Mirae's P.O.V
Aku masuk ke dalam kelas dan mengatur langkah ke tempat duduk aku yang berada di barisan ketiga dari depan di tepi tingkap, di sebelah musuh no. 1 aku yang paling aku benci! Selalu sahaja ruined mood aku pagi-pagi hari. Tengok aje muka dia dah rasa menyampah.
Sebaik sahaja aku usai melabuhkan punggung, dia bersuara sambil menghadap aku,"Lewat kau sampai?" Park Chanyeol aka jerk menyapa aku sambil menyilangkan tangan di dadanya. Aku mengerling jam tangan aku, baru pukul 7:30. Apasal dengan dia? Dia ni, buta ke? Ke tak reti tengok jam? Awal lagi, boleh dia cakap aku sampai lewat? Lagipun, kelas mula pukul 8:00. Aku tidak menghiraukan Chanyeol yang menunggu ungkapan yang bakal keluar dari mulutku sebaliknya aku tergesa-gesa mengeluarkan buku teks matematik dari beg. Aku benci dia! Selalu aje kacau aku! Ugh!
Hari ini cikgu Sandara beritahu, dia nak agihkan markah peperiksaan untuk paper math. Aish! Tolonglah jangan dapat C lagi. Kali ni aku mesti kalahkan Chanyeol! Jebal.. Selalunya, kalau matematik, aku selalu dapat markah rendah. Walaupun belum failed, tapi itu dah dikira tercorot bagi pelajar dalam kelas aku. Kelas pertamalah katakan, mana taknya. Chanyeol pulak, selalu dapat markah tertinggi dalam subjek matematik. Aish. Macam manalah cara dia belajar erk?
Sebaik sahaja jam dinding berwarna pink yang tergantung di dalam kelas aku menunjukkan angka 8, cikgu Sandara melangkah masuk. Kemudian, Byun Baekhyun selaku ketua kelas menjalankan tugas dia. Baekhyun ialah kawan baik aku sejak aku di sekolah rendah lagi. Apa-apa hal, dia selalu tolong aku. Aku pun suka kawan dengan dia. Dia baik, handsome, cute pulak tu, taklah macam Park Chanyeol yang berlagak tu. Dia ingat sepopular dia kat sekolah, dia boleh sesuka hati aje nak control pelajar kat sekolah. Ugh! Berlagak betul!
Yang paling teruknya, ke mana sahaja dia pergi tentu ada pelajar perempuan yang akan ikut termasuklah pelajar perempuan dalam kelas aku sendiri. Menyampah. Kekadang aku juga tak puas hati kena duduk sebelah dia. Lebih baik kalau aku duduk sebelah Baekhyun. Jadi, tak ada lah jelingan yang menyampah dihadiahkan kat aku daripada perempuan gedik dalam kelas aku, sebab jelly tengok aku duduk sebelah Chanyeol. Apa? Kau nak sangat Chanyeol tu kan? Ambilah. Sumbat dia dalam beg sekolah kau lepas tu bawa balik. Habis cerita. Kan senang?
Cikgu Sandara duduk di meja guru, "Baiklah, seperti yang kamu semua sedia maklum, hari ni cikgu nak agihkan kertas matematik kamu" beritahu cikgu Sandara bersedia untuk memanggil nama classmates aku.
Ouh, jebal...aku berdoa sambil memejam rapat kedua belah mata aku, berharap satu miracle akan terjadi mungkin? Sementara itu, Chanyeol yang duduk di sebelah aku, pandang aku dengan pandangan yang pelik. Wae? Pelik ke kalau aku buat camtu, cakap sorang-sorang? Eleh, macamlah dia tu tak pernah cakap sorang-sorang.
Kelas aku bertukar menjadi bising sementara cikgu Sandara menyusun kertas.
"Kau jangan mimpilah, kau boleh kalahkan aku! Miss Second Placeee.." tetiba Chanyeol berbisik rapat di telinga aku. Mengada.
"Diamlah!" aku tolak kepala dia dengan jari telunjuk aku.
Mengada betul. Aku silang tangan di dada, jeling tajam kat dia sepuas hati. Dia pulak hanya tersengih sehingga ke telinga. Jadi, aku hanya tumpukan perhatian aku kepada cikgu Sandara.
Cikgu Sandara berdiri, "Okay! Pay attention!" jerit cikgu Sandara sambil ketuk meja beberapa kali dengan buku. Semua pelajar dalam kelas aku yang pada mulanya bising tak tentu arah automatik terdiam. Nasib baik reti diam kalau tak, meraunglah cikgu Sandara. Tak pasal-pasal satu kelas kena heret ke bilik penjara oopss salah, maksud aku bilik disiplin. Hehe. Tersasul.
Cikgu Sandara duduk semula dan siap sedia nak panggil nama orang pertama, "Lee Min Hyuk!" panggil cikgu Sandara. Minhyuk segera bangun dari tempat dia dan berjalan ke meja guru. "68%" sambung cikgu Sandara lagi sambil menyimpul senyuman terhadap classmate aku yang nerd tu.
YOU ARE READING
Aku Benci Kau! Tapi Aku Sayang Kau.. (Malay EXO Fanfic)
FanficBenci + Benci + Benci + Benci + Benci + Benci = Sayang? Selepas itu, bila dah... Sayang + Sayang + Sayang + Sayang + Sayang = Benci? "Kenapalah kau suka sangat ganggu aku? Tak boleh tengok aku senang ke huh!?" - Kim Mirae "Kenapa? Sebab aku suka kau...