Hi Assalamualaikum, bertemu lagi dengan saya Syuhadah! Nda mau cakap banyak, kali ni kita akan teruskan dengan prosedur temuduga IPG yang sedikit sebanyak diselitkan dengan simulasi mengajar.
Pada bab sebelum ini saya ada maklumkan bahawa temuduga dan UKF dijalankan pada hari yang sama kan? Haaa dalam konteks ni akan ada dua sesi. Sekiranya sesi pertama anda dikehendaki untuk temuduga dahulu maka UKF akan dijalankan pada sebelah petang bersama-sama dengan ahli kumpulan anda sendiri yang telah ditentukan begitu juga sebaliknya dengan sesi yang berbeza.
Baiklah sebelum bergerak ke bilik temuduga, anda akan diasingkan mengikut ahli kumpulan masing-masing sekitar 4-5 orang untuk sesi pendaftaran. Kemudian, anda semua akan diiring untuk masuk ke bilik temuduga. Masuk sahaja ke dalam, letakkan semua fail, bahan bantu mengajar (BBM) terlebih dahulu sebabnya anda akan dikehendaki untuk mengisi sebuah borang. Tidak pasti sekiranya prosedur tahun lalu sama seperti tahun ini, tapi sebaiknya buatlah persediaan sebagai langkah berjaga-jaga yaa.
Kindly reminder, jangan lupa bawa sebatang pen untuk isi borang tu, bawa lebih pun tidak mengapa..lagi baik. Soalan yang perlu dijawab dalam borang tu seingat saya adalah tentang tujuan atau sebab kenapa anda ingin menjadi seorang guru. Pastikan anda peka dan teguh dengan jawapan anda sebab borang tu akan dijadikan rujukan semasa soalan yang sama dilontarkan ketika sesi temuduga dijalankan.
Seterusnya anda akan dikehendaki untuk memperkenalkan diri masing-masing setelah duduk di tempat yang disediakan. Jangan pernah memotong percakapan orang lain, tunggu giliran anda. Sekiranya ada soalan yang dilontarkan barulah angkat tangan dan jawab dengan tertib. Dalam masa yang sama, beri peluang pada rakan yang lain untuk menjawab yaaa... jauhkan sifat mementingkan diri sendiri. Sekali sekala fikir pasal orang lain juga.
Selepas itu, terdapat juga beberapa soalan tentang latar belakang persekolahan, pencapaian dan soalan tentang kos yang dipilih. Anda juga akan ditanyakan tentang mengapa anda ingin menjadi seorang guru dan soalan yang lain.
Bergerak pula kepada simulasi mengajar. Anda semua akan diberikan masa untuk membuat simulasi mengajar secara bergilir-gilir. Jangan mengambil masa yang terlalu lama atau singkat. Mengajarlah seakan-akan anda berdiri di hadapan puluhan anak murid. Cara pengajaran juga seharusnya ceria dan melibatkan dua hala ya, sebabnya IPG adalah untuk guru sekolah rendah. Bagaimana? Anggap saja rakan sekumpulan anda sebagai anak murid, libatkan mereka sekali.
Dalam masa yang sama, pastikan BBM yang anda sediakan lebih menarik dan tidak membosankan. Baru lah lebih yakin dan seronok. Bahkan, topik pengajaran anda semestinya harus dititikberatkan. Ambillah topik yang sesuai dengan tahap atau darjah pelajar seperti tingkat TP.
Sebagai contoh, saya mengajar tentang jenis ayat seperti ayat tanya dan ayat perintah menggunakan BBM susun suai gambar.
Selepas simulasi, maka temuduga pun akan ditamatkan. Jadi, lakukan yang terbaik supaya anda tidak dihantui dengan kerisauan yang mendera perasaan.
Doa dan usaha, insya-Allah pasti berjaya.
YOU ARE READING
Nur's Journey 05
RandomMy journey after SPM. Cerita ni bukan tentang kisah cinta di bangku sekolah. Bukan kisah dua makhluk Allah yang saling membenci lalu jatuh cinta. Bukan juga kisah cinta ahli korporat berjaya yang menemukan pasangannya yang 'istimewa'. Pokoknya ini b...