6 | 𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶𝒽 𝐸𝓁𝒾𝓃𝒶

3K 194 57
                                    

     

       AISYAH yang sedang termenung itu, tersentak apabila telefon pintarnya berbunyi. Tanpa fikir apa-apa, Aisyah terus menjawab panggilan telefon itu.

"Hello."  Sapa Aisyah.

"Hai Aisyah, ni saya Ariq." Jawab Ariq. Tubuhnya mula bersandar di kepala katil sambil tangan diangkat dan diletakkan di belakang kepala.

Aisyah tersentak. Pantas dia tegakkan tubuhnya. "Ariq?" 

Ariq ketawa kecil. "Ye saya, maaf sebab ambil nombor awak tanpa pengetahuan awak." Balas Ariq. Dia lupa nak bagitau Aisyah yang dia ambil nombor telefon Aisyah dekat Hairie.

Aisyah garu kepala. "O..oh okay." Aisyah sudah mati kata, dia nak cakap apa ni? Sudahnya Aisyah diam. Bukan apa, Aisya ni tak suka buat panggilan telefon sebenarnya. Entah lah, nanti jantungnya berdegup kencang. Susah dia bercakap nanti.

"Aisyah?" Panggil Ariq. Senyap aje Aisyah. Takut dengan dia ke?

Aisyah gigit kuku. Kakinya dari tadi asyik bergoyang. Aisyah tarik nafas dalam-dalam kemudian dia hembus dengan perlahan-lahan.

"Ye saya." jawab Aisyah. Cuba untuk tenangkan dirinya yang rasa gelisah.

"Err awak takut dengan saya ke? Saya minta maaf kalau buat awak rasa macam tu. Saya takde niat jahat. Sumpah!" Kata Ariq bersungguh-sungguh. Dia takut Aisyah fikir bukan-bukan. Dia bukan lelaki jenis macam tu.

"E..eh, mana ada. Saya okay je. Cuma gementar sikit." Jawab Aisyah jujur. Nak tak nak, dia kena jujur. Betul, dia rasa gementar sekarang ni.

"Gementar? Jangan rasa macam tu. Saya okay je. Saya takde niat nak permainkan perasaan awak ke, nak tipu awak ke. Takde! Saya takde niat macam tu. Saya cuma..nak cakap dengan awak je." Sebenarnya Ariq juga ada perasaan sama macam Aisyah. Rasa gementar. Ye lah, siapa je tak rasa macam tu bila cakap dengan crush?

"Err okay, cakap lah." Aisyah pula tidak tahu nak cakap apa. Itulah Aisyah, hanya sepatah-sepatah sahaja yang dia cakap. Selebihnya hanya diam.

"Jadi kan kita keluar sama-sama?" Kata Ariq nak kepastian. Dia takut jika Aisyah tidak mahu keluar bersamanya. Biasalah perempuan, malu itu pasti. Lelaki pun ada juga sifat malu, tapi tak sehebat perempuan.

Aisyah gigit bibir. Ya Allah, kenapa jantung dia tak henti-henti berdegup ni? Makin lama, makin berdebar dia rasa.

"Err jadi lah, awak yang ajak saya. Jadi saya okay je." balas Aisyah. Selepas itu, dia diam semula. Ariq mengeluh perlahan. Hanya dia seorang sahaja yang dengar.

"Awak takut dengan saya ke Aisyah?" Tanya Ariq tiba-tiba. Entah kenapa dia rasa Aisyah takut dengannya. Aisyah pernah alami trauma ke? Mungkin ya atau tidak. Banyak benda dia kena tanya Aisyah ni.

Aisyah terus telan liur. Semakin berdebar dia rasa. 

"Don't scared with me, Aisyah. Saya tak kan apa-apa kan awak. Awak jangan risau. Saya bukan macam orang lain. Niat saya baik. Saya tak kan buat benda terkutuk tu dekat awak. Jangan risau ya?" Suara Ariq seakan memujuk. Walaupun banyak kali dia ulang benda yang sama. Dia tetap nak pastikan Aisyah okay bila bersama dengannya.

Aisyah mendengar itu rasa gementar nya agak berkurangan. Aisyah usap dadanya agar bertenang. It's okay Aisyah. Ariq okay je.

"O-kay." Balas Aisyah.

Ariq senyum nipis. "Sorry ya ganggu malam-malam buta ni. Awak tidur lah, nanti kita keluar sama-sama okay? See you, good night Aisyah. Assalamualaikum." Ucap Ariq sambil tersenyum.

"Good night juga Ariq. Waalaikumussalam." Jawab Aisyah, bila dia tengok jam di telefon bimbitnya terus dia berkata.

"Saya tidur dulu ya? Bye."

Aisyah Elina [ OG ]Where stories live. Discover now