Bola mata tegak tidak berjalan ke mana - mana. Sama, langkahku bersauk satu persatu. Bukan tidak punya waktu untuk melewar, menikmati gelagat - gelagat manusia di sekeliling tapi entah kenapa terkadang aku terasa malu bila memerhati. Malu mahu bertentang mata dengan siapa pun.
Perasaan segan mula merajai diri bila aku bergerak membahu dengan orang ramai. Jantungku yang tadinya elok, kini berdegup kencang. Kepalaku pusing dengan suara - suara sumbang. Aku jadi cepat - cepat mahu ke sana.
Eh! Tengok sana. Ada orang tengok kau.
Baju kau tu tak cantik dengan kau sebab tu orang pandang.
Tunduk! Jangan sampai orang tenung.
Kau tak rasa ke kau manusia paling buruk sekarang?
Ya Allah! Tengoklah tu dia. Buruknya...
Perempuan tu nampak gemuklah...
Nasib baik rupa aku tak seburuk dia. Alhamdulillah...
Suara yang tadinya gegar bising kini mereda pabila aku semakin hampir dengan lokasi yang ingin aku tuju. Goncangan jantungku turut sama mereda sebaik saja kakiku maju bergerak ke sebuah kafe tersorok.
" Dine in, miss?" Aku angguk. How many person?"
" I'm looking for my friend," ujarku sambil mata merayau mencari kelibat manusia itu, " ah! Itu dia."
Senyum dan tanpa berbasi, aku segera bergerak ke arah wanita itu. Labuh dudukku membuahkan senyum pada bibir nipis wanita di hadapanku sebelum dia melonggarkan urat dan menghadiahkan tawa girang. Tubuhnya menari beralun berentak gembira.
Mungkin sudah tidak lagi mampu membendung rasa teruja yang berkelungan memandangkan sahabat sepersekolahannya kini mula selangkah menjadi dewasa.
" LILI! Congratulation! You're getting married!"
Aku hanya mengiyakan keterujaannya dengan membayar rasa teruja yang sama. Meskipun jauh di sudut hati aku agak tidak selesa dengan apa yang sedang berbalah di kotak fikiran. Akalku masih rancak berkira - kira dengan keputusan untuk mendirikan rumah tangga semuda ini.
" Wah, tak sangka kau kahwin dulu. Happy sangat untuk kau, Lili," itu aku jawab dengan senyum nipis sebelum dia menambah.
" Aku minta cuti tiga hari semata - mata untuk kau! Kau perempuan yang paling tercantik dalam hidup aku! Tak nampak aku manusia terpaling baik sekarang?" Tangan Wani bergerak ke dada tanda rasa senang hati dapat memuji dirinya sendiri sebelum dia menambah dengan suara angkuh namun juga antara teramat lunak yang penah kau dengar, " ada kawan lain macam aku? Ludah cuti - cuti ni untuk perempuan lain. Sebab kau sorang je, Lili!"
" Please! Tolong rasa kau special!" Bola mata memutar tanda menyampah bila saja aku sepertinya tidak meraikan keterujaan dia.
" KAU, memang manusia cold! Susah nak respond!" Menggeronyotkan bibir, Wani membongkokkan sedikit tubuhnya.
" NAH, BITCH!"
Akhirnya, aku melampiaskan tawa geli hati bila tiba - tiba dia mengangkat sebuah beg kertas bersaiz besar di hadapan aku. Tidak sabar, aku menyeluk tangan mahu melihat isi yang ada.
Mataku yang membulat kejut lantas berkendur syukur bila mataku bertentangan dengan dua bola matanya. Laman hatiku mulai mekar berbunga kuning.
" Aww, no wonder nampak berat je beg kertas ni. Couple dinnerware?" Pinggan tembikar unik berwarna hijau lumut kupandang ketakjuban. Gaya moden kontemporari sememangnya menjadi minatku.
" Ah! What a very thoughtful gift!"
" Eh! Bukan biasa - biasa tau. Handmade from a friend of mine. Just for you." Senyuman setanding bidadari itu kupandang senang hati. Wani sememangnya sarira tercelaka lucu yang pernah aku jumpa dan juga antara yang teramat murah hati.
Adakala yang terpaling celaka itulah yang paling kau cinta. Dan ya, aku cintakan persabahatan yang sudah terjalin 18 tahun lama ini.
