Baekhyun's P.O.V
Hari ni, Chanyeol cari pasal lagi dengan Mirae. Geram aku dibuatnya. Ada ke patut dia pi angkat beg Mirae tinggi-tinggi semata-mata nak tahu markah matematik Mirae. Terkial-kial Mirae nak capai. Sebab aku dah tahan tengok dia mempermainkan Mirae, tanpa berlengah lagi, aku terus serbu dia.
"Boleh tak kau berhenti ganggu dia?!" aku terus sambar beg Mirae dari tangan dia dan kasi kat Mirae. Aku tenung Chanyeol dengan renungan tajam, "Kau apa kes?" Chanyeol jerit tepat di hadapan muka aku. Mirae segera berdiri di belakang aku. "Baekhyun, takpelah" Mirae cuba menenangkan aku. Aku menoleh ke belakang, "Tapi, dia-" aku belum sempat menghabiskan kata-kata aku, Mirae sambung. "Takpe.." Mirae tepuk bahu aku lembut. "Arghh!!! Tepi kau!" tiba-tiba Chanyeol tolak aku ketepi dan aku jatuh terduduk di lantai.
"Kurang ajar" jerit aku dalam hati sambil mengetap gigi, geram dengan perangai Chanyeol tu. Mentang-mentanglah dia tu Kingka sekolah. Semua pelajar dalam bersorak kat aku. Aish. Mirae gelisah tengok keadaan aku. Yang peliknya, dua orang classmate aku, Jungkook dan Hoseok bergegas datang kepada aku. Aku hairan. Selama ni, tak pernah pun diorang take care pasal aku. Hermm.. Mungkin mereka dah ber'hijrah' kut. Hihi.
"Wae geurae?" soal mereka serentak sambil pandang wajah Mirae. "Ah, aniyo" jawab aku dan cuba berdiri. Tak sakit mana pun, cuma sakit jugaklah. Haha. Mirae cuba bantu aku berdiri. "Gwaenchana?" soal dia lembut. "Keurae, nan gwaenchana" balas aku dan bangun berdiri. "Apa terjadi tadi?" tanya Jungkook. "Tak ada apa-apa" jawab aku.
"Mirae, khaja!" ajak aku sambil menggenggam pergelangan tangan Mirae. "Eo?" dia terkejut tapi dia ikut aje aku heret dia. "Yah! Jakkeuman!" jerit Jungkook dan Hoseok sambil kejar aku dan Mirae. Pelik aku, biasanya..mereka tak hiraukan aku dan Mirae pon. Tapi, hari ni- pelik. Aku ajak Mirae ke perpustakaan. Aku tahu Mirae tak suka ke kantin hari ni sebab menu tak sedap. Ai...bilalah pengetua nak cari mak cik kantin baru. Mak cik kantin sekarang masak tak sedap mana. Sedap..cuma...kurenggg...huhu.
Hari selasa, macam biasa. Cikgu Tao yang bertugas so, kena pandai-pandailah cover. Nak keluarkan suara pun susah. Nanti, kalau dia dengar aje satu suara. Tak pasal-pasal kena tahan muka sebab renungan cikgu Tao tu tajam semacam aja. Mengalahkan pisau nak- ha..takpelah. Tak tahu nak explain camne. Haha. Aku cari buku di rak novel, tetiba hari ni rasa rajin nak baca novel. Tapi, bukan novel cinta ok? Tak mainlah baca novel cinta. (eleh, //jeling// authornim nak tengok aje betul ke tak. Last-last, dia yang akan buat novel sendiri. Maksud authornim, bercintalah)
Authornim ni..kacau line lah! Biar aku cerita dulu. (Okay, authornim faham. Nanti kalau authornim reject kau dari ff ni baru tahu //jeling// haha). Ala, authornim..nanti kalau authornim buang aku, siapa yang nak jadi penyelamat dan bff Mirae. Kesian kat Mirae. (Dah, pi sambung cerita kau. Kesian readers tunggu kau tu. Apalah!) okay!
