Perbualan itu agak panjang dan sejujurnya ia tidaklah mengujakan seperti yang aku pernah ingat. Mungkin agak sudah lama aku tidak berbual dengan lelaki itu. Lelaki yang satu ketika dahulu hampir separuh mati aku cinta. Yang satu ketika dahulu aku pernah mengabdikan sebuah kematian untuk dirinya sebagai tanda penamat kepada sebuah pencarian cinta.
" I'll always love you, Lili. Always..."
Heh.
Perkataan yang beberapa tahun lalu mungkin boleh ditukar ganti dengan sebuah jantung yang kuat berdegup dengan warna merah kirmizi serupa hati penyajak mengalunkan muluk muluk cinta.
Sekarang?
Ianya hanya sebuah bait - bait sampah yang mungkin tak terluak oleh beruk - beruk kelaparan.
" Awww... that's so sweet, Killo. — I love you too."
Aku pun tak pasti apa yang bermain di benak kepala waktu itu. Waktu aku menuturkan itu. Sama ada aku sengaja mahu menjadi wanita itu; wanita yang hanya mahu terlihat jelita dan suci jiwa raga sepanjang masa atau wanita pendendam yang bertutur hanya untuk memperkotak katikkan sebuah makna cinta?
Loved.
Bibirku tersengih.
Bunyi jentikan lelangit kedengaran dari corong telefon dan aku jadi berkira - kira apa yang bergulir di belakang benaknya. Boleh jadi dia sedang menggulung filem yang pernah kami menebak memori pada lembar - lembarnya. Warna warni sudah bertukar hitam putih.
" I'm sorry for what I've done to you, Lili. I wish I could turn back time and treat you better...," keluhnya lemah seperti bintara - bintara berpatah arus di medan perang.
" Too bad, Killo. I'm gonna get married another few days...," balas aku dengan tawa sinis serupa aku sudah membinasakan segunung emas yang dia bawa.
" What about your dream?"
Pertanyaan itu buat aku terjeda. Diamku itu diusik dengan sebuah bisikan; mampu kau capai semua yang kau inginkan kalau kau diikat dalam sebuah ikatan perkahwinan?
" Lili? Are you still there?"
" Hah?"
Killo ketawa.
" I said, 'what about your dream, sayang?"
Talian bisu. Aku tak mampu mengutarakan apa - apa. Aku juga tak mampu faham apa yang membuatkan dia bertanyakan soalan itu.
" You just got your scroll..."
Mungkin kerana kebisuan itu terlalu panjang, Killo kembali menambah, cuba menyedarkan aku dari lamunan kosong tidak bernoktah.
" Don't you want to have a job first, I mean for the least?"
Kerja.
Kelapa terangguk - angguk dari sedar sebelum aku melampiaskan tawa yang mentertawakan diri sendiri. Sejujurnya, aku sendiri bingung dengan pertanyaan itu.
Kerja.
'Rezeki Tuhan tu kan, luas. Percepatkan apa yang baik dulu'
' Kahwin ni membuka rezeki, Lili. Jangan risau...'
' Kau percaya aje dengan Tuhan. Mesti ada tu kesenangan buat kau, Lili.'
" Well, I'm actually studying for my master degree at the moment. I'll bet everything will be alright," entah kenapa dadaku mula mengetat. Akalku mulai menepik bising bak tolol - tolol di dewan parlimen. Rasa tidak senang hati mulai menyelubungi diri.
" If you say so..."
" I think I have to go now, Killo. Ada benda nak diselesaikan..."
" Sure! Sure! Congratulations, sayang. Be happy on your wedding day. I'm sure I'm not invited because of your husband, no?"
Aku hanya mampu ketawa mengatakan kecewaku. Meskipun, lelaki ini sudah tidak lagi mengungguli carta atma, dia tetap pernah menjadi suatu anugerah yang terindah dalam hidupku.
Talian putus. Tubuhku, aku lepaskan ke katil berselerak dengan barang - barang perkahwinan yang belum aku selesaikan. Juga beberapa dokumen yang perlu aku hantar ke pejabat agama.
Aku seperti tidak bersedia untuk menjadi isteri orang. Atau, mungkin memang aku tidak bersedia untuk diikat digari dengan besi bermohorkan nama bakal suamiku.
Bunyi notifikasi dari telefon membawa tubuhku mengiring, membenamkan persoalan - persoalan dan perbalahan - perbalahan akal yang tidak putus berhenti cuba mempengaruhi keputusanku.
Hey, Love. Married or not, you're still mine. Always. If anything happens, you know who to call – Killo
Lega.
At least, I know who to call...
- 13 May 2023 -
YOU ARE READING
HIDUP
RandomDiari aku untuk pengajaran semua. Adaptasi dari ceriti hidup penulis sendiri. Well, mungkin diolah cantik sedikit dengan bunga bunga bahasa yang terlampau - lampai.