BAB 6

571 32 0
                                    

MAWAR segera bangkit dari tidurnya. Jam sudah menunjukkan pukul 6:35 pagi.

Dia bergegas ke bilik mandi dan sempat mengambil tuala yang tergantung di belakang pintu.

Selepas selesai mandi, Mawar menghamparkan sejadah untuk menunaikan solat Subuh.

Baju kerjanya ditepuk-tepuk bagi menghilangkan sedikit debu yang mengotorkan bajunya.

"Okay, last touch up." Mawar tersengih kecil melihat cermin sambil menyapu sedikit gincu di bibirnya.

Selesai berdandan, Mawar terus ke ruang makan di tingkat bawah.
Perutnya mula berkeroncong dan perutnya menuntut perhatian sebelum timbul perang.

"Assalamualaikum, abi," sapa Mawar secara mengejut sambil duduk di meja makan.

"Ya Allah, Mawar! Suka terkejutkan abi. Kalau pinggan ni melayang ke muka kamu, tak ke rugi makanan?" usik Tengku Ikwan yang memang handal dalam bab-bab menyindir. Dalam masa sama, dia beristighfar seketika.

Puk kang...

"Abi tak jawab pun salam Mawar. Berdosa tau!" Mawar berlagak serius sambil memuncungkan bibir.

"Sudah. Abi jawab dalam hati." balas Tengku Ikwan tenang sambil menyuap laksa goreng ke dalam mulut.

Mawar memasamkan muka. Hambar betul jenaka abi pagi ni.

Selepas itu, suasana kembali tenang dan masing-masing menikmati hidangan tanpa kata-kata.

Selesai makan, Mawar menyalam tangan Tengku Ikwan sebelum berangkat ke tempat kerja. Sempat juga dia mendengar laungan Tengku Ikwan,

"Take care!"
















"Weyh Mawar. Tahu tak tadi ada mamat handsome breakfast dekat kafe kita!" jerit Ryana teruja dan memenuhi suasana pagi dengan kebingitan.

"Jadi?"

"Ala, kau ni! Tak syoklah nak cerita." rungut Ryana.

"Haa, cerita cepatlah. Aku dengar." pasrah Mawar sambil mengemas dapur. Tidak semena-mena, Ryana datang mengganggu ketenteramannya.

Datang Kak Aisyah kejap lagi, habislah si Ryana ni.

"Tu lah mamat yang aku minat." Ryana tersipu-sipu malu sambil menunjukkan di skrin telefon.

"Habistu? Apa kaitan dengan aku?"

"Aku ajak dia datang time lunch. Kau jangan tak ada pulak."

" Eh, by the way. Berani pulak kau?"

"Of course lah! Ini Ryana lah!" sempat Ryana mendabik dada. Mawar hanya menjuihkan bibir.

Riak!

"Tapi, maaflah. Aku tak lunch dekat kafe."

"Alaa, temanlah aku. Kau kan sahabat aku yang paling cantik dan comel." pujuk Ryana sambil mengedipkan mata.

"Ikhlas ke puji ni?" Mawar angkat kening.

"Ikhlaslah!" jawab Ryana sambil tersengih.

"Hisy, iyalah. Kau ni suka buat aku tak tenang, kan?" Mawar akhirnya setuju.

"Yeay! Sayang kau." Ryana memeluk Mawar erat.

Mawar tersengih geli. Nasib baik tak ada orang. Kalau tak, mesti mereka sudah dikategorikan lain.

"Ha, kenapa berpeluk-peluk macam ni? Lesbian ke?" sindir Kak Aisyah tiba-tiba.

"Eh, mana ada, Kak! Berdosa fitnah orang tau!" jawab Ryana, cuba menutup malu.

"Dah, makin lama korang berbual, makin lama kerja tak siap. Pergi buat kerja sekarang!" tegas Kak Aisyah mengarah.

Ryana segera lari menyambung tugasnya dan Mawar mengekek ketawa sambil mengemop lantai dapur.

















"Itulah mamat yang aku cakap tadi. Handsome kan?" bisik Ryana teruja.

"Mana?"

"Tengok kat meja hujung tu." Ryana menunjuk.

"Tak nampak muka. Tapi siapa perempuan tu?" Mawar pura-pura berminat.

"Eh ada perempuan? Tadi tak ada! Hancur harapan aku." kata Ryana dengan nada kecewa sambil mengelap air mata palsunya.

"Banyak drama pula kau ni. Kau tak bagitahu pun kau minat mamat tu?"

"Eh, aku cuma suka penampilan dia je. Dah lah kaya, tinggi, hensem. Takda makna nak suka bagai."

"Eii, syok sendiri kau ni. Amier tu kau nak letak mana?" soal Mawar.

"Amier tetap di hati. Kau tak faham sebab kau single." ejek Ryana.

"Eleh, dulu aku bercinta, kau yang sad sebab single." ejek Mawar sambil ketawa terbahak-bahak.

"Hisy, tu cerita lama. Janganlah ungkit lagi." Ryana cemberut.

"Korang ni tak reti buat kerja ke? Pelanggan dah lama tunggu tu. Mawar, pergi ambil pesanan dekat meja hujung tu." arah Kak Aisyah apabila melihat mereka tidak mengambil pesanan tersebut.

"Apa? Kenapa tak aku?" Ryana menghentak kaki tanda tidak puas hati.

"Bye." Mawar pamit sambil tersenyum mengejek dan menahan ketawa melihat wajah kecewa Ryana.

Sampai di hadapan meja tersebut, Mawar terus meletakkan menu di atas meja.

"Order?" tanya Mawar kepada dua pelanggan di hadapannya.

Lelaki dan perempuan itu menoleh. Mawar terkejut melihat gerangan lelaki tersebut.

'Aduh, apa lelaki ni buat kat sini?' bisik Mawar dalam hati.

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Akak kerja sini ke?" tanya Aina Nadira, sepupu lelaki tersebut.

"Ya, akak kerja sini." Mawar tersenyum manis dan melihatkan lesung pipitnya.

"Eii, comelnya lesung pipit akak. Rasa nak cubit!" kata Aina teruja.

Zayyan terpaku mendengar tawa Mawar. 'Hati, janganlah berdebar.'

"Bagi Aina Chicken Chop dengan green tea. Abang Yan nak apa?" tanya Aina.

"Spaghetti bolognese dan ice lemon tea." jawab Zayyan tanpa melihat menu.

Mawar mencatat pesanan mereka.

"Okay, tunggu sebentar ye." selepas itu, Mawar meminta izin untuk pamit.

Aina mengangguk. "Abang Yan, Kak Mawar makin cantik kan?"

"So? Not my problem." Zayyan berdalih.

"Eleh!"

Setelah menunggu seketika, makanan mereka tiba, dan mereka menikmati hidangan masing-masing.

TBC

Vote, Follow, and Comment 🤍

𝗗𝗜𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 | EDITING Where stories live. Discover now