5 | 𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶𝒽 𝐸𝓁𝒾𝓃𝒶

3K 212 55
                                    

    

        "WOI!" Nina hentak meja dengan kuat. Aisyah yang tadinya termenung terus terkejut. Sudahnya, bahu Nina dipukul oleh Aisyah.

"Kau ni, tak reti nak bagi salam ke?" Marah Aisyah sambil mengusap bahunya yang sakit itu.

Nina sengih."Hehe sorry. Aku dari tadi panggil kau, tapi kau buat tak tahu je." Mana taknya, sudah hampir tiga kali Nina panggil Aisyah. Tapi Aisyah buat tak tahu je. Mana lah dia tak marah? Tapi takdela marah sangat pun. Gurau-gurau je.

"Kau okay ke tak ni,Aisyah? Lepas abang Hairie hantar kau tadi, kau macam tak bermaya je. Risau aku tengok kau ni tahu tak? Kak Syuhada pun perasan bila tengok keadaan kau sekarang. Sebab muka kau pucat." Kata Nina dengan nada risau. Aisyah ni sudah lah suka simpan rahsia!

Aisyah hanya senyum nipis.

"Aku okay je. Kau jangan risau lah." kata Aisyah. Bahu Nina ditepuk perlahan.

Nina berdecit geram.

"Kau jangan nak tipu aku Aisyah, aku kenal kau bukan sehari dua tau? Aku kenal kau dari sekolah rendah lagi. Kau jangan nak berahsia dengan aku eh?"  Nina tayang muka garang. Aisyah ni kadang-kadang degil juga. Boleh tak kalau ada masalah tu luahkan je? Dia ni dah kenal sangat dengan Aisyah tau!

Tapi itulah, Aisyah tetap Aisyah. Dia tak kan sesekali cerita masalahnya dekat orang lain. Dia tak nak orang nampak yang dia lemah. Tapi hakikatnya, Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya dirinya sekarang ini.

Nina diam kemudian dia mengeluh. Nak paksa pun tak boleh sebab dia pun tak nak paksa Aisyah untuk cerita masalahnya. Kalau paksa nanti takut Aisyah tak selesa pula kan? Jadi biarlah Aisyah ceritakan sendiri.

"Okay, kau nak makan tak? Aku ada bawa tauhu bergedil untuk kau ni, nak?" Nina keluarkan bekas berisi tauhu bergedil dan dia letak di atas meja. Nina tahu, mesti Aisyah lapar.

Terus gembira Aisyah bila nampak tauhu bergedil yang penuh dengan inti itu. Aisyah sudah telan liur. Fuh Lamak! Siap ada cheese lagi.

"Weyh...kau ni, tahu-tahu je aku tengah mengidam tauhu bergedil kau." dengan selambanya Aisyah buka penutup bekas itu. Bau tauhu bergedil terus menusuk ke dalam hidung nya. Wahh! Heaven nya!

Nina ketawa. Senang je pujuk Aisyah ni. Bagi je dia makanan terus senyum sampai ke telinga.

------

          "HA okay umi. Nanti Ariq belikan." Setelah tamat panggilan telefon itu, Ariq terus matikan telefon pintarnya kemudian dia keluar dari kereta. Semasa Ariq ingin menuju ke kedai kucing itu, tiba-tiba langkah Ariq terhenti bila dia ternampak susuk tubuh gadis yang sangat dia kenali.

" Eh itu Aisyah lah." lebar senyuman Ariq bila nampak Aisyah yang sedang makan itu. Comel nya dia makan. Macam Baymax.

Bila dah nampak Aisyah, laju aje Ariq menuju ke kedai kucing itu. Kalau dia tahu, memang setiap hari lah dia datang ke sini. Bukan sebab nak beli makanan kucing, tapi sebab nak jumpa dengan Ecah kita je. Hehe.

"Hai Aisyah, assalamualaikum" tegur Ariq ramah. Sampai ke telinga dia senyum. Entah lah, dia rasa hati dia berbunga-bunga bila nampak Aisyah. Rasa seronok sangat! Malah bukan itu sahaja, dia rasa bahagia. Adakah tahun ini dia akan tamatkan zaman bujangnya?

Aisyah terkejut. Cepat-cepat dia simpan bekas tauhu bergedil itu kedalam plastik. Tangannya pula dilap menggunakan tisu basah. Mulutnya yang comot itu dia lap menggunakan tisu. Alah kantoi makan comot.

"E..eh Ariq." Aisyah telan liur. Alamak? Macam mana Ariq boleh tahu dia kerja sini? Ariq intip dia ke?

Huish, tapi tak mungkinlah. Dia siapa sampai Ariq nak intip dia? Entah-entah Ariq datang sini hanya kebetulan sahaja.

Aisyah Elina [ OG ]Where stories live. Discover now