•••
" Hi, sorang je ke?" serentak itu kedengaran kerusi di sebelahku ditarik dan diduduki seseorang.
" Haah sorang j-" mati kata tatkala terpandang insan yang duduk di sebelahku. Senyumannya yang menimbulkan lesung pipit membuatkan aku terbuai. Rambut yang kelihatan messy menambah gaya pada lelaki kacak ini.
" Mana Hyunjae? Selalu sangat saya tengok dia berkepit dengan awak." penuh sopan dia membuka bicara. Pada masa yang sama lincah dia menyusun buku yang dikutip di sekitar library.
" Oh, dia datang kejap lagi. Training lagi rasanya." balasku sebelum mahu menghadap laptop semula. Entah kenapa aku rasa merinding bulu roma bila diperhatikan oleh Jaehyun.
" Awak siap ke thesis yang Dr. Wei bagi tu?"
Hm, kecewa sikit. Dia cari aku semata mata kerana assignment. Tidak mengapalah encik gula gula, asalkan awak duduk setable dengan saya. Dengar suara awak sebut nama saya pun cukup. Gituuuh.
Hyunjae tengok ni, mesti dia libas muka aku dengan buku tutorial berenangnya.
" Oh, saya cari dekat scholar aje. Then ada refer sikit sikit buku dekat sini." balasku dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir.
" Oh, boleh tunjukkan buku yang mana satu?" pintanya lembut.
Dan bermulalah misiku membantu Jaehyun menyiapkan thesis yang sepatutnya dihantar pada 12 malam esok. Tenang, aku bukan bagi jawapan sebijik-sejibik. Aku cuma beritahu aku refer jawapan dari buku dan website apa.
Sedar sahaja sudah sejam aku dan Jaehyun duduk satu meja berbincang mengenai thesis. Aku jeling jam. Lamanya Hyunjae. Memang taknak datang terus ke ni?
" Hyunjae memang taknak datang ke?" Jaehyun seolah olah dapat membaca fikiranku.
" Entahlah awak, chat saya pun dia tak baca lagi. Risau pulak dia straight balik rumah, lupa saya tunggu dia kat sini." aku meluahkan kekecewaanku pada Jaehyun tanpa sedar.
" Takpelah Chaeun, mungkin dia penat. Don't worry young lady, I'm here to accompanying you. Saya belanja awak dinner kejap lagi. Upah tolong saya siapkan thesis."
" Omona, seriously?" bersinar sinar mataku mendengar pelawaan daripada Jaehyun.
Mulalah aku tersengih seorang diri macam perempuan sewel. Dinner dengan crush sendiri? Tak terjangkau dek akal! Andai Hyunjae ada sekarang, mesti dia tumpang happy!
Bukan happy, happy gila babey punya!
" Before that, saya nak bagi something." lelaki itu memusingkan badan membelakangi aku. Beg yang dibawanya digeledah bagi mencari sesuatu.
" Apa?" tertunggu-tunggu juga aku dibuatnya. Ingin lihat apa jenis surprise yang Jaehyun mahu tunjuk padaku.
" Awak right handed ke left handed?" soalnya, tangan lelaki itu masih lagi lincah mencari.
" Right handed."
Usai berkata begitu, barulah lelaki berpusing dan menghadap aku semula. Sebelah tangan dia sorok ke belakang badan. Membuatkan aku curious mahu tahu apa di belakangnya.
" Give me your left hand." tangan besarnya disua padaku.
Semakin kencang jantungku melihat situasi sekarang. Gugup aku hulurkan tangan kiri seperti yang diminta olehnya. Dalam kepala sudah terbayang barang kemas seperti gelang ataupun cincin yang bakal tersarung. Kemudian disertai dengan lamaran, be my girl.
Omaygadd kumencairrrr!
" Tada! Jam untuk awak."
Riak wajahku bertukar bingung. Jam? Kenapa dia beri jam sedangkan dekat telefon pun ada jam? Tetapi pemberian crush, takkan aku nak tolak mentah mentah right?
" Jam ni bukan sebarang jam tau, jam ni boleh detect your heartbeat. Kalau your heartbeat tak stable, jam ini akan remind you untuk bertenang. Got it?" sambil membebel dia memakaikan jam itu di pegelangan tanganku.
Aku terkaku. Persoalan sekarang ini, bagaimana lelaki ini tahu dengan keadaan jantung aku? Hyunjae pecahkan tembelang aku ke? Adakah Hyunjae mahu menjadi Leeseo yang kedua?
" Saya perasan Chaeun, awak selalu nampak pucat. Kadang kadang skip kelas sebab tak larat. Sometimes pengsan. Saya ada family members yang lemah jantung, jadi saya rasa awak sembunyikan sakit dari orang." terangnya seikhlas hati.
Okay, maaf Hyunjae.
" M- macam mana awak tahu saya ada simptom tu? Rasanya kita-"
" I have my own way to watch my favorite person from afar Chaeun." sempat dia mengenyitkan sebelah matanya kepadaku.
Aku terpana. Ingin saja tubuhku mahu melorot ke lantai. Favorite person? Maknanya aku tidak bertepuk sebelah tangan la selama ini? Dapat aku rasakan jantungku mula lari dari rentak dan dikesan oleh jam pemberian Jaehyun.
Tit! Tit! Tit! Tit!
" Oh, menjadilah!" teruja lelaki itu sentuh pergelangan tanganku dan memerhatikan jam tersebut. Semakin berdebar aku dibuatnya gara gara tangan suamnya menyentuh aku.
" J- Jaehyun."
Lelaki itu panggung kepala. Sepasang mata coklat gelapnya melata ke seluruh wajahku. Senyuman hangatnya bersedia menyambutku.
" I think I like you." gigih aku menyuarakan apa yang telah aku simpan selama ini.
Bunyi alarm itu semakin nyaring, pada masa yang sama wajahku terasa panas. Ya ampun! Kenapa aku tiba tiba confess ni? Lantas aku tutup muka dengan sebelah tangan memandangkan Jaehyun masih genggam tangan kiriku.
" Chaeun." suara garaunya menyebut namaku. Kedengaran sangat merdu di telinga.
Lambat lambat aku alihkan tangan.
" I think I like you too."
•••
YOU ARE READING
𝙘𝙤𝙣𝙛𝙚𝙨𝙨. 𝙡𝙝𝙟
Fanfiction꒰ complete ꒱ she likes jaehyun, but she confessed to another jaehyun. ended : apr 27 2023 © -milkyuuu