Boring

253 15 2
                                    

Baekhyun's P.O.V

Aku berbaring di katil empuk aku. Kepala, aku dongakkan menghadap siling bilik yang agak putih bersih. Tangan aku silangkan buat jadi bantal kat kepala. Sekali sekala aku hayun kepala aku ke kiri dan ke kanan bak aku sedang ralit mendengar lagu. Hoho.

Huh. Bosan betul! Hari ini cuti sekolah, jadi, aku tak tahu nak buat apa. Duduk terperuk kat rumah ajelah jawabnya.

Sebaik sahaja aku pejam mata,

"Baby Baekkie!!!!" jerit eomma dari tingkat bawah. Aish! Eomma masih guna nama panggilan tu. Benci betul!

Walaupun aku malas nak turun pergi kat eomma, tapi aku terpaksa jugak. Haish. Eomma nak apa pulak kali ni. Aku turun dari katil dan keluar dari bilik.

Aku tercari-cari kelibat eomma. Hah, eomma kat dapur rupanya.

Aku melabuhkan punggung di kerusi di dapur.

"Ada apa eomma?" soal aku dengan muka yang tak bermaya. Aku menongkat dagu sambil merenung eomma yang sibuk meletakkan apa entah ke dalam sebuah bekas. Kimchi kut.

"Ni, eomma ada buat kimchi, eomma nak kamu hantar ke rumah Puan Kim" eomma menutup bekas kedap udara tersebut dan letak ke tangan aku.

"Rumah Mirae?" soal aku untuk dapatkan kepastian.

"Ha'ah, dah pergi cepat! Nanti sejuk kimchi ni" eomma menolak tubuhku untuk bangun dari kerusi.

Dengan muka yang masam mencuka, aku melangkah ke pintu rumah. Hish, eomma ni. Orang, time cuti sekolah tulah boleh relax, ni tak, suruh itulah, suruh inilah. Huuuu..sabar jelah.

Berdirinya aku dihadapan pintu rumah Mirae. Pagar rumah dia tak berkunci, so aku redah je. Hu. Jangan salah faham k? Aku kan bestfriend dia, tentulah dia dan keluarga dia tak kisah.

Aku ketuk pintu rumah beberapa kali.

Tokk, tokk, tokk

Sejurus sahaja pintu rumah dibuka, muncul seorang wanita separuh abad di muka pintu. "Eo, kamu rupanya Baekhyun.. Silakan masuk.." puan Kim mempelawa aku masuk.

Aku pamer senyuman yang manis, semanis gula yang tinggal di sebelah rumah aku. Aku masuk dan puan Kim menyuruh aku untuk duduk di sofa.

"Ernmm, ahjumma. Baekhyun datang singgah sekejap je. Datang sebab nak hantar ni" aku hulur bekas kedap udara yang berisi kimchi tadi kepada puan Kim.

Puan Kim menyambut huluran aku tadi dan melabuhkan punggung di sofa bertentang dengan sofa yang aku duduk, "Oh, takpe..Baekhyun tak nak duduk dulu ke? Berbual ngan ahjumma?"

Aku senyum. Sekali sekala aku kerling ke arah tangga tingkat atas.

"Baekhyun cari Mirae ke?" soal puan Kim lantas menyedarkan aku dari lamunan. Aku mengangguk kecil.

"Ouh, Mirae keluar tadi, Sehun pun ikut sekali" terang puan Kim. Aku terkejut. Mata aku membulat luas. Eomma Mirae hanya tersenyum.

Mirae keluar? Dan dia tak ajak aku sekali? Sampai hati...

"Oo.."

"Ermmm, takpelah ahjumma, Baekhyun balik dululah" aku bangun berdiri dan segera melangkah keluar.

Puan Kim terdiam seribu bahasa melihat reaksi aku.

"Baekhyun-ah, terima kasih sebab kimchi ni!" sempat lagi aku dengar puan Kim jerit.

Aku melangkah keluar dari pagar rumah dan balik ke rumah aku semula.

