Mirae's P.O.V
Aku dan Baekhyun berhenti di hadapan perpustakaan. Pada masa yang sama, Hoseok dan Jungkook yang ralit berbual terus terlanggar aku dan Baekhyun. Well, sebab aku dan Baekhyun berhenti jalan mengejut. "Omo!" jerit Hoseok dengan mulutnya yang memucung panjang dek terkejut. "Yah!" aku jerit, Baekhyun di sisi aku hanya buat tak tahu aje.
"Amboi, bagusya korang berdua~" ejek Jungkook sebab hairan Baekhyun dan aku datang ke library. "Of course!" aku jeling Jungkook. Menyibuk aje. Kalau kau nak ikut aku, so, tak payahlah ejek bagai. Marah aku. Tapi, itu hanya terbuku dalam hati. Aku tak sampai hati nak cakap macam tu kat Jungkook. Dia baik sebenarnya. Cuma, kekadang mengada! "Mirae, Hoseok, Jungkook! Jom masuk!" ajak Baekhyun. Finally, bersuara jugak Bestie aku sorang ni! Ingatkan takleh... Argh! Lupakan!
Okay, kitorang masuk tanpa mengeluarkan suara. Yalah, hari ni hari selasa, so, cikgu yang bertugas kat kaunter, cikgu disiplin zaman berzaman kat sekolah kitorang. Alahai, sebaik sahaja kami melangkah masuk, cikgu Tao a.k.a cikgu disiplin yang aku mentioned tadi kerling kitorang. Jungkook dan Hoseok juga kunci mulut. Nahas kitorang kalau ditangkap. Nasib baik mereka berdua tu reti kunci mulut. Baekhyun, aku tak perlu risau. Dia memang jjang! Kalau korang nak tahu, setahu akulah, dia tak pernah langgar peraturan sekolah. (tak tahulah kalau dia pernah langgar. Huhu)
Aku segera ke rak novel. Ha..mood rasa nak baca novel. Baekhyun pun ikut sama. Baekhyun baca novel? Ikut suka hati dialah. Budak berdua tu dah menghilang. Lantaklah! Asal jangan kacau aku sudah. Aku membelek satu persatu buku novel. Tapi, tak ada satu pun yang berkenan di hati. Aku mengeluh panjang. Selepas bosan cari buku di rak novel, aku terfikir sesuatu.
Lebih baik aku cari buku macam mana nak jadi pelajar cemerlang. Lol. Aku berbisik dalam hati. Aku mesti kerja keras nak kalahkan Chanyeol. Eh, sejak bila aku dah mula save nama dia dalam otak aku. Kau bertuah Chanyeol, sebab aku simpan nama kau dalam kepala otak aku ni. Sebab perangai buruk kau, kau ingat aku nak sangat ingat nama kau! Tak ingin aku! (Tapi, aku memang kena ingat pun, kalau tak, camne aku nak bagitahu korang. Alahai~)
"Mirae! Buku apa yang awak nak baca?" bisik Baekhyun di sebelah aku. Kalau tak berbisik, nanti, tak pasal-pasal kena halau oleh cikgu Tao. Haish.."Ni!" aku tunjuk kat dia buku yang bertajuk 'How To Pass With Flying Colour In Exam' ececece... Haha. Lucu pulak rasanya. Selepas aku ambik buku tu, Baekhyun ajak aku duduk di meja sebelah tingkap kaca. Aku masih tercari-cari lagi, kat mana Jungkook dan Hoseok. Setelah mata meliar sekeliling, akhirnya, jumpa pon mereka berdua. Mereka duduk di sebelah meja yang aku dan Baekhyun duduk. Kitorang duduk. Aku kerling Baekhyun yang duduk bertentangan dengan aku. Aku nampak, dia baca buku yang bertajuk 'Frightened' woooo~~ novel hantu!
End of Mirae's P.O.V
Chanyeol's P.O.V
Setelah keluar dari kelas, aku terus mengatur langkah ke kantin. Aish. Tak puas hati betul aku dengan 'mamat' eyeliner tu. Tetiba kacau line! Dia ingat, dia handsome sangatlah tu pakai eyeliner bagai. Yucks! Nak muntah. Kalau aku, tak payah pakai apa-apa pon, dah ramai perempuan kejar. Well, well, dengan muka aku yang handsome natural ni, ramai gadis di sekolah aku jadikan aku sebagai jejaka idaman diorang.
