Mirae's P.O.V
Disebabkan geram menguasai diri aku, aku terus sahaja jalan ke hadapan. Chanyeol pulak cepat-cepat kejar aku. "Yah! Kim Mirae! Jakkeuman!" jerit Chanyeol. Dia akhirnya jalan di sisi aku. "Kau tak jawab lagi soalan aku" Chanyeol bersuara tegas. Soalan? Soalan mana ni? "Bila pulak kau ada tanya aku?" aku soal dia balik. "Aku tanya kau..next week cuti kan?" dia ulang semula soalan yang aku tak pernah dengar tu. Mungkin dia tanya aku tadi kut, cuma aku yang tak dengar. Haha.
"Ya, next week cuti. Eleh, kata pelajar cemerlang. Perkara yang berlaku kat sekolah pun kau tak tahu" aku jeling tajam. Dia sengaja membulatkan kedua belah mata dia. Geram kut. Hihi. "Aku nak ajak kau keluar" Chanyeol bersuara. Keluar? Eh, aku tak salah dengar kan? Aku tepuk pipi aku beberapa kali. "Wei, kau dengar tak?" dia jerit kat telinga aku. "Aku tak pekaklah!" aku poked bahu dia.
"Biar betul kau ni! Kau nak ajak aku keluar?" aku tunjuk kat diri aku sendiri. "Kau tak payah perasanlah, maksud aku, aku nak ajak kau keluar hang sekali ngan senior aku. Bukannya, berdua-duaan dengan kau. Hee.. Tak ingin aku" dia tersenyum sinis pastu buat muka menyampah."Eleh, eleh, amboi...sedapnya mulut kau. Aku sapu ngan cili karang. Baru kau tahu" aku rasa, dah malaslah nak layan dia ni. Mengada aje lebih. Alahai, Baekhyun. Kan best kalau aku berbual dengan kau sekarang. Dan bukannya dengan mamat Kingka perasan handsome ni! "Kau nak tak?" dia terus memecahkan lamunan aku. "Aku, boleh aje.
Tapi, pelik..kenapa kau nak ajak aku?" aku kerut kening. "Tak payah banyak tanya. Kalau setuju, cakap setuju" Chanyeol menyilangkan tangan di dadanya. "Ya, boleh aje. Sehun ada tak? Aku rindu lah dia" aku tanya dia pasal Sehun. Korang jangan salah faham. Sehun tu sepupu aku okay? "Ada" dia jawab endah tak endah aje. "Wah, tentu best. Dah lama aku tak bersua muka dengan dia. Yalah, kalau kat sekolah bukannya dapat jumpa ngan dia pon. Nanti, tak pasal-pasal kena kejar di fangirl dia. Kingkalah katakan"
Tapi, satu hal yang aku sering terfikir. Kenapa fangirl Chanyeol tak pernah berani pon nak usik aku erk? Hari tu, fangirl Sehun, nampak aje aku berbual dengan Sehun. Keesokannya, bile aku datang sekolah, kena simbah air sebaldi. Wah, meraung macam singa aku dibuatnya. Lepas kejadian tu, Sehun buat rule. And, sehingga sekarang, takde dah yang berani kacau aku. Tapi, masih ada lagi mata-mata yang tak puas hati sebab mereka tahu aku cousin Sehun. Berbalik kepada Chanyeol. Setahu aku, Chanyeol belum lagi buat rule. Argh. Tak payah fikirlah pasal tu. Kalau tak kena ganggu, mujur....
Akhirnya, sampai pon kat rumah aku. Aku lantas masuk ke dalam rumah. Aku langsung tak pandang Chanyeol yang lambai kat aku. Malas aku nak layan dia! Sebaik sahaja aku masuk dalam rumah, eomma jerit dari dapur. "Mirae dah balik?" jerit eomma. Aku membuka ikatan tali kasut, lepas tu, letak kasut atas rak. Tapi, sebaik sahaja aku kerling di bahagian ruang tamu. Aku nampak seseorang yang aku kenal sangat dusuk santai di sofa. Dia senyum kat aku. "Eo! Sehuuunnnn!!!!!" aku terus duduk di sisi dia. "Mirae noona!!" dia peluk aku. Haha. Noona? Ya, aku lebih tua dari dia. Rindu jugak dia kat aku. Aku meleraikan pelukan pastu tanya dia. "Sehun buat apa kat sini?". "Mulai sekarang, Sehun akan tinggal dengan kita selama sebulan" eomma aku mencelah dari dapur. Eh, eomma ni. Aku tanya Sehun tapi, dia pulak yang tolong jawabkan.
