"SELAMAT pagi Mawarku sayang." kata Ryana dengan wajah gembira. Pagi-pagi lagi dia dah tunggu Mawar datang.
"Selamat pagi juga Ryana." balas Mawar sambil tersenyum menampakkan lesung pipit yang terletak cantik di pipinya.
"Jomlah masuk. Nanti karang Kak Aisyah marah pulak." kata Mawar lalu masuk ke dalam cafe tempat kerjanya.
Kak Aisyah atau dikenali Boss Singa.
Sekali Kak Aisyah marah, mahu terketar-ketar lutut mak oii!!
Mawar boleh sahaja bekerja di KL HOLDING iaitu bagunan gah milik Tengku Ikwan. Tetapi dia lebih prefer untuk bekerja di cafe berbanding kerja di office. Baginya kerja di office amat meletihkan dari kerja di cafe.
Tengahari berlangsung, Mawar bercadang untuk ke speedmart berdekatan dengan cafe nya.
"Kau nak beli apa apa tak? Aku belikan, but using your money." tawar Mawar sambil tersengih. Jangan harap nak guna duit aku. Kalau duit kau berkepuk-kepuk.
Mawar ni kedekut sikit dengan Ryana.
Maklumlah dah rehat. Dia pun nak keluar pergi speedmart. Alang-alang tu tanyalah juga Ryana. Nanti karang dah sampai cafe nya dia akan kata 'kau tak belikan aku sekali. Sampai hati kau'.
Sudahlah Ryana banyak drama murahan. Tak termasuk sekali drama lakonan dan drama air mata.
"Ya lah Mawar. Aku guna duit aku. Kau cuma belikan aku maggi tomyam dengan air green tea botol." Ryana menghulurkan not wang RM20 ringgit kepada Mawar.
"Baiklah. Patik menurut perintah." Mawar keluar dari cafe nya untuk menuju ke speedmart yand dia katakan tadi.
Bukan taknak makan dekat cafe, tapi sudah selalu makan dekat cafe nya. Naik muak pula makan makanan yang sama. Sekali-sekala kita makanlah makanan selain daripada cafe nya.
"Nah ni kau punya." Mawar menghulurkan seplastik bungkusan makanan.
"Thank you Mawar. Kau memang sahabat baik aku." kata Ryana sambil memeluk Mawar serta mengucup kedua belah pipi Mawar.
Bonus!
Mawar sekadar menunjukkan riak geli.
Aku straight eh!
"Asal kau lambat? 20 minit aku tunggu tau. Kena lah aku puasa 20 minit semata mata tunggu maggi tomyam tu. Dahlah aku craving sekarang ni. Sudahlah speedmart kita ni dekat je. Kalau speedmart kita kat Sabah tu memang alamatnya aku takkan tunggu kau lah." bebel Ryana sambil menyuap maggi tomyam kedalam mulutnya.
Bebel-bebel pun still makan. Apa apa pun food is number one.
Mawar tergelak kecil."Hisy, kau ni bebel bebel pun still makan. Okay lah tu lambat 20 minit. Bukan setengah jam pun. Chill lah, nanti time dajjal datang lagi lama kau puasa. Ha kau apa tahu." kata Mawar sekadar peringatan. Kiamat nak dekat dah dikk!!
Zapp!!
Ryana tersentap."Iyalah Ustazah Mawar Qistina." pasrah Ryana ketika diceramahkan oleh ustazah Mawar Qistina.
YOU ARE READING
𝗗𝗜𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 | EDITING
RomanceBOOK 1 [ TUNKU SERIES ] Tunku Aric Zayyan & Mawar Qistina Mawar tidak pernah menyangka perjalanannya ke pasaraya akan mengubah hidupnya. Di tengah-tengah deretan rak barangan, dia berlaga bahu dengan Zayyan bekas kekasihnya yang pernah membuatkan ha...