MATA Ariq dari tadi tak lepas merenung Aisyah.
Comel nya. Tengok lah tu pipi gebu dia. Haih rasa nak cium pipi tu puas-puas!
Seronok betul Aisyah dapat makan nasi Pattaya. Ariq senyum sambil menongkat dagu. Mata masih lagi memandang Aisyah.
Haih kenapa dengan dia ni? Tak kan lah dia sudah jatuh cinta dengan Aisyah? Sedangkan mereka baru sahaja berjumpa.
Tapi... Kalau dah namanya jodoh, tak salah kan? Hehe.
"Woi!" Hairie siku pinggang Ariq. Ariq terkejut. Terus dia memandang ke arah Hairie dengan wajah tidak puas hati.
"Benda kau ni? Terkejut aku." Marah Ariq. Orang tengah sibuk tengok Aisyah, dia boleh pula kacau.
"Adik aku tu nak makan. Macam mana lah dia telan nasi tu kalau kau dari tadi asyik tenung dia?" Kata Hairie. Kalau nak usyar anak dara orang tu pun, agak-agaklah. Jangan lah nampak sangat.
Ariq jeling kawan baiknya itu. Dia sambung balik tengok Aisyah.
"Makanlah, saya nak tengok awak je." kata Ariq dengan senyuman manis terukir di bibirnya.
Aisyah hanya senyum janggal. Seram pula dia dengan si Ariq ni. Jujur betul dia ni.
"Dah lah tu gila! Aisyah nak makan. Mee sup kau dah kembang tu. Makan lah cepat. Lagipun aku nak balik dah ni." kata Hairie. Entah kenapa dengan mamat ni. Kena sampuk ke apa?
Ariq mengeluh. Susah sangat ke nak faham dia? Dia tengah dilamun cinta ni.
"Ye lah, ye lah. Dah makan. Nanti kita balik" kata Ariq. Mangkuk yang berisi mee sup itu ditarik rapat dan dia mula makan.
Hairie hanya geleng kepala. Menyesal pula dia ajak Ariq ikut sekali. Haih kesian Aisyah. Tak tenang dia nak makan.
___
"Bye Aisyah. Esok abang ambil Aisyah tau" kata Hairie sambil lambai tangan. Aisyah ajak dia masuk sekali, tapi dia ada hal pula.
Aisyah senyum.
"Okay abang. Hati-hati bawak kereta. Terima kasih tau beli buku ni untuk Aisyah."
"Sama-sama. Happy reading Aisyah. Esok jangan lupa tau?"
Aisyah angguk kepala.
"Okayyy... Esok tepat pukul 9.30 Aisyah dah berdiri tegak dekat sini." kata Aisyah sambil berdiri tegak. Hairie ketawa. Haih ada-ada je lah Aisyah ni.
"Bye abang gerak dulu. Assalamualaikum" Hairie tutup tingkap kereta dan terus dia beredar.
"Waalaikumussalam." Balas Aisyah.
Aisyah senyum suka bila melihat buku yang ada didalam bag plastik itu. Tak sabarnya nak baca!
Baru sahaja Aisyah ingin masuk ke dalam rumah, tiba-tba Aria datang kemudian dia rentap bag plastik itu sehingga koyak. Novel-novel itu terus jatuh ke bawah.
Mata Aisyah meluas. "Apa masalah kau ni?!"
"Kau kikis duit abang aku ke ha?!" Jerkah Aria sambil tolak Aisyah sehingga jatuh terduduk.
"Aria! Apa masalah kau ni?! Masa bila pulak aku kikis duit abang kau? Abang yang kau yang bagi aku novel tu!" Marah Aisyah cukup bengang. Apa lagi yang Aria mahukan?
"Kau jangan nak tipu aku lah bodoh! Abang aku tak kan habiskan duit dia untuk perempuan gemuk macam kau lah!" Aria melangkah ke arah Aisyah kemudian tudung Aisyah ditarik sehingga pin tudung Aisyah tercabut. Aisyah menahan sakit apabila pin tudung itu tercucuk di bawah dagunya.
![](https://img.wattpad.com/cover/334660192-288-k123033.jpg)
YOU ARE READING
Aisyah Elina [ OG ]
RandomCerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama ARIQ ADRISH yang sudah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama AISYAH ELINA. Ariq suka dengan penampilan Aisyah walaupun gadis itu seorang yang berisi. Bagi Ariq, Aisyah adalah seorang perempuan yang se...