_____
TEPAT jam sepuluh pagi Emir sudah terpacak di lobi apartment Dalili. Minggu ni mereka ada date. Yuhuuu!
Nak date kemana?
Tungguuu!
Hihi! Tak sabarnya.
Lima minit kemudian kelihatan Dalili berjalan mendekati Emir.
"Hai!" Dalili menghulurkan secawan coffee kepada Emir. Sempat dia tapau untuk Emir tadi. Alang-alang ada lebih baik dia tapau untuk Emir.
Wow! "Coffee?" Soal Emir. Dia menghirup aroma coffee yang masih lagi suam itu. Sedap!
"Yeah! Hope you like it."
"Everything from you i will like it." Ujar Emir.
Dalili simpan senyum. Apa-apa je lah. "So kita nak kemana?" Soal Dalili setelah kereta bergerak. Date hari ini Emir yang rancang segalanya. Dalili hanya follow sahaja. Apa yang Dalili boleh simpulkan setakat ini adalah Emir seorang planning man. Dalili suka sebab dia tak perlu serabut kepala fikir nak buat apa. Hehe!
"Nanti you tahu." Balas Emir tanpa memberitahu tempat yang akan dituju mereka. Masih ingin berahsia.
Tiga puluh minit perjalanan akhirnya mereka sampai. Dalili memerhati sekeliling dan pintu masuk yang tersergam tinggi itu.
Seriously?
Sini?
Terkebil-kebil Dalili. Dia masih lagi terpaku di tempat duduknya walaupun Emir sudah mematikan enjin kereta.
"Jom!" Ajak Emir lalu turun dari kereta.
Setelah membayar tiket dan memakai tag pelepasan untuk masuk di tangan mereka melangkah beriringin menuju ke dalam.
Kenapa ke sini?
Ramai juga orang hari ini. Hujung minggu mungkin. Rata-rata pengunjung datang bersama family. Masing-masing Dalili tengok bawa anak bersama. Mungkin dua tiga kerat je pasangan berdua macam dia dengan Emir.
Mereka melangkah menyelusuri tempat berjalan. Berjalan sambil berbual.
Emir memerhati wajah Dalili yang sekejap teruja sekejap tersenyum sekejap gelak itu. Seronok apabila Dalili suka tempat ini. "So how?" Soal Emir.
"Apa?" Soal Dalili kembali.
"Tempat ni."
Hehehe! Dalili gelak sebelum menjawab. "Tak sangka awak bawa saya ke sini." Komen Dalili.
Emir turut gelak. Puas tau dia fikir nak pergi mana dating hari ini. Tempat yang sesuai dengan taste Dalili. Akhirnya disini tempat yang dipilihnya. "Kenapa? Awak expect saya akan bawa awak kemana?"
Dalili angkat bahu. Entah! Mana eh? "Ermm.. maybe mall? Movie?" Biasakan kalau orang dating kan pergi sana. Habiskan masa dengan tengok movie. Pusing-pusing mall cuci mata. Tengok-tengok tangan penuh bawa plastic bag bahana shopping. Ahakkss!
Emir gelengkan kepala. Hmm! Boring. Itu benda biasa orang buat dah. Tak nak lah. Kita buat lain sikit. Tapi sikit je lah. "Saya nak habiskan masa dengan awak sambil buat sesuatu. kalau tengok movie masa kita habis dekat situ je. Fokus kita dekat movie tu bukan dekat kita. I don't want like that. Dekat sini kita boleh rilek cuci mata sambil chit chat. You kan suka healing so i think this place suit to you." Terang Emir.
Dalili pandang Emir. Aaaa! So sweet. Emir ingat apa yang dia suka apa yang dia tak suka. Nak nangis la macam ni. "Tapi banyak lagi tempat healing lain kenapa pilih sini?" Soal Dalili. Bukan tak suka tapi just curious je.
YOU ARE READING
Bunga Emir
RomanceEmir Qaridz; Anak bongsu kepada Tan Sri Emran dan Puan Sri Qarina. Sikapnya yang nakal sering memberi sakit kepala kepada bondanya. Tipikal anak bongsu mungkin. Perempuan pula tak cukup satu. Pagi dengan orang lain, petang pula dengan orang. Sudah b...