Apa kelebihan IPG?

42 3 0
                                    

Bismillahirrahmanirrahim..

"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi sayyidina Muhammad."

Sebelum tu, mungkin ada beberapa hamba Allah yang tak tahu apa itu IPG kan?

So let me tell you guys a lil bit about it.
IPG merupakan akronim daripada Institut Perguruan. Barangkali ada di antara anda yang selalu dengar pasal 'kampus' kan? Haa benda sama lah tu!

Dulu IPG dikenali sebagai kampus.

Umumnya, IPG ni sebenarnya macam kau terus masuk universiti lepas SPM tanpa perlu masuk tingkatan 6, Asasi, Diploma mahupun Matriks.

Tempoh keseluruhan IPG adalah selama 5 tahun.

Bagi yang bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik, IPG sememangnya satu perjalanan yang sangat sesuai!

Dan percayalah masuk ke IPG is not as easy as ABC. But then almost 80 out of 100% SPM leavers choose to apply for IPG. Like seriously, who doesn't want?

Why did I confidently said that? Here's the reasons;

1 : Once kau masuk IPG, takdir kau memang tertulis untuk menjadi seorang guru. Sebab IPG ni memang khas untuk bidang perguruan. Kau tak perlu mohon pekerjaan, lepas habis belajar di IPG kau akan terus jadi Cikgu. Mudah bukan? Kau tak akan jadi penganggur di rumah. Dalam erti kata lain, kau sudah ada jaminan kerjaya.

2 : Kos yang rendah. Istimewanya IPG, kau akan dapat elaun setiap bulan yang menyebabkan kau tak perlu jadi beban keluarga biaya itu ini. Bukan apa, kadang kita mesti serba salah kan bila orang tua bersusah payah memerah keringat siang malam hanya untuk biaya kos pembelajaran kita? At least bila masuk IPG ringan lah sedikit beban mereka.

3 : Selain elaun sara bulanan dan yuran pengajian yang ditanggung sepenuhnya oleh KPM, penginapan sepanjang pengajian juga disediakan secara percuma. Masya-Allah.. Bagus kan? Tak payah risau keluar banyak duit untuk fikir tempat tinggal sepanjang belajar.

Sukacita saya maklumkan, IPG khas untuk melahirkan warga pendidik sekolah rendah bukan sekolah menengah.

So, if you think that you can't handle it better don't. Jangan pandang sebelah mata, pekerjaan seorang guru bukanlah semudah yang orang sangka especially bila kau tak ada ciri-ciri seorang guru.

Bila mana kau bergelar seorang pendidik, kau memegang satu amanah yang sangat besar dalam mencorak anak bangsa. Ikhlaskan hati kerana Allah, bukan kepentingan diri semata-mata.

Insya-Allah bila niat kita betul, setiap apa yang kita lakukan pasti diiringi dengan rahmat-Nya.

Allahu mata ini sudah mulai berat rasanya, moleklah sekiranya saya berundur diri.

insya-Allah esok aku akan sambung perihal syarat asas kelayakan memohon IPG.
insya-Allah ada manfaatnya...

Coretan,
NurSyuhadahZf, 13/7/2023 09:37 pm.

Nur's Journey 05Where stories live. Discover now