•••
" Hai, single ke?"
Aku buat buat pekak. Sengaja aku angkat tinggi tinggi telefon di depan wajahnya. Kemudian aku sambung scroll Twitter macam takde apa yang jadi.
" Girl, I'm talking to you?" dia pegang telefon aku lalu dia tolak ke tepi. Kemudian dia senyum macam pakcik gatal nak raba anak orang.
Egh, annoying betul dengan Lee Hyunjae.
Ke mana aku pergi, pasti ada Hyunjae. Dia baru sedar kewujudan aku barangkali selepas confession went wrong tu. Tak sangka juga ada perangai gila yang berselindung di sebalik wajah kacak tu.
Geram jugaklah layan perangai dia yang tak pernah nak serius. Ada saja benda yang mahu dibuat kelakar. Pening nak melayan.
" Lama kau tenung aku aku ni. Kenapa? Aku segak sangat ke?" Hyunjae betulkan rambut dengan sebelah tangan membuatkan aku nak termuntah hijau on the spot.
" Perasan. Muka macam Shrek biru. Jaehyun lagi handsome kot." aku memutarkan bebola mata.
" Takde sape tanya kot." sengaja dia balas menggunakan nadaku tadi.
Aku ketap gigi . " Diamlah Unjae. Aku takde suruh kau respon pun gila."
Hyunjae pandang aku lain macam. Kepala dia senget ke kanan lalu berjalan mengelilingi aku. Haila, budak corot ni dah kenapa?
" Kau asal?"
" Unjae?"
" Yela asal?"
Sumpah tak faham dengan apa yang dia cuba maksudkan.
" Sounds cute, boleh panggil lagi?" Hyunjae sengih gatal.
" Eee, pergi mampus." aku tunjal bahunya.
Hyunjae tergelak kecil. Terhibur dengar balasanku barangkali.
" Tak boleh nak mampus sayang, ajal tak datang lagi."
Dalam hati sumpah nak gigit gigit muka lelaki ini. Perempuan bernama Leeseo sekali. Aku message pun tak reti reply, buang jelah telefon tu kalau tak reti guna!
Bas yang sepatutnya ambil pelajar untuk lihat seni bina dalaman di stadium lewat sejam. Leeseo pulak tak munculkan diri. Penat aku berdiri macam tugu negara dari tadi.
" Siapa sayang kau? Aku sayang Jaehyun."
Hyunjae ketawa kecil. " Yelah, matcha. Semua orang sayang kau."
Aku pandang Hyunjae semula, tak puas hati dengan nama panggilan yang keluar dari mulutnya. Macam mengejek saja bunyinya.
" Matcha?"
" Kau Unjaekan aku boleh, aku panggilah kau matcha. Fair and square. Aku kenal kau pun sebab matcha." Hyunjae sengih bangga. Aku tayang riak menyampah.
" Buruk la dengar kau sebut matcha." protesku.
" Elee, mulut aku, suka hati aku la nak panggil kau apa. Macam la suara kau bila sebut Unjae sedap sangat!"
Hamboi mulut!
" Eh hello, kau cakap comel eh tadi! Kepala tu terhantuk dekat mana? Ting tong king kong semacam otak kau." ejekku geram.
" At least ting tong king king aku tak sewel tersalah confess-"
Pap! Tanganku sudah melekat pada mulut Hyunjae.
" Kalau cerita ni viral, aku pukul kepala kau dulu. Biar biul sampai anak cucu." selesai menggugut, aku tolak kepala Hyunjae.
Paling menyakitkan hati, dia sempat jilat tangan aku semasa aku tekup mulutnya. Geli geleman aku leset bekas air liur pada bajunya. Ya Tuhan, geram betul dengan perangai mangkuk terlebih kromosom ni! Membazir air liur aku berbalah.
Penat bergaduh dengan Hyunjae, aku melilarkan mata dan mendarat pada kelibat Leeseo yang berada di tengah tengah crowded, laju saja kaki ingin melangkah. Nak bebel macam mak nenek padanya. Belum sempat jadi apa apa, Hyunjae terlebih dahulu paut tangan aku.
" Kau kenap-"
Jari telunjuk dihalakan di tengah crowded juga. Aku terpana. Aksi Jaehyun dan Leeseo saling beramah mesra menjadi tatapan. Di tangan masing masing ada kertas kedatangan. Meminta pelajar lain untuk sign kehadiran.
Oh, Leeseo jadi penolong ketua bas? Langsung tak beritahu aku?
" Aku tak tahu pulak Jaehyun rapat dengan Leeseo." gumam Hyunjae.
Aku kalih pandangan. Jeling Hyunjae geram. Sengaja nak buat aku naik darah walhal terang benderang dia tahu aku sukakan Jaehyun. Buku lima dikepal tanpa sedar sebelum bercium dengan dada Hyunjae.
Buk!
Hyunjae mengerang sedikit. Tanpa berkata apa apa, aku berlalu naik ke bas. Aku tahu kedudukan tempat duduk bas disusun mengikut nombor matrik. Tetapi ada aku kisah?
" Matcha latte, tunggulah!"
Egh, serabut. Sepatutnya aku tumbuk kuat sikit. Biar terkeluar paru paru dari mulut yang tak reti berhenti cakap tu!
•••
YOU ARE READING
𝙘𝙤𝙣𝙛𝙚𝙨𝙨. 𝙡𝙝𝙟
Fanfic꒰ complete ꒱ she likes jaehyun, but she confessed to another jaehyun. ended : apr 27 2023 © -milkyuuu