Back to my story,
Aku decided nak baca novel seram jadi, aku capai novel yang tertera 'Frightened'. Lepas tu, aku ajak Mirae duduk di meja sebelah tingkap kaca. Aik? Jap. Mana Jungkook dan Hoseok? Ouh, sebelah meja aku aje rupanya. Mereka tersengih kat aku. Sebaik sahaja waktu rehat tamat, kitorang terus sahaja beredar dari perpustakaan. Yalah, kalau lambat keluar, cikgu Tao halau nanti.Kami berempat masuk ke dalam kelas dan duduk di tempat masing-masing. Sempat lagi aku kerling Chanyeol sebaik sahaja aku lalu kat tempat dia. Dia jeling aku. Aik? Sepatutnya, aku yang patut buat camtu. Aish. Okay, readers..aku tak tahu dah nak cerita pasal apa lagi. So, aku skip ajelah. Selepas loceng yang menandakan tamat waktu sekolah berbunyi, aku terus kemas beg.
Niat aku nak balik dengan Mirae. Tapi, lupa pulak..appa aku mintak tolong aku uruskan kafe dia hari ni. Haish. Bianhae Mirae. Aku bagitahu Mirae pasal yang aku kena tolong appa aku. Mirae cakap: "Ala, Baekhyun...takpe aje. Saya boleh balik sendiri" ujar Mirae sambil tersenyum. Lega aku dengar. Tapi, kalau Chanyeol tu kacau dia lagi? "Kalau Chanyeol ganggu awak pulak? Takpe ke?" soal aku. "Nanti saya taekwondo atas kepala dia. Hahahaha" Mirae tergelak besar. Ala, orang serious. Boleh pulak dia ketawa. Mirae. Mirae. Harap kau kawan baik aku aje kalau tak- hihi. (Kalau tak apa? Nanti authornim bagitahu Mirae) eh, janganlah.. Aku belum cakap lagi. Janganlah authornim. (Hahaha, kutuklah Mirae lagi, authornim reject kau dari ff ni) -,- arasseo..
End of Baekhyun's P.O.V
Mirae's P.O.V
Yeay, sekolah hari ni dah tamat. Dan yang paling aku suka, sebab takde homework. Woohooo!!! Jerit aku. Aku keluar dari kelas dan menuju ke pagar sekolah. Aku keluar dan mula berjalan pulang ke rumah. Untung rumah dekat. Haish~ selalunya, Baekhyun yang akan pulang dengan aku. Tapi, hari ni dia kena rushed ke kafe appa dia. Jadi, aku pulang sorang-soranglah jawabnya. Selang beberapa minit, aku rasa seperti seseorang mengekori aku. Aku pun berpaling ke belakang. Haish... -,-
Chanyeol rupanya. Lelaki yang paling aku benci. Tapi, korang pernah dengar tak kata orang, jika kita terlalu membenci seseorang tu, nanti kita akan suka kat dia. Betul ke? Hah, authornim tahu tak? (Apa? Authornim tengah makan ni. Kacau aje) saya tanya, kalau kita terlalu benci seseorang tu, nanti kita akan suka kat dia. (Entah, tak tahu //sambung makan//) -,-
Aku pusing ke hadapan semula dan sambung mengatur langkah. "Hah!" "Omo!" aku terkejut dan gosok dada aku beberapa kali. Berani dia tepuk bahu aku. Aku langsung tak pandang ke belakang dan soal dia: "Kenapa kau ikut aku?" soal aku tanpa pandang wajah dia. Dia mempercepatkan langkah dia dan berjalan di sisi aku. "Pabo, aku tak ikut kau lah! Rumah aku pun kawasan sini jugak. Kau dah lupa ke?" ujarnya dengan mimik muka menyampah serta ketawa kecil. Aish, lupa. Aku dan Chanyeol kan berjiran. Alahai...malunya. "Aish, aku benci kau!" aku jeling tapi dia pulak senyum sampai telinga. Memang mengada sorang ni!