Okay, aku nak cerita sikit pasal Mirae, sikit aje, ala, tak perlu cerita banyak-banyak pasal orang benci kita. Betul tak? kalau korang nak tahu, Mirae tu kawan aku sejak di tadika lagi. Tapi, korang faham-faham ajelah macam mana dia layan aku. Tak pernah nak layan aku dengan baik. Aku tahu, kekadang aku annoy. Tapi, sebenarnya aku baik. Haha. Aku berjalan dengan penuh rasa angkuh. Kedua belah tangan bubuh dalam poket uniform sekolah. Hihi.
Selang beberapa minit, sebaik sahaja aku berhenti di hadapan pintu masuk kantin, ramai gadis tetiba menyerbu aku. Argh!! Ni yang aku tak suka ni! Ni yang aku benci ni! Nasib baik mereka buka laluan untuk aku lalu sikit. Mereka pulak dah macam orang tak betul. Menjerit:
"Chanyeol-ah! Saya suka awak!" jerit seseorang. Aku hanya pamer fake smile. Suka aku konon, macamlah aku suka kau. Haha. Jadi jahat sebentar. Nanti jadi baik pulak.
"Chanyeol! Saranghae!" ni lagi parah. Saranghae bagai. Hish. Letih jugak jadi pelajar popular erk?
Ada yang capai tangan akulah. Heee.. Apalah. Aku menepis lembut. Lembut aje. Bukannya kasar ok? Aku tercari-cari senior aku. Tapi, kelibat mereka tetap tidak ku temui. Ececece. Aku mendongak kepala. Kemudian, aku nampak mereka makan di meja hujung kantin. Apa lagi, aku terus cabut lari ke arah mereka. Aduh, rambut aku. Rosak nanti. Ah, tak payah risaulah. Fangirl aku, apa lagi? Kejar akulah. Haish. Parah ni. Aku rasa aku kena buat rule dah ni. Barulah lepas ni, diorang tak berani nak kacau aku.
"Hyung" aku terus duduk di sebelah senior aku - Suho. "Kau ni kenapa?" soal Suho dengan muka hairan. "Tu!" aku tunjuk ke arah fangirl aku tu. Dia terus tergelak besar. "Haha, sabar ajelah.. Wahai Park Chanyeol a.k.a prince charming sekolah" dia buat mimik muka menyampah. Ala, bukanya nak bagi sokongan, malah ejek aku pula. Hish. Hish. "Chanyeol, mana girlfriend kau?" soal Xiumin. "Girlfriend? Sejak bila aku ada girlfriend?" aku soal dia balik. Peliklah. "Ala, perempuan yang nama dia..apa? Minae? Murae? Lupa pulak" dia kerut dahi. Amboi...bersungguh-sungguh nak ingat nama pompuan tu. "Mirae" aku tolong betulkan. "Ha! Betul tu" ujar Xiumin sambil tersenyum lebar.
"Dia bukan girlfriend aku! Lagipun, dia benci aku" ujar aku. "Aik? Aku tengok kau dengan dia mesra aje" mesra? Boleh dia cakap aku dan Mirae mesra. Hai~~ buta ke apa? Aku dengan dia selalu aje berperang mulut. Boleh pulak dia cakap aku mesra. "Nah, ambik!" tetiba Sehun datang dan kasi aku ddeobokki. "Woah, kau bagi kat aku ke?" soal aku sambil buat muka cute. "Yalah, wahai hyungku yang tersayang" balas Sehun sambil blink kan mata dia beberapa kali. Haha.
End of Chanyeol's P.O.V
(TBC...)
*Kalau korang suka cerita ni.. VOTE okay??
YOU ARE READING
Aku Benci Kau! Tapi Aku Sayang Kau.. (Malay EXO Fanfic)
FanfictionBenci + Benci + Benci + Benci + Benci + Benci = Sayang? Selepas itu, bila dah... Sayang + Sayang + Sayang + Sayang + Sayang = Benci? "Kenapalah kau suka sangat ganggu aku? Tak boleh tengok aku senang ke huh!?" - Kim Mirae "Kenapa? Sebab aku suka kau...