"Kenapa?" soal aku. Lepas tu, alihkan pandangan ke kaca tv. "Eomma ngan appa ada business trip kat Japan. So, mereka suruh Sehun stay sini. Noona tak kisah kan?" soal Sehun lembut. "Ala, noona tak kisah pon" balasku pastu gosok kepala dia. "Gomawo noonaya~" dia winked. Ish, budak ni. Tak sah kalau tak buat muka cute. Aku dan Sehun duduk bersandar di sofa sambil tonton drama exo next door. Kalau korang nak tahu, aku dah tengok sampai episod 13! Wohoo! Pergh! Sweet giler kut.
Tak lama selepas tu, telefon berdering. Aku check phone aku. Tak ada panggilan masuk pon. Aku kerut dahi. Aku pandang Sehun di sebelah aku, dia tersengih. "Noona, telefon Sehun lah yang berbunyi" Sehun tergelak kecil. "Ala, ingatkan telefon noona tadi" aku garu kepala aku yang langsung tak gatal. Bukannya panggilan, tapi mesej.
End of Mirae's P.O.V
Sehun's P.O.V
Balik aje kat rumah, aku nampak sekeping nota melekat di peti. Aku baca isi kandungannya. Rupanya, dari eomma dan appa aku. Mereka bagitahu, mereka terpaksa berlepas ke jepun hari ni jugak. So, mereka suruh aku stay di rumah Noona. Eomma dan appa beritahu, dia dah inform kat aunty Kim. Jadi, aku pon naik ke bilik. Ambil bagasi yang eomma dah pack, pastu bergegas ke rumah aunty.
Selepas beberapa minit aku duduk di sofa. Mirae noona pulang. Apa lagi? Menjerit dia. Aku pulak hanya mampu tersengih. Hihi. Kitorang berbuallah. Aku tanya noona. Noona tanya aku. Tak lama selepas tu pulak, telefon aku berdering. Kelakar betul Mirae noona, dia ingat phone dia yang berbunyi. Padahal, phone aku. Aku unlock skrin phone aku. Aku nampak ada satu mesej what'sapp daripada Chanyeol hyung.
Channie hyung
Sehun, minggu depan cuti kan? So, hyung ingat, nak ajak kau keluar hang. Jom, hyung dan tanya Suho, Xiumin, Kai, dan Kyungsoo. Mereka semua setuju..
Aku kerling noona di sebelah aku. Dia masih lagi fokus tonton exo next door. So, aku reply mesej dari Chanyeol hyung tadi.
Okay hyung. Aku setuju je...
"Siapa yang text?" soal Mirae noona. "Ouh, Chanyeol hyung. Dia ajak keluar hang" aku jawab dengan jujur. "Tadi, pon dia ada ajak noona jugak" balas Mirae noona. Pastu, sambung tengok drama balik. "Noona setuju tak?" soal aku. "Noona setuju je. Wae?" mata masih lagi fokus di kaca tv. "Takde apa-apa pon, tanya je. Lama kita tak keluar hang kan?" aku tanya noona. "Noona setuju pon, sebab Sehun ada. Kalau tak malaslah noona nak keluar ngan Chanyeol dan kawan Kingka kau tu" ujar Mirae noona bersungguh-sungguh.
End of Sehun's P.O.V
(TBC...)
(A/N: vote kalau suka^^)
YOU ARE READING
Aku Benci Kau! Tapi Aku Sayang Kau.. (Malay EXO Fanfic)
FanfictionBenci + Benci + Benci + Benci + Benci + Benci = Sayang? Selepas itu, bila dah... Sayang + Sayang + Sayang + Sayang + Sayang = Benci? "Kenapalah kau suka sangat ganggu aku? Tak boleh tengok aku senang ke huh!?" - Kim Mirae "Kenapa? Sebab aku suka kau...