Dia cuba berbual dengan aku tapi, aku hanya buat endah aje. Popet..popet..cakap, tak berhenti! Aku pun tak tahu apa yang dia cakap. Mmm.. Aku nak kasi info pasal Chanyeol sikit sementara dia popet. Eh, taklah sikit sangat. Banyak jugak. Untuk pengetahuan korang, aku dan Chanyeol kenal sejak kitorang di tadika lagi. Tapi, dari kecik dia tak habis-habis usik aku sampailah sekarang. Yang parahnya, parents aku dan parents dia bestfriend. Appa aku dan appa dia tubuhkan syarikat di bawah nama PARK&KIM COMPANY. Hurmm..apalah. Appa dan eomma dia, aku tak benci. Aku benci dia aje. Eomma aku dan eomma dia pulak tubuh butik.
Aku tak ada banyak kawan pon. Hanya Baekhyun kawan aku. Dulu, sebelum Hana pindah sekolah, aku kawan dengan dia. Tapi, walau camne pon, Baekhyun tetap bff aku. Hana pindah sekolah sebab dia tak suka sekolah sini. Dia cakap, sekolah ni ramai orang yang berlagak. Termasuklah orang di sebelah aku ni. Aku dan Hana masih lagi contact. Cuma, tak mesra macam dulu lagi.
Aku dengar Chanyeol tanya aku sesuatu. Tapi, samar-samar. Tak berapa jelas. Suara dia yang deep camtu mana nak faham kalau dengar sekali imbas. So, aku buat tak tahu ajelah. Tetiba.. 'bukk!' dia ketuk kepala aku. "Yaaaahhhhh!!!! Park Chanyeol!" aku jerit dan angkat kepala untuk pandang dia. "Aku tanya kau, next week cuti kan?" soal dia. Lepas tu, jeling aku. "Habis tu, kenapa ketuk kepala aku? Sakit tahu tak?" aku tak jawab soalan dia sebaliknya, merungut dan gosok kepala aku. "Olololo, sakit ye..meh sini nak tolong gosokkan" dia gosok kepala aku dengan kasar. Habis kusut rambut aku dibuatnya. "Yaahhhh!!!" aku tepis tangan dia tapi, sesuatu di luar jangkaan berlaku. Aku terseliuh dan hampir terjatuh. Tetapi, aku sempat disambut oleh Chanyeol. Aku jatuh ke dalam tangan dia. Macam yang selalu berlaku dalam drama. Kedua tangannya memeluk erat pinggang aku. Kitorang bertentang mata. Aku tak tahu macam mana aku boleh jatuh dalam tangan dia. Dup. Dap. Dup. Dap. Haiii, cik jantung dah mula berdegup kencang setiap kali aku tenung wajah dia. Aku mengerlipkan kelopak mata aku beberapa kali. Dia pulak, tersenyum sinis kat aku. Semakin lama, wajahnya semakin hampir dengan wajah aku. Sekali lagi aku mula nervous. Eh, apa yang dia nak buat ni? Dia stopped. Jarak wajah dia dan wajah aku hanya tinggal seinci lagi.
"Idiot! Hahaha!" dia terus menghempas aku. Aku jatuh terduduk ke tanah. "Aduh!" keluh aku. Kurang ajar punya Chanyeol. Tunggulah kau. Nanti aku balas. Aku bangun dan jalan ke hadapan. Chanyeol terus jerit. "Yah! Tunggu! Kau nak ke mana?" jerit Chanyeol. Aku mempercepatkan lagi langkah aku.
End of Mirae's P.O.V
(TBC...)
YOU ARE READING
Aku Benci Kau! Tapi Aku Sayang Kau.. (Malay EXO Fanfic)
FanfictionBenci + Benci + Benci + Benci + Benci + Benci = Sayang? Selepas itu, bila dah... Sayang + Sayang + Sayang + Sayang + Sayang = Benci? "Kenapalah kau suka sangat ganggu aku? Tak boleh tengok aku senang ke huh!?" - Kim Mirae "Kenapa? Sebab aku suka kau...