•••
Discharge sahaja daripada hospital, aku jalani semula kehidupan seharianku di kampus semula. Tidak banyak yang berubah melainkan hubungan aku dan Leeseo, kami masih tidak bertegur sapa. Skala crush aku pada Jaehyun pula kekal sama memandang Leeseo dan Jaehyun cuma kawan biasa.
Hyunjae? Nampaknya jawatan yang disandang oleh Leeseo dahulu kini diambil alih oleh Hyunjae. Mana taknya semua rahsia aku dia tahu. Nak tak nak terpaksa aku rapat dengannya supaya mulut becoknya tidak bercakap mengenai hal aku.
Berkerut wajahku membaca artikel yang terpapar di skrin laptop. Sepuluh kali baca aku tetap tak dapat hadam apa maklumat tersirat mengenai binaan bangunan pada zaman purba. Kalau satu jenis tidak apa, inikan beratus jenis. Jenuhlah aku nak siapkan thesis.
Tak! Tak!
Konsentrasiku sedikit terganggu. Kepala aku angkat lalu aku pandang pada manusia berkongsi meja di sebelahku. Muka serius tadi bertukar tenang.
" Busy ke?" suara Hyunjae cukup untuk membuatkan seluruh library bergema. Siap sengih lagi macam takde buat salah. Lantas aku rapatkan jari telunjuk pada bibir.
'Kuat betul suara, kecik kecik makan speaker ke?' aku menggerakkan bibir tanpa mengeluarkan suara.
" Haa?" sekali lagi suara Hyunjae bergema. Kali ini dengan package kena sound dengan orang sekeliling
Shhh!
Barulah lelaki ini sedar diri suaranya terlampau kuat. Lantas dia buat isyarat kepadaku meminta aku bersabar. Kepala dia tunduk padang meja dan mula menulis sesuatu. Aku tergeleng melihat telatahnya. Fokus aku berikan kepada penyiapan thesis semula.
Tak! Tak!
Satu sticky note diletak di tepi laptop. Sempat aku kerling pada Hyunjae sekilas lalu capai kertas tersebut.
--❦︎--
matcha mengumpat tepi pintu,
kau buat apa tu?--❦︎--
Tawaan halus terlepas dari bibir. Pantun sekerat ditulis Hyunjae nampak comel sangat. Kertas itu aku lipat cermat lalu campak ke dalam pencil case. Kejap lagi aku reply. Mahu menelaah artikel mengenai ancient building ini dulu.
Tak! Tak!
Satu kertas diletak di atas keyboard laptop pula. Sempat aku kerling pada Hyunjae yang tayang muka tak tahu malu sebelum membuka lipatan itu.
--❦︎--
ig matcha ig jungkook,
lepas bacha balaslah mangkook--❦︎--
Aku berdecit kecil. Mangkook? Mangkook dipanggilnya aku? Lantas aku cabut sehelai sticky note lalu membalas pantun tersebut.
--❦︎--
lee hyunjae takde roti,
tengah berenang dengan mermaid ha.
kau asal? takde kerja?--❦︎--
Kertas itu aku renyukkan lalu campak ke atas bukunya. Tidak lepas mataku menatap setiap gerak geri Hyunjae, sehinggalah dia selesai membaca pantunku itu. Sumpah mukanya masam macam kimchi expired. Nak tergelak pulak tengok reaksinya.
Kemudian dia letak satu kertas di hadapan aku. Lah, takde mulut masing masing, sibuk nak berbalas surat.
--❦︎--
oh gelak, jangan sampai tak tido
malam kau nanti lepas tengok
roti aku. 😏😏--❦︎--
Emoji smirk yang dilukis tangan itu membuatkan aku tergelak kuat. Kini giliran aku pula kena sound sebab membuat bising. Kalut aku menekup mulut. Kertas itu aku campak ke dalam pencil case dan satu sticky note baru aku cabut.
Baru sahaja ingin menulis sesuatu, lengan kiriku dipegang Hyunjae. Automatik tubuh mengeras bagai direnjat elektrik. Mata aku pandang lengan baju tangan kiri yang terselak sedikit. Berderau darahku.
Lelaki itu singsing lengan hoodie unguku, mendedahkan segala parut yang aku cuba sembunyikan di sebalik baju yang longgar. Diusapnya lembut parut yang berterabur di situ. Terbantut perasaan gembira tadi.
" Kau buat apa ni?" kasar aku tepis tangan Hyunjae. Lengan baju yang disingsing tadi aku betulkan semula. Bengang kerana tindakan Hyunjae boleh membuatkan semua orang tahu mengenai aku.
" Can I draw stars around your scars?"
Aku kehilangan kata kata. Tidak menyangka sebaris ayat yang selalu aku temui di dalam novel-novel inggeris kini ditutur olehnya. Renungan redupnya membuatkan aku tenang. Tanpa sedar aku hulurkan tangan kiri semula.
Hyunjae ukir senyuman. Lenganku dipautnya erat lalu diletakkan di atas ribanya. Lengan baju diselak. Marker biru yang ada di dalam pencil case aku diambilnya tanpa izin. Sejuk kulit tangan dicoret dakwat.
" Those stars makes you forget about the scars. Jangan risau, kau muda lagi matcha. Ada harapan untuk kau bahagia." ucapnya di antara dengar atau tidak.
Aku tenggelam dalam perasaan. Gembira kerana Hyunjae sentiasa ada, Hyunjae yang tetap menerima baik burukku walaupun aku adalah red flag sejati. Hyunjae yang kelakar dan ada kalanya aku ingin memberi kaki padanya.
Satu thought merapu muncul di fikiran.
" Tapi sumpahlah kau ada roti?"
Lelaki itu tepuk dahi.
•••
YOU ARE READING
𝙘𝙤𝙣𝙛𝙚𝙨𝙨. 𝙡𝙝𝙟
Fanfiction꒰ complete ꒱ she likes jaehyun, but she confessed to another jaehyun. ended : apr 27 2023 © -milkyuuu