"AISYAH nak tak ikut abang keluar tak hari ni? Abang cadang nak tengok cerita ant man dekat wayang." Ajak Hairie. Dia tahu, Aisyah pasti bosan kalau tinggal di rumah.Aisyah senyum lebar. Laju kepala Aisyah angguk.
"Nak! Aisyah dah lama tak pergi tengok wayang." kata Aisyah dengan penuh rasa teruja.
"Asal abang nak ajak dia ni? Tak malu ke keluar dengan perempuan gemuk?" Aria jeling Aisyah. Jijik betul dia tengok senyuman Aisyah tu. Perempuan macam Aisyah ni elok duduk je dalam rumah. Buat malu orang je.
"Aria! Kamu ni dah kenapa? Ada Aisyah kacau kamu? Ada Aisyah usik kamu? Takde kan? Yang kamu sibuk body shaming dia tu dah kenapa? Ingat kamu tu cantik sangat?" Terdiam mereka semua bila dengar suara Encik Hamdan. Dia dah lama hilang sabar dengan sikap anak tirinya itu. Nasib baiklah Hairie tak ikut perangai Aria.
Aria menunduk. Aduh, lupa pula ayah ada dekat sini.
"Yang abang nak menang kan budak ni dah kenapa? Betul lah apa yang si Aria ni cakap. Nanti tak tentu pasal si Hairie ni malu bila keluar dengan Aisyah. Dah lah Aisyah ni tak reti nak melawa. Tau pakai baju besar je." Sinis puan Naura berkata. Pandangan jijik dilemparkan ke arah Aisyah.
Aisyah mula rasa tak senang duduk. Haih nak keluar jalan-jalan pun tak boleh ke? Hina sangatkah perempuan gemuk macam dia ni?
Penat otaknya asyik fikir negatif aje Ye lah, Aria sering cakap dia gemuk, hodoh lah. Sampai dia rasa malu nak keluar.
Sedih kan bila jadi perempuan macam dia? Sentiasa dipandang hina. Itulah fikiran orang zaman sekarang, nak yang kurus, cantik aje.
Tapi bila perempuan gemuk macam dia? Sentiasa dipandang hina. Bila perempuan cantik buat salah, perempuan gemuk juga yang dipersalahkan.
Kebanyakannya, ramai yang mahu berkawan dengan perempuan yang cantik dan kurus. Senang cerita nak yang sempurna dan sedap mata memandang.
Sebab itu lah kadang-kadang Aisyah jadi takut. Takut sangat. Lagi-lagi bila dengan lelaki.
Dari sekolah rendah lagi Aisyah selalu sambil dihina, dibuli. Dia yang perempuan ni pun pernah kena tumbuk dengan lelaki. Sedangkan dia tak buat salah pun.
"Aisyah? Ya Allah.. budak bertuah ni. Ayah cakap, dia boleh termenung? Apa yang anak ayah fikirkan ni?" Tanya encik Hamdan sambil mengusap kepala Aisyah yang ditutupi dengan tudung sarung. Risau pula dia dengan Aisyah. Asyik termenung aje dia.
Aisyah tersentak. Dia memandang ke arah encik Hamdan.
Aisyah sengih. Hairie pula ketawa kecil dengan sikap Aisyah. Comel je dia termenung.
"Hehe sorry Ayah. Ya kenapa?"
"Nanti keluar lah dengan Hairie. Esok ayah dengan Hairie kerja. Mana tahu masa Aisyah pergi jalan-jalan nanti, Aisyah ada terjumpa jumpa jodoh." encik Hamdan senyum mengusik. Aisyah comel kot. Siapa je yang tak nak?
Aisyah hanya senyum nipis.
Ada ke orang nak perempuan gemuk macam dia ni? Hmm...agak mustahil kalau ada lelaki terima dia. Kalau ada pun, belum tentu dia setia. Entah-entah hanya nak mainkan perasaan dia sahaja.
Sebab dalam fikirannya, semua lelaki diluar sana, semuanya sama sahaja.
Kecuali Hairie dan ayahnya. Mereka berdua sering beri kata-kata semangat kepadanya. Sebab itulah Aisyah sering berdoa agar dia dapat lelaki yang boleh terima dia seadanya.
"Alah ayah. Aria nak ikut!" Sekali lagi lamunan Aisyah terbang entah kemana apabila mendengar suara Aria yang sengau tu. Eh kau ni? Boleh diam tak?
Aria mula memberontak. Mana adil kalau budak gemuk ni je yang dapat keluar? Dia pun nak juga!
![](https://img.wattpad.com/cover/334660192-288-k123033.jpg)
YOU ARE READING
Aisyah Elina [ OG ]
De TodoCerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama ARIQ ADRISH yang sudah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama AISYAH ELINA. Ariq suka dengan penampilan Aisyah walaupun gadis itu seorang yang berisi. Bagi Ariq, Aisyah adalah seorang perempuan yang se...