SPM Officially ended.

59 4 0
                                    

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan hellooo people!!! Tanpa membuang masa, let's begin!

 Selepas keluar keputusan SPM 2022 hari tu, segala macam impian aku lakar dalam minda...Alhamdulillah walaupun  keputusan aku taklah secemerlang yang lain, namun masih memenuhi syarat kelayakan  menempuh perjalanan untuk menjadi seorang peguam.

Semuanya sudah kurancang sempurna. Masuk tingkatan 6 dan sambung belajar di universiti dalam kos undang-undang. Kedengaran sempurna kan? But then..everything messed up.

My family disagreed. Lebih-lebih lagi bila aku lulus ujian e-UKCG IPG dan dipanggil untuk temu duga.

Honestly, I didn't even expect that. Everyone just like:

"Ruginya Adah kalau kau ndak pigi IPG, keluar jak terus jadi cikgu bagus kau masuk IPG."

"IPG tu banyak kelebihannya rugi kalau kau ndak pigi!"

"Pigilah nak.. besar sudah peluangmu tu nanti kau habis ada sudah kerjamu mak pun nda risau sudah.. 5 tahun  tu 'sekejap' jak nak.."

I'm speechless. Dilema. Minat atau keluarga? Aku memilih untuk teruskan perjalanan IPG, usaha sebaiknya untuk buat yang terbaik semasa temu duga dan UKF.

Kenapa? Pada awalnya ya aku teruskan  hanya untuk buat mak dan bapa gembira dengan kesempatan yang ada. Alhamdulillah selepas aku buat a lot of research about teachers profession, minat aku semakin mendalam ke arah bidang perguruan. 

It's not that bad..aku memang suka memberi tunjuk ajar kepada orang lain dengan menyebarkan ilmu pengetahuan dan kebaikan. Apatah lagi bila aku terbaca satu hadis:

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua pahala amal perbuatannya kecuali tiga; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."

Aku pun rasa macam..why not kan? Betapa mulianya kerja seorang guru.

Andai suatu masa kelak aku meninggal dunia, sekurang-kurangnya setiap ilmu yang aku sampaikan membuahkan pahala yang berlipat ganda. 

Lagipun aku tak rasa mengajar budak-budak tu satu masalah even tho i'm not a happy go lucky person. Insya-Allah I will get used to it =)

I'll stop here. Nanti aku sambung coretan yang seterusnya tentang pengalaman menduduki ujian e-UKCG, temu duga dan UKF IPG. Manalah tahu ada yang tengah cari maklumat perihal IPG sebab aku sendiri pun begitu hari tu. Itulah sebabnya aku kongsi pengalaman di sini. 

By the way, keputusan IPG akan keluar tanggal 28/7. Doakan aku lulus boleh? hehe tq so much.

I hope everything turn out fine insya-Allah dan seandainya IPG bukanlah rezeki  yang tertulis untukku, moga saja Allah redhakan dan gembirakan hati 'mereka' untuk menerimanya.

Percayalah, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Keep praying, keep believing. 

Coretan,

NurSyuhadahZf, 13/7/2023 2:54 am.



Nur's Journey 05Where stories live. Discover now