BAB 3

791 42 0
                                    

"RYANA, kalau kau nak balik dulu, baliklah. Biar aku yang tutup kafe hari ni." jerit Mawar dari kaunter. Memang kena jerit sebab kalau cakap perlahan, si Ryana tu memang takkan dengar.

"Hah? Betul ni? Okay! Kalau macam tu, aku kemas kejap." Ryana terus tersenyum lebar.

Siapa yang tak suka balik awal, kan? Lagi-lagi tadi penuh sesak dengan pelanggan, sebab kafe mereka dekat dengan pejabat dan sekolah.

Ryana cepat-cepat menyusun pinggan yang dah dibasuh ke dalam rak, sambil menyambar beg tangan.

"Okay, bye Mawar. Jumpa esok!" ujar Ryana sebelum melangkah keluar dengan riang.

Mawar tersenyum kecil. "Sikit je lagi nak settle. Tinggal satu customer je lagi, lepas tu boleh balik." gumam Mawar perlahan sambil memeriksa pesanan terakhir di laptop.

"Seriuslah? Yang last ni kat Putrajaya? Aduh, jauh betul!" Mawar terkedu tengok lokasi pesanan terakhir itu.

Confirm balik lambat ni.

Mawar mengeluh perlahan. "Kalau aku tahu tadi, baik aku suruh Ryana je hantar. Tapi dah kerja, redha jelah." pasrah Mawar lalu bersiap mengemas meja dan barang-barang untuk hantar pesanan.

Buat kerja ni kena ikhlas ಥ⁠‿⁠ಥ

Selesai mengunci pintu kafe, Mawar berjalan ke arah Myvi kesayangannya.

Walaupun Mawar anak orang kaya, Mawar lebih selesa dengan kereta yang biasa-biasa. Kereta mewah memang ada di rumah, tapi itu semua milik Tengku Ikwan.












Setibanya di Putrajaya, Mawar berhenti di hadapan sebuah banglo dua tingkat yang tersergam indah.

"Ini ke rumahnya,?" bisik Mawar sambil melihat sekeliling. Mawar menekan loceng di pagar, dan tidak lama kemudian seorang lelaki keluar dari rumah.

"Assalamualaikum. Makanan ni atas nama Shafiq Qashaf. Awak ke?" Mawar bertanya dan kedengaran sedikit gugup.

Lelaki itu menatap Mawar sebentar, kemudian memandang bekas makanan di tangan Mawar.

"Waalaikumussalam. Ya, saya Shafiq. Oden, kan?" soal Shafiq.

Mawar mengangguk laju.

"Ya, betul. Ini makanan awak. Terima kasih sebab beli dengan kami. Ada masa nanti belanja lah lagi di kafe kami." balas Mawar sambil menghulurkan bungkusan makanan. Sempat Mawar senyum nipis dan menundukkan kepala sedikit.

"You're welcome. Saya dah bayar online kan?" tanya Shafiq meminta kepastian.

"Betul, semuanya dah settle." Mawar cuba tersenyum mesra, namun matanya mencuri pandang jam.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya gerak dulu ya. Nak dekat Maghrib dah." tambah Mawar sebelum melangkah ke kereta Myvi King nya.

Baru sahaja Mawar pegang pintu kereta, suara Shafiq tiba-tiba menahan. "Eh, boleh tahu nama awak?"

Mawar berhenti, pelik dengan soalan tiba-tiba tu. "Kenapa nak tahu?" tanya Mawar hati-hati dan sedikit datar.

Shafiq tersenyum kecil dan cuba menahan malu.

"Jangan salah faham. Saya cuma tanya sebab muka awak sebijik macam adik saya. Itu je." balas Shafiq jujur.

Sama ada Shafiq jujur atau tidak, itu urusannya dengan Allah.

Haha!

"Oh. Nama saya Mawar. Mawar Qistina." Mawar senyum nipis.

"Sedap nama tu." puji Shafiq lalu tersenyum tipis.

"Terima kasih." Mawar senyum sambil rasa kembang dalam hati. Siapa je tak suka bila dipuji kan?

"Kalau macam tu, saya balik dulu. Assalamualaikum." ucap Mawar dan bersedia untuk masuk ke dalam kereta.

Shafiq hanya mengangguk, tetapi matanya tidak lepas dari memerhati Mawar sampai Mawar hilang dari pandangannya. Perlahan-lahan senyuman di bibirnya pudar, diganti dengan air mata yang tidak tertahan.

"I found you, little girl." bisik Shafiq perlahan sambil menyeka air mata.

Nak macho, tapi gagal pula.












Sampai sahaja di rumah, Mawar terus meluru naik ke bilik.

Penat gila hari ni!

Mawar capai tuala dan terus menapak masuk ke bilik air untuk mandi.

Selepas membersihkan diri, Mawar bentangkan sejadah dan menunaikan solat Isya'.

Dia sudah dahulukan solat Maghrib di masjid berdekatan dahulu. Mawar tahu jikalau dia menunaikan solat di rumah, ia tidak akan sempat.

Usai solat, dia duduk sejenak di atas katil dan termenung memikirkan pertemuan anehnya dengan pelanggan bernama Shafiq sebentar tadi.

"Aneh betul lelaki tu." gumam Mawar sebelum baring untuk cuba melelapkan mata.

TBC

Vote, Follow, and Comment 🤍

𝗗𝗜𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 | EDITING Where stories live. Discover now