09 - 𝒑𝒐𝒐𝒍

95 22 9
                                    

•••

Gara gara curious dengan roti Hyunjae, sanggup aku ikut lelaki itu menyelinap masuk ke indoor swimming pool hak milik kampus. Katanya ini dalah satu satunya tempat yang sesuai untuk dia tayang roti.

Aku dah pesan, aku langsung taknak dekat dengan kolam. Tetapi dia adalah Lee Hyunjae, tak dapat apa yang dia mahu, pasti dia akan guna cara kotor.

Tak lain tak bukan, nak expose aku tersalah confess padanya. Egh, geram!

Kini aku tertunggu tunggu kelibat Hyunjae di tepi kolam. Tepi kolam pun bukan rapat sangat, jarak 10 meter dari kolam. Risau overthink aku menjadi kenyataan.

Tergelincir jatuh kolam kemudian kena CPR dengan Hyunjae lagi. Eghh ngeri!

" Matcha!" kelibat Hyunjae yang hanya mengenakan t-shirt putih serta seluar pendek dipandang.

" Kata nak tayang roti. Kenapa tukar baju pulak ni?" aku bercekak pinggang pandang Hyunjae yang sudah berdiri di hadapanku.

" Aku nak bagi moment tunjuk roti lagi special. Kau perempuan first kot yang tengok. Barulah memorable." dia sengih kerang busuk.

Tergeleng-geleng kepala dengar statement merapu daripadanya. Memorable? Bangang betul.

" Ready matcha! Three two one!" baju putihnya diselak ke atas. Berkerut aku menganalisa ketulan di perut lelaki itu. Kemudian aku pandang Hyunjae dengan riak bersahaja.

" Aleh, tu je? Roti Jaehyun lagi tebal tau! Siap berkilat lagi!"

Merah padam muka Hyunjae selepas aku ungkap pernyataan itu. Kalut dia tutup semula perutnya dengan t-shirt.

" Aku suruh kau tengok je gila. Bukannya judge!" marahnya. Tetapi marah yang aku kategorikan sebagai comel.

Aku tergelak kecil. Jarang untuk aku lihat Hyunjae jadi malu malu kucing.

" Mana kau tahu roti dia tebal dari aku? Jangan nak memandai buat cerita!" jari telunjuk dihala ke arahku.

" Adalah, aku tengok masa balapan tahun lepas. Dia show off body lepas baju terkoyak. Terjatuh atas track. Segak wey, alahai. Sumpah melting! Ruginya aku tak ambik gambar, boleh print letak bawah bantal! Jadi ubat tido." meliuk lentok tubuhku macam sotong kurita. Fangirling pada Jaehyun memang aku akan jadi sotong jadian.

" Gedik!" Hyunjae tunjal kepala aku, off terus mode fangirling tadi. Bengang aku jadinya.

" Kau dah makan ubat ke belum ni?"

" Dah, kenapa tanya?" dalam nada membentak aku jawab. Sangkakan soalannya adalah gurauan.

" Aku tak reti berenang ni."

" Lepas tu, kenapa kau-"

Belum sempat aku menghabiskan bicara, Hyunjae berlari ke arah kolam lalu membuat gaya lompatan entah apa apa. Merecik air ke seluruh tempat.

Splash!

" Matcha tolong aku!" jeritnya.

Dapat aku lihat kepala lelaki itu tenggelam timbul di dalam air. Hatiku langsung tidak terkesan dengan kelakuan Hyunjae. Entah entah dia nak kenakan aku.

𝙘𝙤𝙣𝙛𝙚𝙨𝙨. 𝙡𝙝𝙟Where stories live. Discover now