Dalili merebahkan tubuh pada sofa berangkai dua di ruang tamu rumah parent nya itu. Penat seharian duduk di kedai.
Hari ini dia balik ke rumah kedua ibu-bapanya setelah hari-hari mamanya call tanya bila nak balik.
Baru dua minggu dia tak jejak kaki ke rumah ini mama dah buat drama swasta tak berbayarnya.
Buat apa bagi dia duduk luar kalau hari-hari kalau boleh nak dia balik rumah ni?
Sebenarnya mamanya itu memang tak suka dia duduk sendiri. Semasa dia ambil keputusan nak tinggal di apartment yang dihadiahkan oleh papanya itu lagi mama memang dah start buat drama dia dah. Dengan papa sekali kena marah dengan mama sebab hadiahkan dia rumah. Kata mama banyak lagi hadiah lain boleh bagi. Kenapa rumah? Saja nak bagi anak duduk jauh ke apa kata mama.
Papa hanya menggeleng kepala dengan drama mama. Papa pun malas layan mama. Ahakkks!
"Hah! Baru nampak muka anak bertuah ni. Kalau tak mama ni sakit agaknya tak jejak kaki kamu rumah ni ya."
Dalili mengeluh perlahan. Hmmm! Mula dah.
"Elok je Lily tengok mama. Mana sakitnya?" Tangan mamanya disalam lembut.
"Sakit tu semalam. Hari ni dah elok la sikit." Balas Datin Inayah bersahaja.
Dalili jatuhkan bahunya. Dah boleh agak tapi tetap juga dia terpedaya.
"Jom kita dapur. Mama ada buat cucur udang tadi. Sambil-sambil makan mama ada sesuatu nak tunjuk dekat Lily." Ujar Datin Inayah.
Dalili memandang mamanya sesuatu. Dia tahu mesti ada sesuatu ni.
"Apa? Mama ada nampak baju cantik dekat tiktok semalam. Mama ingat nak beli. Itu yang nak tunjuk dekat Lily dulu." Ujar Datin Inayah membela diri.
Wow! Mama ada tiktok guys.
Datin Inayah menarik kerusi meja makan untuk Dalili sebelum dia melabuhkan duduk disebelah anaknya itu.
"Ni tengok ni. Cantik kan?" Tak menyempat Datin Inayah menyua telefonnya kepada Dalili untuk tengok.
"Mama nak pakai ke dress macam ni? Biar betul ma." Ujar Dalili terkejut. Mana taknya dress orang muda kut. Dress singkat paras betis, lengan kembang, terbelah depan. Pakai dengan pleated skirt cantik ni.
"Ishhh! Apa pulak untuk mama. Untuk kamu la."
"Maa... Lily dah banyak dah baju. Tak payah lah. Kalau Lily perlukan pun nanti Lily cari sendiri."
"Ermm.. ye lah. Ye lah. Pastu Lily tengok yang satu lagi ni. Okay tak?"
"Maaa... Kan dah cakap kalau Lily perlukan nanti baru Lily cari sendiri." Balas Dalili tanpa melihat skrin telefon yang disua mamanya. Tangannya sibuk mencicah cucur udang. Sebijik cucur udang selamat masuk ke dalam perutnya. Sedapnya. Terpejam-pejam matanya menikmati cucur udang mama. Nikmat mana lagi yang engkau hendak dustakan?
"Ihhh! Tengok lah dulu." Datin Inayah menyiku lengan Dalili. Tengoknya tidak, sibuk nak makan.
Aduh! Mama ni spoil la orang nak menikmati makanan. Lambat-lambat Dalili mengambil semula telefon mamanya itu. "Hah! Ni baju untuk siapa pulak? Along?" Perli Dalili. Mana tidaknya sekarang ni terpampang gambar seorang jejaka melayu memakai kemeja berwarna biru yang dilipat sehingga siku.
"Eh! Tengok baju buat apa? Tengok la muka tu sekali. Ni anak kawan mama tau. Hensem kan. Mama berkenan la dengan dia. Hari tu dia datang ambil mama dia dekat perjumpaan kelab persatuan kami uihhh baik betul dia layan mama dia. Dengan mama pun lembut je, sopan je dia bercakap." Lobi Datin Inayah.
Hah! Tu dia. Dah habaq dah. Baju tu mukadimah je. Motif yang benar adalah yang ini ya tuan-tuan dan puan-puan. Orang kata ada udang disebalik tepung. Ini lah dia. Sesuai lah dengan menu minum petang hari ni. Pandai mama pilih menu. Memang dah rancang dari awal agaknya.
Dalili memang pandai menjahanamkan peribahasa ya tuan puan sekalian. Jangan diikut pengaruh Dalili.
"Sesuai lah dengan Lily. Lily kan suka yang putih-putih macam Korea gini." Sambung Datin Inayah lagi. Belum habis lagi melobi anak rakannya.
"Bila masa pula Lily suka yang putih-putih macam Korea?" Tanya Lily.
"Ouh! Tak eh?" Soal Datin Inayah polos. "Mama ingat kamu suka. Dah tiap malam duk mengadap cerita Korea. Alah tapi tak apa lah suka tak suka pun. Kenal-kenal je dulu."
"Mamaaaaaaaa..... Tolong lah. Lily taknak la macam ni." Lily tak suka orang nak kenen-kenenkan dia.
"Alah kenal je dulu."
"Mamaa... Kenal dulu ke apa ke Lily taknak. Kalau mama terus macam ni Lily balik sekarang jugak." Ugut Dalili.
"Ishh! Kamu ni sampai bila nak macam ni? Umur dah 26, sorang boyfriend pun tak pernah ada. Orang nak kenalkan taknak. Suruh cari sendiri sampai ke sudah nan hadoo." Bebel Datin Inayah.
Dalili memekakkan telinganya. Cucur udang lagi enak. Enak dimakan begitu saja.
"Kalau macam ni gaya tak ada menantu lelaki la mama. Kamu tak malu ke dengan adik? Adik umur 24 pun dah ada kekasih. Kamu? Mana? Tak ada." Provok Datin Inayah. Tak habis lagi topik kekasih Dalili tapi Dalili masih juga memekakkan telinganya. Dibiarkan mamanya bercakap sorang-sorang.
Datin Inayah yang geram terus menampar bahu Dalili.
"Aduh! Sakit la mama."
Datin Inayah menjeling Dalili geram.
Ish! Geram betul.
Orang bercakap dia buat 'derk' je.
Tak apa. Jangan ingat dia berputus asa ya. Nanti dia bermesyuarat strategi lain dengan geng bawang-bawangnya.
Huhh! Hari ni boleh lepas. Esok belum tentu.
_____
140423
YOU ARE READING
Bunga Emir
RomanceEmir Qaridz; Anak bongsu kepada Tan Sri Emran dan Puan Sri Qarina. Sikapnya yang nakal sering memberi sakit kepala kepada bondanya. Tipikal anak bongsu mungkin. Perempuan pula tak cukup satu. Pagi dengan orang lain, petang pula dengan orang. Sudah b...