Bismillahirrahmanirrahim..
Rasanya sudah lama aku tak mencoret di sini, almaklumlah terlalu sibuk dengan segala hal ehwal menuju alam dewasa.
25/07/2023
05:29 pmPagi itu, aku seperti biasa masih berada di sekolah menuntut ilmu pengetahuan sebagai pelajar tingkatan 6.
Semuanya berjalan seperti biasa.
Aku terlalu fokus melakar imaginasi sendiri membayangkan betapa gah nya aku mengatur langkah di atas pentas merangkap pelajar cemerlang. Bangganya aku tatkala melihat raut wajah Mak yang tersenyum indah tatkala melihat anaknya menggenggam segulung ijazah.
Ya, itulah sifat seorang hamba Allah yang bernama Nur Syuhadah. Berangan? Haha tak mengapa itu sentiasa menjadi penyuntik semangatku untuk terus mengamalkan konsep wasatiyyah.
Kerna akhirnya, Alhamdulillah aku pasti berjaya.
Namun petang itu, aku terkedu seketika tatkala mengetahui bahawa keputusan tawaran IPG akan keluar pada hari itu juga. Last time I checked, tanggal 29/7 baru keluar.
I just don't know what to do.
What to feel..I messed up everything. I don't even know how to react.Satu perkara saja yang terdetik di mindaku tika itu,
"Ya Rabb, kenapa terlalu awal? Masih terlalu singkat masa yang Kau beri untukku langitkan doa. Berharap semua akan baik-baik saja."
Jujur, aku gementar.
Semua serba tak kena, disebabkan keputusan keluar jam 6 petang. Aku langsung tak tidur petang itu.Allahu takut punya pasal.
Bilang saja aku munafik, tapi dek jiwa yang terasa sesak bibirku tak henti mengungkap kalimah Allah sepanjang penantian itu.
Sambil buat kerja rumah, jantung niii ya Allah... dia rasa macam mau meletup!
Tepat saja jam 6 petang.
Aku duduk di kerusi meja makan sambil tangan erat menggenggam telefon.Link IPG sudah kubuka sedia.
Usai sahaja aku masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.Tap! Skrin telefon kutekan laju.
Lama. Masih loading.
'Mungkin talian terlalu sesak.', fikirku.
Aku cuba lagi buat kali yang kedua.
Ketiga,
Keempat,
Kelima.Kulirik jam yang sudah hampir menginjak waktu maghrib. Sebelum azan berkumandang, aku sudah bercadang untuk mempersiapkan diri untuk bertemu Sang Pencipta.
"Last. Kalau ini pun masih nda dapat, lepas maghrib baru aku check." Monologku sendiri menahan debaran yang semakin kuat memalu hati.
Jari kugerakkan perlahan dengan lafaz bismillah.
Maha suci Allah.
Aku terkedu.
Terpaku.
Terkejut.
Terkesima.Maha suci Allah yang tak pernah memungkiri janji-Nya.
Tika aku sudah mampu menghela nafas dengan lebih tenang, laju saja langkah kuatur masuk ke dalam ruang tamu. Mata melilau mencari gerangan Mak dan Kak Yat. Saat itu, jariku masih menggeletar perlahan sama seperti hari keluarnya keputusan SPM.
Aku pakukan pandangan ke arah Mak yang tiba-tiba saja ada dihadapanku.
Dengan mata yang masih terkebil-kebil tidak percaya, aku tarik kecil lengan baju Mak. Skrin telefon kuhulur perlahan.
"Mak..lulus..." Bisikku.
"Apa lulus?"
"Lulus, IPG..lulus.." Hampir tak dengar saja aku mengatur bicara."Hahh?!" Ya Allah terkejut aku mendengar suara Mak yang lantang.
" IPG..dapat masuk IPG..Sarawak." Tuturku, berusaha untuk sedar dari alam yang seakan bukan realiti.
Tanpa dapat kujangka, Mak dakap aku erat. Kuat seakan enggan melepaskan. Sesak. Samar-samar saja kudengar suara Mak. Entah apa yang dia bicarakan aku pun tak tahu.
Aku sudah sedar tapi suasana yang bertukar bingit membuatkan aku pening.
Aku kaku saja dalam pelukan Mak.
Kak yat, Bapa dan semua adik-beradik berkumpul di ruang tamu berebut ingin melihat surat tawaran yang tertera di telefon.
Enggan membiarkan diri hanyut terlalu lama, aku terus screenshot surat tawaran tersebut dan menghantarnya di group family.
Seperti biasa, aku lebih tenang apabila mengadu pada-Nya.
My Allah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah a'la kulli hal. =)
Coretan,
NurSyuhadahZf
YOU ARE READING
Nur's Journey 05
RandomMy journey after SPM. Cerita ni bukan tentang kisah cinta di bangku sekolah. Bukan kisah dua makhluk Allah yang saling membenci lalu jatuh cinta. Bukan juga kisah cinta ahli korporat berjaya yang menemukan pasangannya yang 'istimewa'. Pokoknya ini b...