13

396 23 0
                                    

_____






Kuingin saat ini engkau ada di disini
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati Ini hanya rindu oh
Hanya rindu

Dalili terbuai-buai dengan lagu yang berkumandang di corong radio keretanya. Tanpa sedar setitis air matanya mengalir. Entah lah tiba-tiba perasan rindu itu datang bila lagu ini dimainkan tadi.

Rindu?

Iya! Rindu pada si dia yang telah pergi meninggalkannya.

Rindu pada yang sudah tiada itu berat!

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini kerap sangat si dia muncul dalam mimpinya.

Petanda apakah itu?

Adakah dia sudah mengkhianati cinta mereka? Kadang dia berasa bersalah. Tidak tahu kenapa tapi perasaan ini datang saat dia berasa senang dengan kehadiran Emir.

Salah ke jika terbit perasaan kasih itu kepada Emir?

Asyik melayan perasaan sedar tak sedar dia dah sampai ke destinasi. Hari ini dia menjemput sahabat baiknya pulang dari kerja. Siapa lagi bff dia kalau bukan Ayla sikepala senget. Malam ni ada makan-makan rumah parents Ayla sempena adiknya yang dapat sambung degree di Ausie so Ayla memaksa dia untuk turut serta. Nak taknak dia bersetuju juga tapi sebelum tu dia nak ajak Ayla keluar cari hadiah dulu. Sebab itu lah dia rajin terlebih sedikit hari ini sampai sanggup menjemput Ayla balik daripada kerja. Sudah dipesan awal-awal kepada Ayla supaya pergi kerja naik grab or along dia or whatsoever so nanti balik dia boleh jemput.

"Sorry weih lambat. Dah lama ke tunggu?" Soal Ayla yang termengah-mengah menarik nafas setelah menutup pintu kereta. Tadi dia berlari selepas keluar daripada lif. Entah apa yang dia risau pun tak tahu lah. Dalili je pun.

"Tak lah. Bar... "

"Weih... Kau kenapa? nangis ke?" Potong Ayla sebelum Dalili habis menjawab. Terkejut dia apabila terpandang mata Dalili yang sedikit sembab. Tidak ketara tapi nampak la kesan macam orang baru lepas menangis.

"Mana ada menangis." Nafi Dalili.

"Alah tak payah nak tipu aku." Sanggah Ayla. Ingat baru kenal semalam ke?

"Betullah. Mata masuk habuk. Tadi bawak kereta buka tingkap. Amik angin."

Ayla putarkan bola matanya. Ingat dia budak umur lima tahun?

"Suka hati kau lah. Dah turun. Biar aku drive." Malas nak berdebat Ayla akhirnya hanya mengiakan kata-kata Dalili. Dia percaya kejap lagi Dalili mesti cerita jugak dengan dia.

"Asal lak?" Dalili pandang Ayla. Kereta dia biarlah dia yang bawa.

"Taknak aku mati tersepit dengan emosi kau macam ni bawa kereta."

Dalili mendesis. Ayat Ayla kalau tak menusuk memang tak sah. Ingat dia gila ke tak boleh kawal emosi tapi dia tahu Ayla tetap Ayla. Dia elak macam mana pun Ayla tetap ada cara untuk dia buka mulut akhirnya. Nak taknak Dalili melangkah juga keluar dan masuk ke tempat penumpang apabila Ayla awal-awal sudah keluar menunggu di pintu pemandu.

Bunga EmirWhere stories live. Discover now