Mirae tak beritahu aku dia nak keluar? Sampai hati... Selama ni, dia selalu ajak aku. Aku tahu, aku bukan sesiapapun dalam hidup dia. Tapi, sebagai seorang sahabat karib yang sejak kecil lagi kitorang rapat, sanggup dia tak ajak aku. Ugh. Takpelah.. Tapi, apasal dia pergi dengan Sehun? Jangan cakap yang diorang dating??? What?

End of Baekhyun's P.O.V



Mirae's P.O.V

Akhirnya, kitorang tiba di destinasi yang kitorang nak pergi. Nak tahu kat mana? Nak tahu? Hahhh..kitorang singgah di taman berhampiran dengan Sungai Han. Hoho. Permandangan kat sini cantik giler.

Kitorang turun dari bas.

(a/n: sorry erk, saya tak pernah pon pergi korea, jadi, kalau tersilap info tu..abaikan jelah..haha..well, ni kan fanFIC)

"Noona, jom kita naik basikal!" baru je turun dari bas, si Sehun dah menggelabah nak naik basikal lepas tengok orang ramai kat situ naik basikal. Duk menggedik(?) haha.

"Wow! Lama bebeno aku tak datang sini!" Chanyeol bersuara sambil mendepakan tangannya. Matanya dipejam rapat tanda menghayati suasana alam di sekeliling. Pada ketika itu, angin lembut menampar wajahnya sekaligus menampakkan rambutnya yang terbang dek angin.

Aku hanya memerhatikan gelagatnya. Entah kenapa, nampak comel je. *cough* erk, apa yang aku cakap ni?

"Noona!!!!" terkejut aku, Sehun jerit kat telinga aku. Huish, Sehun nih.

"Eh, aku belum kenalkan kawan aku kat kau" Chanyeol menepuk bahu aku.

"Oh.." aku hanya mengangguk.

Manakala, pada waktu itu, Suho dan Xiumin telah menghilang ke arah orang ramai yang sedang sibuk memilih basikal untuk dikayuh.

"Hyung! Sini jap!" Chanyeol melambaikan tangannya ke arah Suho dan Xiumin sunbae dengan bersemangat. Malangnya, mereka berdua menggelengkan kepala dan mengendahkan Chanyeol.

Sehun merengek, "Noona, Sehun pergi dululah, tunggu noona sembang ngan Chanyeol hyung memang tak ah!" Sehun terus berlari ke arah Suho dan Xiumin tadi sambil jerit "Hyung! Wait for me!" ugh. Kalah budak-budak. Sehun, Sehun.

Dan sekarang.. *cough* tinggal aku berdua-duaan dengan Chanyeol. Eo?

Alamak, rasa tak senang duduk lah pulak. Aku menggosok belakang leher aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Sebaik saja kitorang bertentang mata, aku pandang ke arah lain.

Huu..so awkward. Dapat aku rasa muka aku dah merah. Aik? Sejak bila aku malu nih?

Tetiba, dia tergesa-gesa menarik pergelangan tangan aku.

"Oh!" aku terperanjat.

"Mirae jom naik basikal!" ujar Chanyeol bersemangat.

Aku segera melepaskan tangan aku daripada dia. "Arghh! Lepas! Tak nak! Sehunaaaa!!!" aku segera lari ke arah Sehun.

Tak, aku tak boleh berbaik dengan dia. Dia musuh aku. Dan dia tetap akan jadi musuh aku.

"Yah! Mirae-ah!!" aku dengar dia jerit nama aku. Tapi, aku buat tak tahu je.

Aku sudah terlambat. Sehun kini, sedang seronok mengayuh basikal bersama Suho dan Xiumin sunbae.

Aku mencari bangku berhampiran dan segera melabuhkan punggung. "Huh, tak best lah hang out macam ni" aku mencebik.

"Mirae! Huuuu..lenguhnya.." Chanyeol tetiba muncul dihadapan aku dengan tangannya diletakkan di lutut.

"Mirae!!!!" terbit suara yang tak dikenali menjerit nama aku. Aku pelik dan lantas menoleh ke arah datangnya suara itu.

"Eo?" aku melopongkan mulut.












A/N : Annyeong! Happy reading uolls!!^^ mian, kalau chapter ni x dapat memuaskan hati korang TT-TT

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 31, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Benci Kau! Tapi Aku Sayang Kau.. (Malay EXO Fanfic)Where stories live. Discover now