•••
Tunduk sahaja kepala untuk pandang skrin iPad, lanyard milikku berada di atas peranti tersebut. Aku tayang muka pelik. Bila masa pulak aku letak di sini.
" Dekat lif tadi tercicir." balas Hyunjae, menyedari aku pandangnya melalui ekor mata.
" Oh, thanks." aku simpan lanyard tersebut ke dalam poket hoodie. Takde mood nak gantung di leher. Kejap lagi orang luar tahu aku student di kampus ini. Taknak aku, kampus ni pun bukannya hebat sangat.
" Tak payah nak malu sangat la dengan aku. Aku tahu aku student corot, tapi ada ke student corot yang handsome macam aku?"
Pap! Setepek aku kena perli dengan Hyunjae.
" Lagipun, rahsia terbesar kau ada dalam perut aku tau. Bila bila masa je boleh pecah." tangan kirinya diletak di atas tempat dudukku. Langsung tubuhku mengeras. Wangian yang dipakainya turut menusuk hidung.
" Kau cakap apa ni? Perut? Aku tak faham lah." aku tayang muka bodoh. Mata aku larikan pada lecturer yang sedang membebel di depan.
" Kesian, tak guna jugak dapat dekan tiap tiap sem tapi ayat simple pun tak faham." bidasnya.
Auch! Memang menusuk tepat ke jantung pedihnya.
" Fokus Hyunjae, jangan kacau aku." desisku geram.
" Empat pagi kau kacau aku takpe pulak?"
Aku stress!
" Shhh!" Leeseo pandang aku dan Hyunjae bersilih ganti. Berjaya meleraikan keadaan.
Bagi menyedarkan Hyunjae, aku angkat lengan lalu langgar dadanya menggunakan siku. Kuat sehingga hati aku puas. Tetapi lelaki gila ni boleh pulak jerit sambil pegang tempat yang aku serang.
"Aghhh!"
Berpuluh puluh pasang mata sedang pandang aku dan Hyunjae, tajam. Hyunjae punya jeritan, suara lecturer yang sedang mengajar pun tenggelam.
" Amboi dua merpati yang kat tepi tu, seronok betul korang bercinta. Jawab soalan saya dekat whiteboard ni baru saya restu." laung sang lecturer menggunakan mikrofon.
Kedengaran tawaan dan bisikan dari pelajar lain selepas dengar statement merapu dari sang lecturer. Aku sempat jeling Hyunjae, lelaki ini pulak pandang aku macam aku ni harapan negara. Dasar budak kelas belakang, tadi kemain menganjing aku dekan setiap sem lah apa lah.
Eeee- geram nak sekeh kepala lelaki ini.
Lambat lambat aku berdiri lalu mula melangkah. Kaki Hyunjae yang berada di laluan selamba sahaja aku pijak. Riak wajahku masih kekal tenang, tetap santai walau pijak kaki orang. Dapat aku dengar rintihan halus lelaki itu.
Aku pusing kepala pada Hyunjae dan jelirkan lidah. Hyunjae jeling aku.
Menyedari semua manusia sedang menantiku, aku melangkah turun menuju ke arah stage mengajar. Whiteboard marker yang dihulur aku sambut. Tidak sampai seminit aku berjaya menyelesaikan soalan berbentuk calculation itu.
Easy man, contoh dalam slide aje kot.
" Thank you, now your boyfriend punya turn pulak. Jawab soalan b. Mudah je, tak susah pun." mata lecturer terarah pada Hyunjae.
Boyfriend? Loya tekak!
Hyunjae pandang aku macam tercekik tulang ayam. Aku mampu gigit bibir, risau tawa terlepas dari bibir.
Padan muka kau, budak corot!
Sempat liarkan pandangan, mencari Jaehyun. Kalau Hyunjae berada di sini, bermakna dia turut berada di sini. Mereka berduakan classmates. Berkongsi lecture dengan kelasku.
Dan tekaanku tepat. Dia sibuk menulis sesuatu, tiru jawapan di whiteboard barangkali. Jaehyun angkat kepala dan pandangan kami berlaga tanpa sengaja. Kalut aku buka langkah lalu naik ke tempatku semula.
" Chaeun." panggil Hyunjae apabila kami berselisih.
" Goodluck budak corot. Jangan menangis dekat depan." aku angkat thumbs up sambil senyum sinis.
Sumpah riaknya macam nak menangis. Nak kesian, tapi hati aku sakit lagi.
Maka terkulat kulatlah lelaki itu di hadapan kelas. Badan Hyunjae terarah padaku, dia buat gaya merayu macam kucing mintak cat treats.
" Chaeun, tolong aku."
Satu sama Hyunjae.
•••
YOU ARE READING
𝙘𝙤𝙣𝙛𝙚𝙨𝙨. 𝙡𝙝𝙟
Fiksi Penggemar꒰ complete ꒱ she likes jaehyun, but she confessed to another jaehyun. ended : apr 27 2023 © -milkyuuu