Kaku. Ruang putih yang selalunya aku muntahkan roman - roman membina sebuah cerita kini sedikit pun tidak berwarna atau beremosi. Meskipun mata terus bercelik, pandanganku jauh dan sudah tidak lagi berhubung dengan dunia.
Begitulah aku setiap harinya cuba mencari saki baki jiwa yang sudah hancur dan terjerlus jauh di dataran hitam. Aku terus bermenung hampir berjam - jam lama, sudah tidak lagi mampu menjadi Sang Penglipur Lara.
Kosong. Imaginasiku kelam sepertinya malam sudah tidak lagi punya cahaya bulan. Aku sudah tidak mahu bertelatah dengan jenaka - jenaka boneka hasilan imaginasiku.
Lili.
" Lili!"
Corong mata berlalak. Kelopak mata terkejip - kejip dipukul buasnya realiti.
" Aku— tak bersedia untuk mendirikan rumah tangga."
Akhirnya, kumuntahkan juga ayat keramat itu meskipun tinggal beberapa hari saja lagi aku bakal mendirikan rumah tangga. Kelopak mata aku jatuhkan pejam perlahan - lahan. Aku benar - benar terjerut dengan rasa serba salah.
Seharusnya, perkahwinan itu diisi dengan rantaian bait puitis - puitis, gebu - gebu manis di kalung hati dan mungkin semangat kecintaan yang meledak seperti meriam tertembak pada dinihari.
Aku mahukan percikan rasa sebegitu. Sayangnya, sudah berkelana jauh pun aku masih belum ketemukan perasaan sebegitu. Kalau pun ada, ianya seakan tidak bernama, tidak bertuan. Seakan, takhta kosong menunggu pertabalan seorang raja.
" Allahuakhbar...," Wani yang sudah menggundurkan kereta dari petak parkir, menuturkan kalimah.
" Aku dah tinggal seminggu lagi nak kahwin, Wani," lemah aku menutur sementara kepalaku melekat kemas pada tingkap kereta. Sebetulnya aku benar - benar sedang menghukum diriku sendiri.
" Hey, look! Aku tahu kau rasa overwhelmed. Marriage is a big life decision. Something besar dalam hidup. Kau literally—," jeda itu diikuti Wani yang menjulurkan tangan membayar petak parkir.
Dia mengeluh bersama sebuah senyuman lega sementelah berjaya mengetuk papan elektronik. Mungkin nampak kecil tapi aku tahu, kejayaan sekecil itu sudah cukup membuatkan anginnya senang.
Dan aku pula, masih tercari - cari akan perkara sekecil itu untuk membuatkan aku merasa bahagia, " betul. Keputusan terbesar dalam kehidupan selepas SPM. Kau rasa keputusan aku berkahwin muda - muda ni tepat ke? Aku rasa tak pasti dengan apa yang aku rasa sekarang, Wani. Hati aku berat."
Wani tertawa kecil, " setiap manusia itu ada jalan kehidupa masing - masing, Lili. Turned out jalan kehidupan kau adalah berkahwin di usia muda. Mungkin apa yang kau rasa tu asbab kau nak menempuh kehidupan yang baru? Perasaan takut tu sangatlah normal ya especially when you are making such a big transition in life. Hello, Lili! Kau sedar tak kau nak kahwin ni?"
Kata - kata Wani tidak membuatkan apa yang aku rasa adalah satu perkara yang normal memandangkan aku terasa kosong amat. Bukan kerana takutkan masa depan perkahwinan. Bukan takutkan perkara baru yang aku bakal hadapi selepas berkahwin. Bukan!
" Kau tahu, kan ini keputusan Fikri? He doesn't want to drag this tie another year. At 26, he must get married ,he said."
Aku tidak semena berpeluk tubuh, seakan marah pada keputusan murni tunangku untuk menamatkan zaman bujang kami berdua. Sudah setahun aku dan dia diikat dengan tanda janji 'perkahwinan' namun, aku... Ah!
Akalku jadi tergeleng sendiri. Entah mana satu pilihan yang tepat. Kahwin atau tidak?
" Habis macam mana ni? Kau nak batalkan perkahwinan?"
YOU ARE READING
HIDUP
RandomDiari aku untuk pengajaran semua. Adaptasi dari ceriti hidup penulis sendiri. Well, mungkin diolah cantik sedikit dengan bunga bunga bahasa yang terlampau - lampai.