RUANG tamu rumah sudah gelap ketika Emir melangkah masuk ke dalam rumah.
Baru pukul 10 dah gelap. Awal nau tidur.
Ehemmm!
Emir terkaku. Tak jadi nak naik ke biliknya.
Dengar macam deheman orang tapi dalam gelap-gelap ni ada orang ke?Matanya melilau kiri kanan tapi tubuhnya statik tak bergerak.
Hantu ke?
Siang tadi baru dia baca kisah mistik yang lalu di FYP tiktoknya. Cik ponti menumpang di sebelah. Tapi itu di highway. Sekarang ni dalam rumah. Takkan dalam rumahnya pun cik ponti nak tumpang jugak.
Naik meremang bulu romanya apabila dia rasa seperti diperhatikan.
Emir berkira-kira langkah yang perlu diambil untuk pecut kebiliknya.
Okay! Tarik nafas dalam-dalam. Dalam kiraan tiga.
Satu!
Dua!
"Kamu dah kenapa tegak kat situ?"
"Mak oh cik pontiiiiiiiiiiiiii." Jerit Emir apabila tak sampai kiraan tiga ada yang menegur.
"Amboi... Cik ponti mana pulak kamu ni?"
"Bonda ni buat apa dalam gelap. Terkejut angah tau." Emir menarik nafas lega apabila menyedari itu bondanya. Dia yang masih lagi terkejut mengurut dadanya beberapa kali. Bonda ni buat dia terkejut je lah.
"Itu lah masuk rumah bukan nak bagi salam. Terhendap-hendap macam pencuri." Bebel Puan Sri Qarina bonda kepada Emir.
"Dah gelap je ingatkan takde orang. Angah masuk je lah." Balas Emir membela diri.
"Dari mana ni?" Soal Puan Sri Qarina pula.
Lampu tengah pada bahagian ruang tamu itu Emir pasang. Apa pasal nak sembang dalam gelap.
"Dariiiii... ermmm... dari mamak."
Puan Sri Qarina pincing mata memandang Emir. "Bukan dari club?"
"Allah! Tak baik bonda nak menuduh angah. Seumur hidup tak pernah angah jejak kelab malam tu bonda. Lagipun kalau pergi kelab apa barang pukul 10 dah balik bonda. Paling-paling pun pukul dua tiga pagi baru balik bonda."
"Tak payah nak melencong panjang-panjang. Bonda tanya bukan menuduh." Dia percaya anaknya itu. Saja je nak menguji. Sudah penuh ilmu yang dia dan suami bekalkan untuk anak-anaknya. Kalau jalan terpesong juga yang dipilih memang dia pancung sorang-sorang tapi setakat ini semuanya Alhamdulillah pijak semut tak mati. Senakal-nakal si angah ni pun masih lagi menghormatinya cuma perangai je nauzubillah. Tak tahu lah salah bagi makan apa.
"Bonda buat apa tadi?" Soalan tadi Emir putarkan kembali. Hairan dia bonda buat apa bergelap tadi.
"Tunggu kamu la."
"Aikk! Buat apa tunggu angah?"
"Amboii.. tak boleh ke? Nak tengok muka kamu bukan main susah. Pagi-pagi dah keluar. Nak buat macam mana kita lah terpaling busy kan?" Bukan Puan Sri Qarina tak tahu yang Emir mengelak daripadanya.
Emir garu kepala. Aduh! Salah soalan.
"Mana ada bonda. Sejak dua menjak busy sikit. Tak sempat nak sarapan dengan bonda pagi-pagi."
"Iya?" Respon Puan Sri Qarina pantas. "Pastu tengah hari tadi kemana? Pukul 11 dah hilang dari ofis pukul tiga pun tak masuk lagi." Bidas Puan Sri Qarina. Tengah hari tadi dia ada singgah pejabat. Niat nak ajak suami dan anak-anaknya lunch sama tapi yang adanya yang sulung dengan bongsu saja. Yang tengahnya hilang. Kata pekerja disitu pukul 11 lagi Emir dah keluar.
YOU ARE READING
Bunga Emir
RomanceEmir Qaridz; Anak bongsu kepada Tan Sri Emran dan Puan Sri Qarina. Sikapnya yang nakal sering memberi sakit kepala kepada bondanya. Tipikal anak bongsu mungkin. Perempuan pula tak cukup satu. Pagi dengan orang lain, petang pula dengan orang. Sudah b...