•••
Pejam celik, pejam celik, hampir sebulan hubungan aku dan Chaeun masih tidak menjumpai titik perdamaian. Chaeun kekal untuk setia pada Jaehyun. Aku kekal dengan pendirian menjauhi kedua mereka.
Rindu, jiwaku meronta rindukan kenangan yang tercipta sewaktu Chaeun masih belum menjadi hak Jaehyun. Namun kenangan hanya tinggal kenangan.
Bagasi beroda aku tolak sambil melangkah masuk ke lapangan terbang antarabangsa. Masih berbaki sejam sebelum aku berlepas ke daerah lain. Akhirnya aku pelajar corot architecture bakal bertukar bidang ke sukan renang.
Tiada lagi pelajar corot, yang pasti aku akan dekan tiap tiap semester.
Sementara menunggu panggilan untuk ke balai berlepas, aku menapak ke arah kedai kopi berhampiran. Mata dilarikan pada papan iklan, mencari minuman yang aku inginkan. Anak mataku tertancap pada ilustrasi minuman berwarna hijau di dalam gelas.
" Matcha latte."
Tanpa dipinta, memori silam bermain di fikiran membuatkan dada terasa sesak. Aku menyentuh dada, cuba untuk menenangkan diri.
" Encik? Encik nak order matcha latte kan?" suara juruwang di kaunter menyentakkan aku. Lantas aku angguk dan membuat pembayaran.
Selesai membeli, aku berjalan keluar. Sengaja aku memilih jalan jauh untuk pulang ke tempat duduk kerana aku ingin memerhati sekeliling. In case aku bertemu dengan Chaeun, rezeki untuk aku lihat wajahnya sebelum tinggalkan semuanya di sini.
Sedar sedar sahaja, minuman matcha latte sudah habis aku minum. Kedengaran announcement menandakan beberapa minit lagi aku harus menuju ke balai berlepas. Lantas aku campak cawan plastik yang sudah kosong ke dalam tong sampah.
Sempat aku pandang pintu masuk utama lapangan terbang ini sebelum berlalu mendapat bagasi. Berat terasa kaki untuk melangkah masuk. Senyuman tawar terukir di bibir. Mengharapkan kehadiran Chaeun di sini tanpa tahu aku akan pergi meninggalkannya, too good to be true.
And I'll miss you, without saying any words.
" Hyunjae!"
Aku terkaku, tidak percaya apa yang aku dengar. Terasa seperti ilusi. Adakah aku sedang berimaginasi?
" Hyunjae, kau nak pergi mana?"
Aku kuatkan diri untuk berpusing ke belakang buat kali terakhir. Tidak semena mena tubuhku dipeluk erat seseorang. Terasa ingin pecah dadaku melihat gerangan siapa.
" Mat- matcha?"
Gadis itu meleraikan pelukan lalu menatap aku. Basah wajahnya dengan air mata. Takut pula aku nak lap memandangkan Chaeun bukan lagi macam dulu.
" Kau nak pergi mana? Kenapa kau sanggup tinggalkan aku?" rengeknya lalu pukul dadaku berkali kali.
" Aku nak pergi sambung belajar Chaeun." mudah sahaja jawapanku.
" Kenapa tak cakap awal awal!" marahnya. Seperti ingin meletakkan semua salahnya pada aku.
Aku tersenyum pasrah. Kecewa kerana sikap gadis itu masih tidak berubah.
" Hari kau official dengan Jaehyun, aku nak beritahu kau waktu tu."
Chaeun terpaku. Semakin banyak air mata yang jatuh ke pipinya. Tergoncang naluriku mahu tepis air mata tersebut. Tetapi aku tidak mampu. Berat mata merenung seraut wajah Chaeun.
" Unjae, aku minta maaf. Sebab aku hubungan kita macam ni. Aku pentingkan Jaehyun padahal kau yang datang dulu dalam hidup aku." rayu gadis itu. Tanpa sedar kedua dua tangannya memaut lenganku.
" Shhh.. janganla nangis. Orang ingat aku dayus nanti."
" Tak kelakar!" satu tumbukan selamat mendarat di perutku. Aku ketawa kecil.
Ini Chaeun yang aku kenal.
" Boleh tak kau jangan pergi? Nanti aku nak tumbuk sape kalau kau takde?" menjuih bibirnya menahan tagisan.
Aku sengih , seronok lihat Chaeun yang berendam air mata kerana aku.
" Boyfriend kau ada, tumbuk la dia." aku berdalih. Sengaja tayang muka tak kisah.
" Taknak! Jaehyun garang!"
" Siapa suruh couple dengan dia!" kepala Chaeun yang semakin mendekat aku tunjal sedikit. Semakin terjuih bibir merah itu.
" Boyfriend kau mana? Kejap lagi dia rembat aku pulak, ingat aku nak rampas kau la apa."
Jaehyun bukannya boleh, pantang girlfriend jumpa lelaki lain. Geram nak hantukkan kepala dia ke dinding.
" Aku datang sini tak beritahu dia." polos dia menjawab.
Aku senyum kemenangan. Tiada sebab untuk aku rasa terancam semata mata mahu sentuh Chaeun.
" Good." terus aku tarik tubuh itu masuk ke dalam pelukan. Belakang kepalanya aku usap lembut. Semakin kuat pula tagisan gadis itu.
" Kenapa sedih matcha? Bukannya aku pindah alam pun. Hidup lagi." pujukku.
Chaeun menyenbamkan wajah pada bahuku. Melepaskan tagisan di situ pula. Lantas aku mendekatkan bibir di telinganya.
" I looked at you as a friend, until I realized I loved you." bisikku lembut.
Kesedihan menggigit jiwa saat aku ungkapkan ayat tersebut. Benar aku lambat sedar bahawa aku sudah jatuh suka pada Chaeun. Jadi semua yang terjadi adalah salahku sendiri.
Salah aku yang lambat sedar dengan perasaan sendiri dan lambat bertindak untuk dapatkan Chaeun.
" But it's too late. Kau dah jadi milik orang lain." sambungku, lirih.
" Hyunjae-"
Aku leraikan pelukan. Bibir aku dekatkan pada dahi Chaeun sebelum satu kucupan singgah di situ, lama. Mata aku pejamkan serapatnya. Syahdu terasa.
" Jangan menangis, nampak nacam Shrek biru." jariku menyeka air mata yang masih bersisa. Chaeun tampar dadaku, geram.
Tidak lama kemudian, kedengaran lagi announcement terakhir menandakan masa semakin singkat untuk aku ucapkan goodbye kepada Chaeun. Sebelah tangan memaut pemegang bagasi. Mata pula menatap wajah lembut Chaeun buat kali terakhir.
" Aku pergi dulu matcha, take care."
--❦︎--
« chaeun »
2 years later.
Bersama air mata yang mengalir tanpa henti, terketar ketar tangan mencapai telefon. Aksi panas Jaehyun menjadi tatapan membuatkan dada terasa sesak. Laju tanganku menekan skrin telefon.
--❦︎--
@/jaehyunjae
UNJAEEEEE
JAEHYUN CURANG DENGAN AKUoh
WHAT?
ANJING PUNYA JANTAN
SEKEJAP AKU OTW•••
the end.
+ the boyz short story : 4 +
sequel ada di escapism.
- hyunjae : fictional
YOU ARE READING
𝙘𝙤𝙣𝙛𝙚𝙨𝙨. 𝙡𝙝𝙟
Fanfiction꒰ complete ꒱ she likes jaehyun, but she confessed to another jaehyun. ended : apr 27 2023 © -milkyuuu