14

408 26 4
                                    

_____

EMIR duduk termenung sendirian. Tidak dihiraukan teman-temannya yang rancak berbual itu.

"Hoi! Kau kenapa? Macam orang mati bini je?" Kimi menepuk bahu Emir kuat. Jauh benor temannya yang sorang ni ngelamun yeop.

Emir menggosok bahunya yang ditepuk Kimi. Apa ni main bahu. Aset ni tau? Kalau senget sebelah nanti macam mana? Kesian Dalili dapat suami bahu senget. "Tak ada apa lah." Lirih Emir menjawab.

Kimi mencebik. Tak ada apa? Ingat percaya? Lelaki kasanova terulung suatu ketika dahulu yang sentiasa ceria tetiba murung ingat orang percaya? Dulu Emir lah antara orang yang tak pernah ada masalah. Hidup sentiasa gembira. Assignment tak siap pun rilek. Kena halau dengan lecture sebab datang lewat pun cool. Elaun kena sekat oleh bapaknya pun temannya ini tenang ribut jiwa je. Tiba-tiba hari ini macam orang mati bini apahal? Dalam sejarah ni dapat tengok Emir macam ni. "Eleh cakap kawan, takkan taknak cerita kut." Psiko Kimi.

Lama Emir diam sebelum dia mengeluh. "Hmmm... Lily..  " Jawab Emir sendu. Dah berapa hari Dalili ignore dia. Call tak angkat. Mesej tak balas. Pergi kedai asyik tak ada. Hmmm.. Abang sedih!

"Kenapa?" Soal Kimi. Dah agak dah. Ni mesti sebab Cik Dalili punya. Ye lah mana pernah Emir perangai macam ni sebelum ni sebab selalunya dia yang tinggal perempuan. Selalu yang ignore perempuan itu Emir bukan Emir yang di ignore kan oleh perempuan.

"Aku ingatkan aku dah berjaya buat dia suka aku." Keluh Emir. "Hmmm.. tapi sejak akhir-akhir ni dia selalu mengelak dengan aku. Kalau pergi kedai pun Yaya cakap Lily tak ada. Aku tak tahu lah apa salah aku. Aku mendesak dia sangat ke?" Ingat Emir tak tahu ke sebenarnya Dalili ada je dalam ofis dia tu tapi saja mengelak tak mahu jumpa Emir. Kalau dah terang-terang kereta Dalili terparking depan kedai takkan tuannya tak ada kan? Kalau sekali dua boleh lah Emir percaya. Ini hari-hari Emir datang, Yaya cakap Dalili tak ada. Nak kelentong dia agak-agak la tapi dia taknak la memaksa. Di percayakan saja kata-kata Yaya.

"Kau buat apa je?" Soal Kimi lagi. Dia kena tahu apa yang Emir buat untuk memikat Dalili agar dia dapat simpulkan pendapat dia.

Emir kelihatan memikir-mikir. Dia buat apa je? Tak ada lah melampau sangat rasanya cara dia. Biasa-biasa je. "Buat apa? Aku bagi bunga, selalu bawak makanan untuk dia. Keluar makan, lepak-lepak and yang baru-baru ni keluar picnic. Tu je!" Jawab Emir.

"And aku ada lah berkias sikit nak kenal lebih dari kawan tapi tak ada aku desak dia suruh terima. Aku pun tahu baca keadaan juga." Sambung Emir. Dia sendiri pun tak tahu di mana salahnya. Dah tu kenapa Dalili menjauh?

Apa salah dan dosaku, Sayang?
Cinta suciku kau buang-buang
L

ihat jurus yang 'kan kuberikan
Jaran goyang, jaran goyang

Melampau batas ke cara dia mendekati Dalili?

Kimi menyetujui Emir. Biasa je! Tak ada lah luar biasa sangat cara Emir. "Dalili tak suka kut cara kau tu." Komen Kimi.

"Sebelum ni tak ada pula dia tunjuk tak suka. Bila kitorang makin rapat aku ingatkan dia dah boleh terima kehadiran aku tapi sejak akhir-akhir ni je." Ujar Emir perlahan. Apa eh sebab dia?

"Alah cuba kau tukar plan. Kata playboy sejati dulu. Takkan itu je cara kau tahu." Bidas Kimi.

"Dah kalau dia taknak jumpa aku macam mana nak jalan plan lainnya." Tempelak Emir pula. Cakap senang lah. Dah kalau Dalili tu taknak jumpa dia macam mana nak jalan misi memikatnya?

Bunga EmirWhere stories live. Discover now