"ABI, kenapa tak kejut adik tadi? Dahlah adik nak cepat. Abi tak kejut pula. Semalam kan adik dah suruh tolong kejutkan kalau adik tak bangun. Hisy!" bebel Mawar panjang sambil memuncungkan bibir. Muncungnya masih panjang sehingga langkahnya terarah ke meja makan.
Tengku Ikwan yang sedang duduk bersandar di kerusi hanya mengangkat kening dan tersenyum nakal sebelum membalas,
"Muncung-muncung ni nak kena cubit ke? Adik tu yang tak bangun. Abi dah kejut banyak kali, tapi alasan ‘5 minit lagi’. Itu je yang adik ulang dari tadi. Lepas bangun, membebel pula dekat abi pula." balas Tengku Ikwan seperti makcik bawang lalu menggelengkan kepala sambil ketawa kecil.
Mawar mengekek ketawa. Terhibur dengan gaya bapanya.
"Ala, abi ni. Tak payahlah bebel macam tu dekat adik." Mawar merangkul lengan Tengku Ikwan. Lalu beralih pula ke periuk nasi untuk mencedok nasi lemak ke dalam pinggannya. Suara manjanya jelas untuk cuba memujuk bapanya yang masih tersenyum kecil.
Tengku Ikwan hanya menggeleng kepala lagi. Anak siapa lah ni?
Eh! Anak sendiri.
Mawar makan dengan lahap, tetapi sesuatu terlintas dalam fikirannya. Suasana di ruang makan sunyi seketika sebelum dia membuka mulut, "Herm, abi... boleh adik tanya?"
"Hm tanyalah." jawab Tengku Ikwan, kali ini nadanya lebih tenang. Matanya melirik sekilas untuk memandang terus ke arah anak gadisnya.
Mawar ragu-ragu sejenak sebelum bersuara, "Herm, abang mana eh? Abi kata dia kerja. Sampai sekarang tak balik-balik. Sudah beberapa tahun dah ni. Ada ke kerja sampai beberapa tahun?" Mawar menyoal sambil menyisip milo panas.
Sambil-sambil itu, dia memandang bapanya dengan pandangan penuh tanda tanya.
Pertanyaan itu membuatkan Tengku Ikwan terdiam. Seakan ada rahsia besar yang enggan dibongkar.
"Sudah. Makan cepat. Nanti boleh pergi kerja awal sikit. Pak Ali pun dah tunggu kita tu." kata Tengku Ikwan untuk mengelak daripada menjawab soalan itu.
Tengku Ikwan segera bangun menuju ke sinki.
Pak Ali, pemandu setia keluarganya sudah bersedia menunggu di luar.
Mawar hanya mampu mengeluh berat.
‘Kenapa abi selalu mengelak bila aku tanya pasal abang?’ gumam Mawar dalam hati, sebelum mengangkat pinggan dan turut ke sinki.
Setelah selesai, Mawar berdiri di hadapan bapanya. Dia menghulurkan tangan. "Abi, adik pergi dulu tau and adik naik kereta sendiri. Take care. Assalamualaikum." pamit Mawar.
"Waalaikumussalam. Adik pun jaga diri juga. Apa-apa masalah, telefon abi ya." pesan Tengku Ikwan, suaranya lembut tidak seperti tadi dengan penuh kasih sayang seorang bapa.
"Mawar!" jerit suara langau dari telefon itu, membuatkan Mawar hampir tersentak.
Itu tak lain tak bukan, Ryana Azira iaitu sahabat baiknya yang terkenal dengan gaya memekakkan telinga orang.
"Haih, lama-lama pekak juga telinga aku ni. Kau ni jerit-jerit macam aku jauh sangat dengan kau. Padahal dekat je." balas Mawar sambil memutarkan bola mata.
Ryana cuba menahan ketawa.
Mereka berbual melalui telefon, bukannya jarak bermil-mil.
"Eh, bosan lah. Jom keluar!" ajak Ryana dan suaranya kedengaran teruja seperti selalu.
Mawar menarik nafas panjang. "Herm... aku bukan taknak pergi, tapi aku teman abi aku keluar," bohong Mawar tanpa berfikir panjang.
Kalau malas, cakap je lah malas, Mawar!
Alhamdulillah, nasib cafe tutup harini. Baru dia nak start enjin tadi, ada satu mesej yang menyatakan hari ini cafe tidak buka.
"Ohh, keluar pergi mana?" soal Ryana, seperti selalu, busybody.
"Ada lah. Kau ni sibuk je nak tahu." Mawar menjawab sambil tersenyum sinis. Mawar tahu Ryana tidak akan berhenti bertanya.
"Huh! Tanya je pun. Kedekut!" Ryana berdengus tidak puas hati sambil menjuihkan bibir.
Mawar tertawa kecil. "Ala kau ni, bukan pergi mana pun. Teman abi aku main golf." bohong Mawar sekali lagi. Tengku Ikwan sebenarnya sedang bekerja di pejabat dan Mawar hanya malas keluar. Mawar tinggal di rumah dengan Mak Yah, pembantu rumah mereka.
"Ala, pujuklah abi kau, Mawar. Kita keluar sama-sama." rayu Ryana seperti anak kecil yang tidak dapat gula-gula.
Mawar mengerutkan dahinya.
'Aduh, macam mana ni?' bisik hatinya buntu.
"Sorry lagi, Ryana. Abi aku panggil lah. Esok kita jumpa ya. Bye, Assalamualaikum!" Mawar mengakhiri perbualan dengan salam sambil mematikan panggilan.
Dia segera menyimpan telefon dalam kocek seluarnya dan bergegas ke dapur.
Masih ada rasa lapar yang belum hilang.
'Maafkan aku, Ryana,' bisiknya dalam hati sambil tersenyum kecil.
TBC
TBC
Story first saya, harap-harap anda semua boleh beri kerjasama. Don't worry, konflik ringan je.
Tunku Aric Zayyan
_________________________________
Mawar Qistina
Mawar Qistina. Seorang gadis yang ceria, namun pada satu harinya dia menolak orang yang pernah menyayanginya 7 tahun dahulu.
Tunku Aric Zayyan. Seorang lelaki yang dingin diluar tetapi didalam tersangatlah baik. Dialah yang pernah mencintai tulus kepada seorang gadis 7 tahun dahulu.
Setelah sekian lama Zayyan mencari Mawar, mereka terserempak di salah satu Pasaraya. Gembira tak terkata Zayyan kerana melihat sang hatinya itu.
Setelah sekian lama, Mawar mula menaruh hati terhadap Zayyan. Zayyan apa lagi, gembira sampai ajak kahwin.
Tetapi bahagia mereka tidak lama kerana ex-crush Zayyan mula menaruh hati kembali kepada Zayyan.
Saksikanlah kisah mereka di dalam DIA YANG TERAKHIR
Vote , Follow and Comment 🤍
YOU ARE READING
𝗗𝗜𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 | EDITING
عاطفيةBOOK 1 [ TUNKU SERIES ] Tunku Aric Zayyan & Mawar Qistina Mawar tidak pernah menyangka perjalanannya ke pasaraya akan mengubah hidupnya. Di tengah-tengah deretan rak barangan, dia berlaga bahu dengan Zayyan bekas kekasihnya yang pernah membuatkan ha...