul!
"Eh abang, kau ni dah kenapa? Dia ni kakak tiri je pun! Halah budak gemuk ni bukan boleh buat apa-apa sebab mama tetap akan sokong aku dan marah budak bodoh ni!" Aria tolak bahu Aisyah. Matanya merenung Aisyah dengan pandangan menjijikkan.Apa lah nasib aku dapat kakak buruk, hodoh, gemuk macam Aisyah ni. Buat malu aku je!
YOU ARE READING
Aisyah Elina [ OG ]
DiversosCerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama ARIQ ADRISH yang sudah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama AISYAH ELINA. Ariq suka dengan penampilan Aisyah walaupun gadis itu seorang yang berisi. Bagi Ariq, Aisyah adalah seorang perempuan yang se...