8

428 23 0
                                    




_____








Aduh mamae
Ada cewek baju hitam
Membuat saya terpana
Karena senyumannya yang bikin tergoda

Mau tanya-tanya
Dia siapa punya

Siapa tau belum ada
Kita mau masuk tengah
Kita mau masuk tengah
Kita mau masuk tengah

Aduh mamae
Aduh mamae
Aduh mamae

Emir memandang Dalili sambil menyanyikan satu lagu yang diubah liriknya sesuai dengan keadaan sekarang.

Dalili senyum sekilas.

Aduh! Kenapa dia terperangkap dekat sini sekarang?

Dia tengah buat apa ni?

"Harap saya tak buat awak tak selesa sekarang ni." Ujar Emir setelah kembali ke meja makan dia dengan Dalili. Harap lagu yang dia tujukan tadi tak buat Dalili lagi jauh darinya sudah la.

"Nah tak de lah.. i'm okay." Tak tahu lah kenapa Dalili boleh bersetuju untuk keluar makan dengan Emir hari ini. Ini semua salah Yaya. Sepatutnya Yaya ikut sekali tadi tapi dan-dan pula minah tu sakit perut lah, nak cirit lah.

"So?"

"So what?" Soal Dalili kembali.

"Do you have someone special?" Soal Emir berterus terang. Ingat dia nyanyi lagu tu saja-saja ke? Setiap lagu tu punya maksud tersirat tau?

Bonus pula hari ni Dalili sudi keluar dengannya. Bukan kali pertama dia ajak Dalili keluar tapi baru hari ini Dalili setuju itu pun dengan bantuan Yaya. Thank you Yaya. You are the best! Nanti abang Emir belanja lockcing.

Dia bawa Dalili ke kafe Bungaira. Kafe teman baiknya selain Qimi. Kebetulan dalam kafe ni ada busking itu yang dia tiba-tiba dapat idea nak tuju satu lagu mewakili dirinya. Harap Dalili faham.

Dalili faham saja sebenarnya. Dia bukan bodoh tak faham maksud tersirat Emir tapi saja buat-buat bodoh.

"Hmmm.. " Dalili mengeluh. "I don't know what to say but kalau awak tanya saya ada someone special ke jawabnya no. Saya tak ada someone special." Dalili tahu kemana arah tujuan Emir lepas ni.

"Kalau macam tu tak salah kan kalau saya masuk line?" Soal Emir direct. Umur dia dah 30 puluh. Tak perlu nak berkias-kias lagi. Kalau hendak cakap hendak. Kalau suka bilang suka. Kalau rindu sampaikan rindu, kalau cinta luahkan cinta.

Dalili terkedu dengan soalan direct tanpa kias Emir walaupun tadi dia dah tahu hala tuju perbualan Emir tapi tak sangka sepantas ini Emir masuk. Nak jawab apa ni?

"Saya tak paksa Lily untuk suka saya balik. Saya cuma nak luahkan yang saya suka Lily. Sebab tu saya tanya Lily dah ada someone special ke? And your answer is no so tak salahkan kalau saya masuk line?" Ujar Emir sekali lagi setelah melihat Dalili seakan-akan terkedu.

"Yah... No... But.. " Dalili tergagap-gagap ingin memberi jawapan apa. Apa ni? I never experience this situation. Nak handle macam mana ni?

"Ermmm.. macam mana eh saya nak cakap? Yes i don't have someone special and awak nak masuk line? Hmmm... I'm not sure but saya takut saya mengecewakan awak. I'm not ready to have any relationship yet." Sambung Dalili setelah mengambil nafas yang dalam seketika.

Emir memandang Dalili. Kena reject secara terang-terang ke ni?

"It's okay if you are not ready. Saya bukan nak ajak awak terus couple or kahwin terus but saya nak kenal awak lebih lagi. More than friend. Can I?" Terang Emir. Walaupun umur dia dah 30 tahun tapi tak ada lah dia gelojoh sangat. Step by step orang cakap.

"Saya percaya dengan satu ayat ni. Dia pernah berkata yang 'cinta itu seperti hujan. Kamu bisa merasakannya tapi kamu tidak bisa menghentikannya maka saya yakin hujan itu turun bukan jatuh kerana yang jatuh itu aku. Jatuh hati sama kamu dan ingat rasa sayang yang mendalam bagaikan hujan yg turun dimalam hari Ia datang mesti tak menjanjikan pelangi'." Emir memetik satu kata-kata yang pernah dia dengari suatu ketika dan ketika ini dia bersetuju dengan kata-kata itu.

"Perasaan saya yang wujud ini saya tak dapat kawal sebab hati ini dah terlanjur menyukai awak. Jadi saya setuju sangat dengan ayat tadi yang mengatakan hujan turun tidak menjanjikan pelangi. Walaupun saya suka akan awak tapi saya menerima sekiranya suka saya tidak berbalas."

Dalili diam. Hatinya tersentuh. Tak sangka Emir sepuitis ini.

"Tapi janganlah tolak saya dulu sebelum beri saya peluang untuk kenal awak dengan lebih dalam lagi." Sambung Emir kemudiannya. Dia percaya dengan usaha. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan kan? Jadi janganlah sekat usaha dia.

"Ermm.. macam ni lah. Perasaan awak itu hak awak saya tak boleh nak paksa awak untuk berhenti suka saya tapi bagi perasaan saya jujur saya katakan tiada apa-apa rasa sebab saya anggap awak sama macam rakan-rakan saya yang lain." Macam mana nak terangkan dekat Emir yang dia memang tak pernah terpikir untuk kenal Emir dengan lebih jauh. Tipu lah kalau nak cakap yang dia tak pernah terdetik memuji Emir yang punya aura tersendiri itu tapi itu cuma setakat itu. Tak de pula rasa macam 'oh! Aku suka dia ni? Kena kenal lebih ni. Untung-untung jadi suami.' Never! Tak pernah. Lagi pun jahat tak kalau dia cakap yang selama ini dia pandang Emir sebagai customer dia sahaja? Memang Emir selalu bertapa di kedai dia dengan macam-macam ragam, kadang dengan pick up line jadi tak berapa jadinya itu tapi dia tak pernah simpan dalam hati. So macam mana ni?

"Iya saya faham. Saya faham apa yang Lily cuba sampaikan. Sebab tu saya mintak supaya Lily bagi saya peluang untuk mencuba. Mana tahu kan dengan usaha saya Lily terbuka hati untuk kenal saya lebih lagi." Jangan harap Emir nak berputus asa ya.

Lama Dalili diam sebelum akhirnya dia angguk memberi persetujuan. Kita tengok lah apa jadi lepas ni.















_____







010623

Bunga EmirWhere stories live. Discover now