Jealous 2

125 12 3
                                    

Mirae's P.O.V

Aku masih lagi kekal dalam posisi sebelumnya. Aku duduk sambil memeluk lutut aku dengan kepala yang tertunduk merenung rumput hijau yang kering. Kemudian, sepasang kasut hitam muncul di hadapan aku. Sejurus selepas aku dapat mengecam kasut tersebut, aku terus mendongakkan kepala dan nampak Baekhyun. Aku tersenyum tawar.

"M-Mirae.." ujar Baekhyun lalu duduk di sisi aku. Dia terkejut setelah melihat keadaan aku sekarang. Mata aku merah akibat menangis dan uniform sekolah pula telah sedikit kotor. "Baekhyun!!!" tanpa ragu-ragu, aku terus memeluk dia erat. Dia tergamam. Dia hanya membalas pelukan aku dan mengusap lembut rambut aku. Aku menangis di dadanya. Dapat aku dengari jantungnya berdegup kencang. Kenapa erk?

"Mirae, kenapa dengan awak ni?" soal Baekhyun lembut, tangannya masih lagi mengusap rambut aku. "Saya s-sedih.. Baekhyun-ah.. Saya tak tahu kenapa saya menangis.." aku meluahkan apa yang terbuku di hati. "Kenapa? Chanyeol sakiti awak lagi ke?" Baekhyun menyoal. "Tak.." aku menafikan walaupun pada hakikatnya itu benar.

Aku meleraikan pelukan dan merenung anak matanya. Kami bertentang mata. Aku nampak dia blush dan cuba sembunyikan pipinya yang merah merona. Hehe. Baekhyun.. Kau ni, cute jugak erk.. Aku senyum kat dia dan dia balas senyuman aku. Woah, hanya pandang wajah Baekhyun aje, aku dah boleh senyum balik.

"Ha.. Macam tulah. Senyum okay?" dia cubit pipi aku. "Aduh bacon! Sakitlah!" aku mengaduh kesakitan. Dia hanya tergelak kecil. "Jangan panggil saya dengan nama tu lagi. Kan, awak dah janji.. Urmm.." Baekhyun menjuihkan bibirnya. Aww. So cute! "Ne! Saya gurau je.." aku tersenyum senget.

"Mirae, saya akan selalu berada di sisi awak! No matter what!" ujar Baekhyun sambil memberi tanda 'hwaiting'. Aku tergelak kecil. "Promise?" soalku menghulurkan jari kelingking aku. "I'm promise!" balas Baekhyun seraya menyambut pinky promise aku tadi.

Aku akan ingat kata-kata kau Baekhyun. Tentu aku akan ingat. Bisik aku.

"Mirae, jom ke kelas. Waktu rehat dah tamat ni" Baekhyun bangun berdiri dan menghulurkan tangan dia untuk bantu aku berdiri. Aku menyambut huluran tangan dia dan bangun. Kami, masing-masing menepuk punggung, menyapu kotoran yang melekat pada uniform sekolah. "Khaja" ajak Baekhyun.

"Jap, mata saya masih merah lagi ke?" aku menyoal Baekhyun. Bimbang akan rupa mata aku. Nanti, kalau Chanyeol nampak, dia cakap aku menangis sebab dia. Pastu, mulalah dia ejek aku nanti. "Tak, dah okay.." Kami berdua berjalan beriringan menuju ke kelas. Tapi, apasal aku rasa ada orang perhatikan aku dan Baekhyun tadi? Argh. Lupakan.

Aku masuk kelas dan melabuhkan punggung di sisi Chanyeol. Aku pandang dia. Aku nampak dia macam sedih je. Kenapa ya? Tapi, aku masih lagi terfikir, aku suka Chanyeol ke hah? Kenapa aku menangis selepas nampak dia dipeluk gadis tu di hadapan mata kepala aku sendiri tadi? Wae? Dan pada masa yang sama juga, adakah aku suka Baekhyun?

Jika aku berada di sisi Baekhyun, aku rasa tenang. Dan Baekhyun juga selalu mengembalikan senyuman aku. Begitu juga dengan Chanyeol, setiap kali aku bersama dia, hati aku selalu mengatakan yang aku sukakan Chanyeol. Aik? Mana satu ni? Aku sendiri confuse. Baekhyun ke Chanyeol? Argh! Lupakan! Tak tahu!

