_____
Lari
Baran dalam diri tak puas hati
Hilang apa yang ku selalu impi
Bukak mata still gelap belum pagi
Belum pagiMalam
Masih muda
Asal kau duduk macam tak buat apa
Bazir masa nak fikir tentang cinta
Yea aku sakit
Aku healing sampai pagi tak balikOh no
Tak boleh
Hati ku dah parah kau tak boleh nak tarik
Aku nak rasa
Vibe sampai gila
Ada malam ku sedih
Ada malam ku nari sampai okayKimi menggelengkan kepala melihat Emir yang sepenuh jiwa bernyanyi lagu sambil memetik gitar itu.
Parah ini parah!
Ingatkan bila dah jumpa bidadari dunia hilang gila tu rupanya tidak ya.
"Kau kenapa lagi ni? Bunga Lily kau masih ignore kau lagi ke?" Soal Kimi. Rasa macam hari tu dah okay dah. Sebab dah lama rasanya dia tak lepak sekali dengan Emir. Maklum lah member dah ada pendamping. Kalah dia yang dah kahwin ni. Asyik nak berkepit je.
Emir meletakkan gitar ke tepi apabila Kimi mengambil tempat di sebelahnya. "Coyyy! Mulut tu tak payah lah mintak sangat. Kitorang okay je." Marah Emir. Ingnore! Ignore jangan sebut nanti kena ignore betul kang baru tau.
"Dah tu apa mimpi datang rumah aku malam ni?" Orang tu bila dah ada bidadari ni member pun lupa. Ajak lepak mamak malam-malam penat katanya. Penat habis masa dengan bidadari siang hari. Hujung minggu pula orang tu asyik dating. Mana nak ada masa dah bila kita ajak lepak ni. Eh! Eh! Malam ni terjengul depan pintu rumah. Mahu tak naik hairan Kimi. Ingatkan gaduh.
"Dah orang tu tak boleh keluar aku lah yang datang." Bidas Emir. Eleh! Nak perli kita pula. Tadi dia ada ajak Kimi keluar mamak tapi ditolak. Anak tak sihat katanya so sebagai kawan yang baik lagi bertimbang rasa lima minit terus terpacak dia di sini.
Kimi mencebik. Iya lah tu. "Mana bunga Lily kau?" Soal Kimi lagi. Selagi tak dapat jawapan yang memuas hati selagi tu dia tanya.
"Lepak dengan member dia." Balas Emir.
Kimi angguk kepala. Patut pun! Kena tinggal rupanya. "Patut kau pun baru ingat member ni?" Perli Kimi.
Emir buat tak tahu dengan perlian Kimi. Baru berapa kali dia tak lepak sekali dengan member dia dah di cop lupa member. Hmmm!
"Kau serius ke dengan bunga Lily tu?" Soal Kimi ingin tahu. Cara layanan dan bersungguh-sungguh Emir kali ini tampak lain. Kimi nampak itu tapi saja tanya nak tahu dari mulut Emir sendiri.
"Kalau tak serius aku tak mula langkah pikat dia sungguh-sungguh. Kau pun kenal aku macam mana kan?" Kimi lah satu-satunya best friend dia yang kenal dia bagaimana. Memang sebelum ni dia ramai kawan perempuan tapi bagi dia hanya selayak kawan. Dilayan semua perempuan yang mendekatinya seadanya. Lemah lembut ketika melayan perempuan itu memang sifatnya. Dia tidak di ajar untuk berkasar dengan perempuan sebab itu semua perempuan-perempuan itu suka mendekatinya mungkin. Jika ada yang menaruh perasaan itu bukan salah Emir sebab dia sudah maklumkan awal-awal yang dia tak mahu terikat dengan siapa-siapa. Iya! Orang mungkin akan cakap salah dia sebab melayan. Okay! Dia akan akui itu tapi rileks la waktu itu darah muda hanya fikir untuk enjoy masa muda sahaja. Sekarang dia sudah tinggalkan semua itu. Masanya, perhatiannya dan dirinya hanya untuk yang satu itu.
YOU ARE READING
Bunga Emir
RomanceEmir Qaridz; Anak bongsu kepada Tan Sri Emran dan Puan Sri Qarina. Sikapnya yang nakal sering memberi sakit kepala kepada bondanya. Tipikal anak bongsu mungkin. Perempuan pula tak cukup satu. Pagi dengan orang lain, petang pula dengan orang. Sudah b...