BAB 4

749 39 0
                                    

"MANA si Mawar ni? Takkan belum bangun lagi?" keluh Tengku Ikwan sambil merenung jam dinding. Tengku Ikwan memandang Mak Yah yang sibuk menghidangkan sarapan di meja makan.

"Entahlah, Tengku. Selalunya dia bangun awal." balas  Mak Yah pula dan bersedia untuk bangun menuju bilik Mawar, tetapi Tengku Ikwan mengangkat tangannya, menghalang.

"Biar saya yang tengok, Kak Yah. Dah lama tak kejut dia pagi-pagi ni." Tengku Ikwan tersenyum kecil zambil berjalan ke bilik Mawar.

Tok
Tok
Tok

Pintu diketuk. "Adik, bangun... Dah pukul 7 ni." suara Tengku Ikwan sedikit kuat, tetapi masih lembut.

Tiada jawapan.

Tengku Ikwan menghela nafas dan terus membuka pintu bilik dan mendekati katil. Tengku Ikwan dapat melihat Mawar masih berselimut rapat dan wajahnya hilang di bawah gebar.

"Adik, bangun. Jangan buat Abi geletek adik." ugut Tengku Ikwan sambil membuka luas selimut yang membaluti tubuh Mawar.

"Abi, peninglah. Rasa nak demam." suara Mawar kedengaran lemah sambil menarik kembali selimut lebih rapat ke wajahnya.

"Demam? Serius?" Tengku Ikwan meletakkan tangan di dahi Mawar. Hangat sedikit, tapi tidak terlalu panas.

"Hmm, betul ke ni? Jangan main-main, adik." penuh waspada Tengku Ikwan.

"Serius, Abi! Adik tak tipu. Tak baik menipu tau!"  Mawar tersenyum kecil di sebalik selimut. Terkenangkan biskut kegemaran Abi yang dikebasnya malam tadi.

Tengku Ikwan senyum tipis. "Kalau betul demam, kenapa semalam boleh lari laju sangat masa curi biskut Abi, ha?"

Soalan maut.

Haha!

Mawar tersengih. "Ala Abi, tak ada hal pun yang tu." Mawar mencebik.

"Bangun cepat. Anak dara bangun lambat tak elok." tegas Tengku Ikwan sambil menarik sedikit selimut Mawar.

"Okay, okay. Bagi lima minit lagi, Abi." Mawar merayu sambil merapatkan diri ke dalam bantalnya.

Kan dah kata. Si Mawar ni '5 minit lagi'. Lepastu bila dah lambat, marah orang pula.

"Kalau lima minit lagi tak bangun, Abi geletek sampai adik menjerit satu rumah." ugut Tengku Ikwan dengan senyum penuh usikan.

Mawar ketawa kecil. "Iya lah, Abi. Asalkan Abi happy."

Dengan senyuman, Tengku Ikwan keluar dari bilik dan terus menuju pejabat.

Mawar akhirnya bangun selepas beberapa minit. Mawar menjeling jam loceng.

"Ya Allah! Sudah 6:55 pagi! Subuh belum solat lagi!" Dengan kalut, Mawar bangkit dari katil dan terus menuju ke bilik air. Dalam keadaan tergesa-gesa, sempat pula Mawar tersadung dari katil.

Itulah, cakap 5 minit, tahu-tahu dah 10 minit.

Kifarah for Mawar.

Selepas solat dan mandi, Mawar turun ke bawah. Nasib baik hari ini dia ada mood untuk makan. Kalau tak, tengah hari nanti perut mesti buat konsert!

"Selamat pagi, Mak Yah!" Mawar menyapa dengan ceria sambil melabuhkan diri di kerusi meja makan.

"Pagi, Mawar. Mari makan. Mak Yah masak mee goreng hari ni." jawab Mak Yah dengan senyuman.

"Eh, ingatkan beli kat luar." usik Mawar  sambil mencium bau harum mee goreng itu.

"Tak lah, malas nak keluar awal-awal. Ada bahan kat dapur, Mak Yah masak je." jawab Mak Yah.

Mawar tersenyum sambil menikmati suapan mee goreng. "Nanti Mawar pergi beli barang dapur."

"Eh, tak payah lah. Nanti Tengku bagi duit, Mak Yah beli sendiri." halang Mak Yah laju.

"Takkan lah nak harapkan duit Abi je. Sekali-sekala biar Mawar belanja pula." jawab Mawar sambil mengangkat kening.

Mawar bukan nak menolak cadangan Mak Yah, tapi biar lah ketika ini, dia pula yang keluar duit.

"Yalah, kalau Mawar nak sangat, ikutlah." akhirnya Mak Yah mengalah. Sudah terbiasa dengan perangai degil Mawar.

Selesai makan, Mawar angkat pinggan kotor bersama pinggan lain. "Eh, biar je kat singki, nanti Mak Yah basuh." suara Mak Yah kedengaran dari dapur.

"Tak apa, biar Mawar basuh. Tengah rajin ni." balas Mawar dengan nada ceria dan terus berjalan ke arah singki.

Mak Yah hanya menggeleng.

"Degil betul budak ni."

Selepas selesai mencuci pinggan, Mawar terus duduk di ruang tamu bersama Mak Yah yang sedang menonton TV.

Mawar mengambil tempat di sebelah wanita tua itu dan matanya terpaku pada skrin.

"Mak Yah tengok apa?" tanya Mawar sambil memerhati wajah Mak Yah yang khusyuk.

"Tanyalah Ustaz." jawab Mak Yah ringkas.

Mawar merenung. "Tanyalah Ustaz? Buat apa nak tanya ustaz, Mawar kan ada kat sini." usik Mawar sambil mencuit dagu Mak Yah.

Mak Yah menepuk dahinya. "Ya Allah, Mawar. Mak Yah tengah tengok rancangan Tanyalah Ustaz. Bukannya suruh Mawar tanya ustaz." Mak Yah menggeleng perlahan.

Mawar tersengih malu. "Ohh. Ingatkan suruh tanya ustaz betul-betul tadi."

Mak Yah menggeleng dengan senyum.

"Ada-ada je kamu ni."

TBC

Vote, Follow and Comment 🤍

𝗗𝗜𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 | EDITING Where stories live. Discover now