End of Mirae's P.O.V





Chanyeol's P.O.V

Sedih. Ya, aku sedih selepas aku nampak Mirae berpelukan dengan Baekhyun. Mirae..aku suka kat kau. Tolonglah faham. Aku merenung kosong ke arah papan putih kelas aku. Tidak lama selepas itu, Mirae melangkah masuk ke dalam kelas bersama Baekhyun. Ugh. Aku mengeluh panjang. Dia melabuhkan punggung di sisi aku. Aku hanya hiraukan dia. Malas nak layan biarpun hati aku mengatakan ya.

Haneul. Kenapa kau muncul disaat aku dah mula sukakan Mirae? Kenapa? Kenapa? Kau ingat senang ke aku nak lupakan kau dulu. Kenapa kau muncul?!! Argh! Stress betul!

Flashback

"Haneul, kenapa Haneul sanggup buat oppa macam ni? Mana janji kita?" aku mengemaskan lagi genggaman tangan aku.

"Oppa, lepaskan! Haneul, tak pernah cintakan oppa! Lepas lah! Haneul dah ada orang lain" dia menjerit minta dilepaskan. Apakan daya aku, dia mintak putus jadi...nak buat macam mana.

"Sampai hati Haneul buat oppa macam ni.." aku mengeluh sambil merenung kelibat Haneul yang semakin hilang dari pandangan aku.

End of flashback

Sakitnya hati aku. Sesuka hati dia aje main peluk aku tadi. Dulu, bukan main cakap tak cintakan aku. Hish! Geramnya! Jangan harap aku akan jatuh cinta dekat kau lagi! Never!

End of Chanyeol's P.O.V





Haneul's P.O.V

Hari ini aku baru pindah dekat sekolah baru aku. Dengar kata eomma, Chanyeol oppa pun sekolah sini. So, aku decided nak cari dia.

Sebaik sahaja tiba waktu rehat, aku terus mengorak langkah ke kantin. Cari punya cari, akhirnya..jumpa jugak kantin. Haish, susah betul nak cari kantin. Aku baru sahaja berdiri di hadapan pintu masuk kantin. Tapi, apasal pelajar berkumpul kat sini. Oh ya, tentu ni angkara Kingka sekolah. Yo! Nak tengok sikit macam mana rupa Kingka sekolah ni. Hensem ke tidak. Last2 muka cam beru.....

Terlopong mulut aku setelah ternampak kelibat Chanyeol oppa. Apa lagi? Aku terus meredah fangirl yang over tahap apa ntah.

"Ketepi! Tepi! Aku nak lalu!" aku menjerit. Mereka terus membuka laluan untuk aku lalu. Oo..tahu takut. Tengoklah! Queenka baru kat sekolah ni. Ermm..ya tak ya jugak. Aku mesti jadi Queenka. Queenka boleh rapat dengan Kingka. Lepas tu, aku boleh berkepit dengan Chanyeol oppa. (Eleh, dulu sesuka hati aje kau tinggalkan Chanyeol sekarang, sesedap nasi goreng tomyam aje kau nak dia? Eh, no man!) authornim senyap! (Eh, ni ff aku! Suka hatilah)

Aku berjalan ke arah Chanyeol oppa. Sempat lagi aku kerling seorang gadis di sebelah dia. Siapa gadis tu? Girlfriend oppa ke? Ni tak boleh jadi ni! Aku mesti buat sesuatu! Aku dapat idea.

"Chanyeol-ah!" aku terus mendakap erat Chanyeol oppa. Gadis di sebelah dia pula terkedu sambil jerit 'mwoya?!' huhu. Jelly lah tu. Dan yang paling buat aku happy, pompuan tu terus meninggalkan Chanyeol oppa dan aku.

Tetapi, sebaik sahaja aku nak ajak oppa jalan ngan aku, dia juga beredar pergi. Aish! Geramnya! Takpe oppa. Haneul akan dapatkan oppa balik. Haneul akan pastikan oppa jatuh cinta kat Haneul. Itu janji Haneul.

End of Haneul's P.O.V




(TBC...)







A/N: Sorry sangat2 sbb tak update..
Papepon..hope korang suka citer ni..kekadang saya fikir saya nk give up je..tapi tak! Saya akn teruskn update demi korang yg tercinta..huhuhu

Aku Benci Kau! Tapi Aku Sayang Kau.. (Malay EXO Fanfic)Where stories live. Discover now