" Thank you," begitulah jawabku.
Wani mula menggeronyotkan bibir nipisnya yang indah tercalit pewarna bibir warna merah bata. Mungkin tidak berpuas hati dengan riakku. Dia mula memutarkan bola matanya 360 darjah dalam kadar beberapa pusingan. Sudah menyampah benar, mungkin.
Tidak mahir berekspresi yang benar. Aku bersegera memanggil pelayan mahu memesan makanan untuk kami berdua memandangkan aku lihat meja wani masih kosong tidak terisi apa - apa.
" Kau nak makan apa? Apa yang best kat sini?" Sisi Gemini mula mendominasi perbualan. Agakku, Gemini kadang kala berguna benar waktu - waktu sebegini. Maksud aku waktu aku bersosial.
Wani tidak memberi respon malah hanya memandangku dengan mata sangsi. Kepala yang terteleng sedikit ke kanan itu memberi alamat padaku yang dia sedang berkira - kira sesuatu tentang diriku.
" Kenapa pula?" Tanyaku seraya sibuk membelek menu yang ada. Ah! Semua café juga sama menunya. Tiada yang benar - benar menarik di hati.
" Kau ada masalah ke?"
Aku menggeleng bisu dan mula menyeluk soalan, " dah tahu nak makan apa?"
Wani tertawa, " kau jangan nak menipu aku, ya Lily! Cepat beritahu aku. Apa masalah kau? Apa yang ada dalam fikiran kau?" Tangan dan tubuh bergerak ke posisi mahu menerima sesuatu dariku.
Tanpa mengangkat kepala, aku mencari sepasang mata itu dan bila keningnya terangkat tinggi, aku segera memanggil kembali pelayan ke meja. Wani nampaknya berputus asa denganku.
❦
Setengah jam berlalu dan asyik kami berdua berbual dan menikmati makan tengah hari kami, deringan yang datang dari telefon memberi jeda. Skrin telefon terpadam dan aku biarkan panggilan itu menjadi panggilan tidak berjawab.
" Siapa, Lili?"
" Fikri."
" Kenapa tak angkat?"
Aku menggeleng senyum tidak memberikan balas. Pun begitu, aku berharap—
" Right. Clearly, something wrong ni...," dentingan sudu dan garfu serta suara Wani membantutkan fikiran. Lantas, dengan wajah kerisauan, Wani kembalikan fokusnya padaku.
" Nothing is wrong. Makanlah."
" Lili, kita berkawan dah lebih 18 tahun. Takkan aku tak boleh faham kau. Tell me..."
Spegheti bersos cendawan yang berbelit pada garfu aku putar tidak bertujuan. Lama - lama pasti sejuk juga spegheti ini, seperti sejuk beku di pekung hati. Perutku tidak mahu diisi dengan apa - apa. Aku jadi kebisuan bila pertanyaan itu nyata seakan busar yang memanah tepat ke jantungku.
" Kau rasa?"
" Rasa apa? Lili, c'mon. Tell me, I promise I won't judge you."
Aku menipiskan sebuah senyuman, terasa senang hati dengan ayat yang dilontarkan Wani. Jarang benar manusia ini tidak memahami apa yang aku rasa.
" Aku tak pasti, Wani. Aku takut apa yang terluah dari bibir aku ni menampakkan aku macam orang yang tak bertanggungjawab," luahku perih. Akhirnya, terlepas juga ikatan yang bertaut kemas di hati yang selama ini sudah berbulan - bulan lama aku tahankan.
" Belum tentu apa yang kau rasa menampakkan kau someone yang bertanggungjawab atau tidak. Kau janganlah fikir emosi dan perasaan yang kau rasa tu satu perkara yang kau tak layak rasa."
Ya. Aku faham dan berterima kasih dengan apa yang Wani cuba sampaikan cuma aku sedar tak semua orang serupa Wani. Kadang kala, berat untuk aku memeluk dan menerima pandangan sendiri dan menepis sebuah norma. Bukan kerana aku tak berani.
Aku cuma tak mahu sendiri.
YOU ARE READING
HIDUP
RandomDiari aku untuk pengajaran semua. Adaptasi dari ceriti hidup penulis sendiri. Well, mungkin diolah cantik sedikit dengan bunga bunga bahasa yang terlampau - lampai.