05 - 𝒋𝒆𝒂𝒍𝒐𝒖𝒔𝒚

103 22 18
                                    

•••

Aku sedar perwatakan aku tidak ubah seperti budak baru nak up. Tetapi lihat kemesraan antara ketua bas dan penolong ketua bas buatkan darah aku naik sampai ke kepala.

Tambah pula sekali lagi kena disidai, matahari pula tegak membakar kulit kepala. Sungguh aku rasa nak lempar segala harta benda di sekelilingku.

Sampai hati kau Leeseo! Kau tikam belakang aku!

" Air, taknak? Dari tadi muka kau macam nak makan orang." tiba tiba sebotol air mineral yang sudah dibuka penutup disua padaku.

" Taknak." tanpa sengaja aku menepis tangan Hyunjae dengan kuat menyebabkan botol tersebut terpelanting dari genggaman. Selamat kasut Hyunjae kena jirus.

Penuh tenang Hyunjae tunduk dan capai botol yang masih tersisa air. Cermat dia tutup sebelum disimpan ke dalam beg sandangnya semula. Aku pula masih kekal dalam posisi sama. Berat mulut nak cakap sorry.

" Kau nak makan Jaehyun ke matcha? Sedap sangat ke dia sampai nak terkeluar biji mata tu dari tadi tenung dia?"

" Nampak sedap sangat, kalau boleh aku nak kunyah-kunyah isi dia sampai terburai segala jenis organ. Pastu ludah bagi Leeseo kutip. Baru puas hati aku." aku ketap rahang. Teruk betul aku punya emosi.

" Kau nak makan aku pun takpe matcha, aku rela." Hyunjae berdiri di hadapan aku membuatkan kelibat Jaehyun terlindung di sebalik badannya. Aku pandang Hyunjae, marah. Aku tengah serius marahkah Jaehyun, Hyunjae buat kelakar pulak.

" Taknaklah makan kau, kau dahlah bodoh, pointer pun bawah 2.0. Karang melekat pulak DNA bodoh kau dalam badan aku. Habis keturunan aku jadi biul nanti."

Mati terus senyumannya. Aku tayang muka tak bersalah. Bukan salah aku, Hyunjae sendiri tahu aku tak berapa suka berkawan dengan dia. Dengan cara ini Hyunjae pasti jarakkan diri dari aku.

I'm sure of it!

" Matcha-" suara Hyunjae kendur sedikit, ternyata dia terasa dengan pernyataan aku itu.

" Aku ada nama, nama aku Chaeun. Nampak bodoh bila kau panggil aku macam tu. Simpan bodoh kau untuk anak cucu please. Next generation kau pun nak guna." akhirnya aku suarakan apa yang terbuku.

Diam, Hyunjae pandang aku macam nak nangis. Belum sempat dia berkata apa apa, tourist guard telah memunculkan diri. Peluang keemasan kepada aku untuk duduk jauh daripada semua manusia yang menyakitkan hati.

Kemudian semua pelajar yang menyertai lawatan ini dibawa melancong ke seluruh stadium. Dari kawasan balapan sehingga gelanggang indoor. Sempat aku catit dan snap segala maklumat yang berkaitan dengan seni bina. Mudah untuk jadi reference nanti.

Ada jugalah moment di mana Leeseo cuba merapati aku. Dan aku pula lebih mengutamakan emosi, semestinya aku mengelak. Hyunjae? Duduknya beribu batu jauh dari aku. Lega sikit lepala, tak payah serabut pasal dia. Jaehyun? Aku malas nak activate mode gatal yang dari awal lagi sudah turn off.

Waktu tengah hari menjelma, semua pelajar dibenarkan rehat dan berlegar-legar di sekitar kawasan stadium. Aku selepas dengar arahan rehat dikeluarkan terus aku menghilang. Sedar sedar kaki jauh melangkah, aku berada di kawasan kolam renang. Kawasan terpaling aku minat dengan rekaannya.

Air kolam yang jernih aku cuba celupkan sebelah tangan. Cuma nak try test suhu. Sekarang cuaca panas, adakah air kolam juga akan turut panas?

Tapi kolam ini indoor, panas celah mananya?

" Chae!"

Tubuhku mengeras, aku dapat mengecam suara tersebut.

" Chae." panggilan itu lebih dekat, disertai cuitan pada bahu aku. Lambat lambat aku berdiri. Wajah Leeseo aku pandang kosong.

" Kenapa kau mengelak dari aku? Aku cuba nak cakap dengan kau. Tapi kau palau." Leeseo tayang muka sedih, cukup membuatkan paras darah aku yang sudah normal melonjak naik lagi ke kepala.

" Kenapa nak cakap dengan aku? Pergilah dekat Jaehyun tu." aku tepis tangan Leeseo yang cuba paut aku.

" Oh, kau marah sebab Jaehyun? Okay okay sorry, aku takde niat nak rampas Jaehyun ke apa. Dekan yang suruh aku jadi penolong ketua bas. That's all, aku tak tahu pulak Jaehyun jadi ketua bas Chae. Sumpah!" sebelah tangan dia angkat ke udara. Bersungguh sungguh mahukan kepercayaan aku.

Tawaan sinis terlepas dari bibir. Sungguh aku tidak percayakan Leeseo. Tiap bait perkataan yang keluar dari bibirnya buatkan aku annoying gila.

" Kau minat Jaehyun. Kau jangan ingat aku bodoh sangat Leeseo."

" Sumpah! Aku tak!" suara Leeseo naik seoktaf, ternyata tembok kesabarannya kian terhakis disebabkan aku.

" You know what Leeseo. Ada fakta mengatakan kau akan hilang kawan bila kau bercinta dengan someone. Aku setuju dengan fakta tu." aku mara setapak pada Leeseo.

" Congratulations, sebab kau dah hilang aku." sambungku, sinis.

" Chaeun! Jangan merapu! Sampai mati kau tetap kawan aku! Takkan sebab jantan kau sanggup tinggalkan aku?"

" Kawan takkan tikam belakang kawannya sendiri. Am I right? Kalau kau betul kau kawan aku, kau patutnya support aku dari awal. Kau salah bagi ig Jaehyun sebab kau taknak aku confess dekat dia. Dari awal lagi aku perasan, kau benci tengok aku crushkan Jaehyun. I'm not that fucking stupid Leeseo!"

Dapat aku lihat mata gadis itu mula berkaca kaca. Aku tidak menyangka aku akan naik minyak sehinggakan sanggup bercakap kasar padanya.

" A- aku minta maaf." suara Leeseo bergetar. Tanda dia sedang menahan tagis.

Satu roti dibungkus di dalam plastik dia keluarkan dari tote bag lalu dihulur kepada aku. Mudah sahaja penerimaan aku. Roti tersebut aku rampas dari tangannya lalu aku campak ke tengah kolam. Leeseo terpaku dengan tindakan aku.

" Aku kecewa dengan kau." bisikku bengang.

Berjurai air mata Leeseo saat aku ungkapkan kata kata itu. Tidak lama kemudian dia berlari keluar bersama tagisan yang tanpa henti.

•••

𝙘𝙤𝙣𝙛𝙚𝙨𝙨. 𝙡𝙝𝙟Where stories live. Discover now